Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Monday, February 11, 2019

HP Little Maker Yang Menyeronokan Untuk Kanak-Kanak

Assalammualaikum♥

Di tahun 2019 ini, masuk umur my son Danish 4 tahun. Sebelum masuk ke sekolah, saya nak pastikan dia tahu basic pendidikan, walaupun secara simple tapi saya cuba berikan yang terbaik. Sebagai ibu bapa, kita letakkan titik utama untuk memberikan pembelajaran yang sempurna malah lebih menyeronokkan.

Saya guna HP All in One printer yang sememangnya mudah dan efektif bagi merangsang minda kanak-kanak dengan lebih mendalam lagi. Bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri mengikut umur, kebiasaannya mereka akan mula dengan melukis dan mewarna serta mencari idea-idea baru untuk kreativiti seharian. 
Lebih menyeronokkan lagi apabila guna HP All in One printer ini, kita boleh dapatkan terus apa yang anak-anak inginkan! Sebagai contoh, kita boleh google dengan smartphone dan print tanpa memgambil masa yang lama... 
Dengan adanya HP Little Makers, ia dapat meningkatkan lagi aktiviti sambil belajar anak-anak di rumah, ia sangat menyeronokkan di samping itu banyak masa dapat diluangkan bersama ibu bapa mahupun guru.

Friday, September 15, 2017

Little Innoscents Organic Baby Skincare

Salam Ladiess ♥

Pelbagai jenama produk baby yang kita dengar dipasaran sekarang, setiap produk ada kelebihan tersendiri. tapi Little Innoscents Organic Baby Skincare sangat menarik minat aku sebab packaging nya yang sangat coloufull, sangat comel untuk si manja.. gitu kan.. hehe yang paling penting Little Innoscents Baby Skincare adalah produk organic yang sangat bagus untuk kulit. sesuai untuk bayi dan ibu.

aku diberi peluang untuk mencuba dan berkongsi pada semua tentang pengalaman mengunakan produk Little Innoscents Organic Baby Skincare serta kelebihan setiap produk. sebelum tu mari berkenalan dengan dengan Little Innoscents Organic Baby Skincare sebelum aku terangkan kelebihan setiap produk.

Little Innocents adalah jenama Australia dan ditubuhkan pada tahun 2007. Ia adalah salah satu syarikat penjagaan kulit dari bahan organik yang pertama diiktiraf sebagai organik yang disahkan. Produk penjagaan ini adalah 100% dari bahan organic yang bebas dari bahan sintetik, praben, SLS dan SLES, petrokimia, dan bahan GM.

Saturday, May 13, 2017

Mother Days And 1st Year Anniversary Grand Sale Motherhood

Salam Ladiess ♥

kadang kala ibu-ibu di zaman sekarang sentiasa sibuk dengan urusan kerja, rumahtangga dan anak-anak, sehingga terlupa atau tidak sempat untuk mencari pelbagai keperluan anak. jangan ambil remeh ye hal ini. sebab penting untuk anak-anak dan bayi anda.

bagi menyelesaikan masalah ini sangat mudah kerana dengan ada http://www.motherhood.com.my/ dapat mengatasi masalah kesibukan anda. di Motherhood ada pelbagai jenis keperluan bayi dan anak anda.

Motherhood.com.my adalah pasaran untuk ibu bapa untuk membeli produk dan perkidmatan seperti bersalin, bayi yang baru bersalin, bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak. kami jugak menyediakan maklumat yang berguna seperti tips keibubapaan. panduan penyusuan, ulasan jenama, permintaan sample percuma dan testimoni ibu untuk membantu pasangan melalui perjalanan keibubapaan.

Anda boleh mencari pelbagai kelengkapan produk bayi dalam talian, yang menragkumi pelbagai kategori seperti diapers, makanan bayi, aksesori mandian, strollers, car seat, pakaian mengandung, barangan nurseri, baby fashion, pelbagai jenis mainan dan bahan-bahan pendidikan.


Motherhood adalah perkidmatan dalam talian untuk bayi dan meternity no.1 terbesar di Malaysia.( berdasarkan analisis google dan survey) Motherhood memenuhi pasaran Malaysia dengan tawaran yang menarik , produk dan jenama. harga yang sangat kompetitif di atas tawaran dan promo yang menakjubkan, selain daripada laman web membeli belah motherhood.com.my jugak menyediakan artikel meklumat untuk ibubapa dan anak-anak.

Klik http://story.motherhood.com.my/ untuk blog English dan http://story.motherhood.com.my/my untuk blog Malay

Sempena Mother Days dan 1st year Annyversary Grand Sale. Motherhood menawarkan promosi hebat dengan tawaran diskaun sehingga up 60% . 10 super tawaran setiap hari dari 29 Mei 217 hingga 3 Jun 2017 dan banyak lagi tawaran untuk semua ibu-ibu yang menakjubkan di Malaysia.
jomm tengok..

Saturday, April 22, 2017

Maksud Nama Putera Mikaell Danish

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah hari ni baru ada kesempatan nak taip entry berkenaan dengan nama anak aku ni, sebab ramai yang tanya. tapi aku malas nak lisan. kakadang aku terfikir orang tanya aku tu buat ape kan, google lagi senang, cepat dan semua info dah ada. nak tunggu aku update entry mermang berkurun jawap nya. tapi tak pe, disebabkan aku dah mula menaip pasal ni, aku akan teruskan cerita ye.

sebenarnya aku bukan saja-saja nak letak nama anak aku tu, ada maksud nama tu tersendiri dan aku jugak ada sebab aku sendiri. bezakan tu? maksud nama lain, sebab aku nak letak nama tu pun lain. kalau maksud tu harus la aku akan cari yang ada makna baik-baik mengikut nama islam dan penuh budi pekerti.. cewahh kehekeh.. ehh betul ape, kalau korang dah jadi parents nanti mesti akan rasa semua ni.

bukan mudah ye nak pilih nama anak ni, mesti kena cari yang betul-betul bersesuaian dengan anak tu sendiri. macam ahmad albab tu, atuk dia letak nama 'ahmad pintu' dia nangis tak berenti kan. macam tu maksudnya kena cari yang sesuai.

tapi bagi aku tak susah sangat nak cari nama yang sesuai untuk anak aku sebab aku dah set mind aku dengan mana yang aku nak walaupun aku belum pregnant lagi masa tu. semangat nak ada anak wajib la kena cari nama awal², itu namanya ambik aura untuk mengandung. 😍

Ni dia one and only my son, nama yang aku dan suami berikan Putera Mikeall Danish. umur baru 2 tahun++

Saturday, February 25, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 29 : Parents

Salam Ladiess ♥

parah dah ni, aku sendiri tak tau ni cabaran 30 hari blogging atau cabaran tiga puluh bulan blogging.. sampai hari ni baru aku nak continue entry ni.  itu pun ada hati cakap dalam hati nanti habis entry cabaran ni nak follow cabaran lain pulak.. hati besar memang macam ni. macam mampu je.. huhu

semangat itu penting. buat tak buat itu cerita lain.. haha.. aku memang suka bela diri sendiri.. lagi pun aku bukan sengaja tau. dah memang masa tak mengizinkan. plus cari gambar tak jumpa. walau apepun aku tetap teruskan untuk update entry ni. takde la terbengkalai selamanya..
'

Monday, January 30, 2017

Baby E Baby Spa & Wellness Wangsawalk Mall | Review

Salam Ladiess ♥

Hi, sambil layan lagu ara af #warkahuntukku tadi, memang layan betul. hehe tetiba teringat blog ada entry yang patut aku taip. sebab cerita ni dah kepam lama dulu dah. sