Showing posts with label Realiti. Show all posts
Showing posts with label Realiti. Show all posts
Thursday, September 13, 2012
Tips : Cara Saya Menjaga Kulit Supaya Segar Dan Bebas Jerawat.

comel tak saya pakai tudung ni. kuikui..
Cara saya sangat berkesan untuk saya. kalau anda insyaallah berkesan jugak, apa-apa pun mesti kena cuba dulu, kalau tak mana nak tahu keberkesanannya kan.kan. Lagi pun bukan senang saya nak publish entry ni. ahh saya tak layak pun nak buat tips macam ni, sebab saya bukannya hebak macam korang nak kemuka kaki kan tips.Tapi,
Jauh di sudut hari murni saya ni nak buat perkongsian bersama dengan apa yang buat untuk penjagaan kulit muka. mengikut pengetahuan saya. saya hanya mengunakan air dan jugak lidah buaya sahaja.

- Air memang keperluan asas setiap manusia. betul. oleh itu banyak minum air putih supaya kulit muka kita akan cerah,gebu dan lembab. boleh jugak kempis kan perut buncit. eh lari tajuk.
- Cucilah muka setiap hari dalam sehari sekurang-kurang 7 kali. mujarab. janganlah tunggu muka melekit, berminyak baru nak cuci kan. kalau boleh hindar ia terjadi. sebab jerawat senang je datang. sayang kulit muka tau.
- Air wuduk boleh serikan wajah dan membuat kesegaran pada kulit. tak semestinya nak solat je berwuduk, dikala kita duduk saja-saja pun berajin-rajinlah berwuduk. kalau nak tido pun ok. katanya kalau kita dalam keadaan berwuduk, syaitan susah nak ganggu.
Lidah Buaya.
Saya buat masker dengan gel lidah buaya ni,rasa sejuk dan segar je bila dah tempek kat muka. senang je nak dapat lidah buaya ni, boleh taman kat umah, pastu petik je. hehe kalau bagi yang tak tahu nak ambik kat mana, meh la datang petik kat rumah saya.
- Kelebihan lidah buaya.
Keistimewaan lidah buaya ini terletak pada gel-nya mengandung lignin yang mampu menembus dan meresap ke dalam kulit sehingga membuat kulit tidak cepat kering dan selalu kelihatan lembab. Lendir ini akan menahan hilangnya cairan tubuh dari permukaan kulit. membantu menguatkan jaringan kulit sehingga tidak mengendur, serta membantu mencegah penuaan.
- Melicinkan kulit muka.
Amalkan sapu lendir lidah buaya setiap kali sebelum tidor sebab ia boleh melicinkan kulit muka. jugak boleh menghilangkan parut jerawat. lendir lidah buaya lebih baik daripda cream lidah buaya yang mengandungi bahan kimia. lebih mujarab pakai yang asli.
- Menghilangkan Jerawat.
Lidah buaya juga dapat menghilangkang jerawat, Lidah buaya dianggap sebagai pembersih wajah terbaik. ia membantu anda menghilangkan jerawat dan mengecilkan pori-pori wajah.
Cara-caranya :
-petik sebatang lidah buaya.
-hiriskan duri dia, dan keluar kan gel/lendir lidah buaya.
-hadap cermin pasti sapukan kat seluruh muka.
-tunggu 15 minit sehingga kering. p la main angry bird dulu.
-last basuh muka dengan air suam. lap dengan kain bersih.
Sekian saja tips saya untuk kali ini. saya harap berguna untuk anda.
Terima kasih sudi baca.
Friday, August 03, 2012
11 Orang Yang Mendapat Doa Malaikat
1 Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
2 Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
3 Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
4 Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
5 Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
6 Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
7 Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
8 Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
9 Orang yang membelanjakan harta (infak).
10 Orang yang sedang makan sahur.
11 Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
PS : semoga kita semua dirahmati oleh Allah awt.
Terima kasih sudi baca ^^
Thursday, May 31, 2012
Sifat Terpuji Manusia Ciptaanya
.jpg)
Comel kan..kan..kan.. :D
Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin
WallahuA'lam
Credit : Share Facebook
p.s : Terima Kasih Sudi Baca..
Tuesday, May 22, 2012
Perbanyakan Beribadat Kepada Allah ♥
Lily Baru online tadi bukak facebook suma orang cakap nak pergi bukak puasa.. lily pun 'eh kenapa pulak? puasa ganti kot ?? pastu lily tengok kelender, konon - konon nak kira berapa hari lily tinggal puasa tahun lepas then baru perasan hari ini 1 rejap! Alamak kenapa baru hari lily tengok kelender kenapa tak semalam. huh.
Memang sebelum ni lily dah berniat nak puasa tapi lily dah terlepas 1 hari ini..ish tak best la.. lily nak puasa pada 1 rejap.. nak buat macam mana kan..
Niat lily akan teruskan jugak untuk berpuasa walaupun terlepas pada hari pertama rejap.
Ni lily bagi kelebihan bulan rejap. Renung-renungkan..
Ayat copy paste!
- Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescayaAllah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
- Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadan bulan umatku.
- Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Syaaban dengan malamNISFUnya dan Ramadan dengan LAILATUL QADARnya.
- Malam awal Rejab mustajab do’anya. ( Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
- Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
- Puasa 3 hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
- Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
- Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur. Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercaya muka.
- Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
- Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
- Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH, maka tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
- Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
- Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
- Puasa 19 hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
- Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
- Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala Qalam.
- Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
- Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
- Sesiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.
- Setiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah.
- Bersedekah pada bulan Rejab, dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.
- Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!
- Barangsiapa meminta ampun (beristighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
- Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: ‘Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dan kebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu.
- Engkau adalah jiranKu di bawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antara kau’.(dari kitab Raudatul Ifkar)
- Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
- Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
- Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
- REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai.
- REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya
- REJAB bulan taubat. SYAABAN bulan muhibbah. RAMADAN dilimpahi pahala amalan.
p/s : Selamat Beramal.
Tulisan nak biru-biru gitu tanda kedamaian. piss.
Tuesday, May 15, 2012
Ajaibnya KuasaMu Ya Allah
SHARE JIKA ANDA SAYANGKAN IBU..LIHAT BERAPA RAMAI YANG KENANGKAN JASA IBUNYA~~~
KASIH DIA SEORANG IBU
'Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui...'
--------------------------
“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, ciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada di pangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.
Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia ejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.
Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.”Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.”
“Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”
Si anak kaku..
**Dah habis baca?Sedih kan...Itulah pengorbanan seorang ibu untuk anaknya....Begitu besar..
via D'Syifa Shoppe - Penawar Perubatan Islam
Selamat Hari Ibu Untuk Mama Dan Bakal Mak Mentua dan Ibu-Ibu Seluruh Dunia
Ni gambar kite dengan mama kita, masa ni kat kinabalu.. ni gambar lama gak, ce tengok kite gemukkan, tembamkan.. hheheee..
mama tak berapa sihat time ni.. sayang mama lebihhh :)
Terima kasih sebab sudi baca.
Ayat 1000 Dinar Dan Manfaatnya
.jpg)
Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
|
Ayat 2 dan 3 surah At-Talaq atau lebih dikenali sebagai ‘Ayat 1000 Dinar’ merupakan amalan yang masyhur dalam hal berkaitan rezeki dan perlindungan diri. Ramai yang mengamalkan ayat ini untuk tujuan meminta agar Allah SWT mengurniakan kemurahan rezeki, kemudahan dan penyelasaian masalah. Tetapi haruslah mengamalkannya secara beristiqamah.
Hikmah Ayat 1000 Dinar.
- Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:
- Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
- Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
- Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
- Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
- Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat berkenaan.
Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah diajarkan Nabi Khidir.
Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri tersebut.
Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat 1000 dinar.
Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.
Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak.
Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.
Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya. Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.
Amalan
Ramai yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat dan ketika berdepan masalah. Tidak kurang juga peniaga menggantung atau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan perniagaan bertambah maju. Walaubagaimana pun jika sekadar menampalkan ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar.
Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar.
Sebenarnya ayat seribu dinar adalah sebaik-baik doa untuk segala masalah. Walaupun begitu banyak doa-doa lain untuk perlindungan diri dari musibah dan ketika susah. Tetapi tidak ramai yang mampu menghafal banyak doa-doa yang khusus untuk sesuatu tujuan tersebut.
Sewaktu dalam kesusahan dan dalam keadaan darurat, ada kalanya kita terlupa, apakah doa yang hendak dibaca. Yang sebaik-baiknya ayat seribu dinar yang mudah dihafal dapat dibaca. Ayat seribu dinar merangkumi kesemuanya untuk mendapatkan rezeki yang banyak, melindungi diri dari bala dan musibah serta perlindungan dari syaitan, jin dan iblis.
Hikmat Dan Khasiat Ayat Seribu Dinar
‘Yang sakit akan sembuh, yang hitam akan putih, yang keruh akan jernih’.
- Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 X, Insya’Allah akan beroleh seribu faedah.
- Sesiapa yang beramal ayat ini Allah ta’ala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
- Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 X diberi minum, Insya’Allah si pesakit akan sembuh.
- Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.
- Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar, tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudaratdari sebarang benda yang bahaya. Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
- Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
- Baca ketika hendak tidur tiga kali,
- Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
p/s: sekadar memperingatkan diri sendiri dan perkongsian bersama :)
Terima Kasih Sebab Sudi baca.
Monday, January 09, 2012
Kemuliaan Sang Semut Dan Kehidupannya
Selamat petang, hari ini cuaca macam mendung-mendung manja tanda keamaan, semua orang suka mendung angin bertiup sejuta bahasa.. kuasa Allah.. lalu lily menjenguk ke jendela mata stret ke higway melihat kereta berterbangan seperti peleset macam nak pergi mana je tu, kemain laju lagi.. orang lain pun nak balik keje jugak.. sabar la kan..
Tengah lily membebel dalam hati tetiba segerombolan adik beradik semut melintas depan lily melalui alur-alur tingkap.. sambil berkerjaran.. '' ai, semut pun nak balik keje jugak ke? semua nak cepat ni apahal'' pelan-pelan la jalan..
Dengan itu terlintas la dihati lily nak update pasal semut sementara menunggu nak balik.. banyak kebaikannya yang datang dari semut ni.. sebelum ni lily tak pernah tahu pun.. sebelum ni jugak lily tak suka semut. kalau nampak semut bulu-bulu roma lily akan meremang sebab tengok dia pergi gotong-royong jalan ramai-ramai.. lily rasa macam semut tu jalan atas badan lily je.. geli..
Lily suka jadi pembunuh semut sebelum ni, jahat kan. suka semut tu cepat-cepat nak masuk dalam air lily , kalau air tumpah cepat-cepat panggil kawan-kawan dia datang. '' oi! cepat sini ada kenduri '' bila lily nak nampak terus lily penyet-penyet kan semut tu, siap mulut lily berkumat kamit berjampi serapah.. "oo.. kenduri eh, ambik kau! sehingga mati semut tu lily kerjakan" kejam!
Dan pabila sekarang lily sedar bertapa mulia semut dimuka bumi ini, rasa kesal luluh hati lily bila teringatkan lily adalah seorang pembunuh bersiri dan telah membunuh haiwan kesayangan Allah s.w.t.
tak sanggup bila teringat balik,sedih.. tapi sabar.. kerana sebelum ni tak tahu pun..
Lily dapat tahu pun bila lily dok layan ustaz azhar idrus dalam youtube yang bercakap tentang dilarang membunuh haiwan kesayangan Allah s.w.t. ada banyak lagi yang di sebutkan, bukan semut je.. oleh dengan itu lily mengambil pengajaran dengan apa yang di beritahu..
Kat sini lily nak kongsi kan sikit tentang kemuliaan sang semut dan kehidupannya.. menusuk kalbu baca bendalah ni.. sabar je lah kan.. sapa suruh lily jadi pembunuh. -.-'

Tahukah anda tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut yang merupakan binatang paling kecil di dunia? Tentu anda tertanya-tanya siapa itu semut sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, semut merupakan haiwan serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba anda perhatikan. Apabila semut berjalan, semut akan berjalan secara berkelompok. Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak membezakan antara yang kaya dan miskin.
Ratu semut ditugaskan untuk meningkatkan jumlah semut dengan menghasilkan sejumlah telur. Dalam sesebuah masyarakat semut akan terdapat lebih dari satu ratu. Tubuh ratu lebih besar dari tubuh semut yang lain. Manakala tugas semut jantan hanya mengawan dengan sang ratu. Hampir semua semut jantan mati setelah mengawan.
Sang semut juga memiliki disiplin yang sangat mirip dengan ketenteraan. Namun, dalam ketenteraan semut, tidak mempunyai sang perwira tetapi mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Cuba anda fikirkan bagaimana seekor haiwan biasa mampu mempunyai disiplin sedangkan golongan serangga ini tidak dikurniakan akal fikiran seperti kita manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan kepada mereka. Setiap kelompok semut mempunyai tugas masing-masing.
Istimewanya sang semut adalah kerana persahabatan yang murni antara mereka. Golongan serangga ini sanggup berkorban apa sahaja. Misalnya jika berlaku kekurangan makanan dalam masyarakat semut, semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kepada semut-semut yang lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Apabila masyarakat berlebihan makanan, mereka akan ber-tukar menjadi semut pekerja. Ini adalah satu pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pergorbanan yang boleh dilakukan oleh manusia.
Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut lain tanpa rasa ragu agar semut lain tetap hidup, sedangkan di dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya.
Firman Allah SWT, “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (an-Naml : 18 )
Semut juga merupakan makhluk yang sungguh luar biasa. Kajian membuktikan bahawa golongan serangga kecil ini memiliki jaringan komunikasi yang luar biasa. Semut mempunyai kaedah komunikasi yang cukup canggih kerana pancaindera mereka sangat peka. Ia digunakan pada setiap ketika. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam dua atau tiga milimeter tubuh mereka. Oleh itu, anda perlu tahu bahawa sekecil-kecil serangga ini, ia tahu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya.
Anda perlu menjadi seperti semut, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupannya sangat bermakna. Semoga kita semua menjadi seorang manusia yang kecil fizikal tapi besar mentalnya.
Terima kasih keran sudi membaca entry lily.
credit : Majalah Pendidik



.jpg)









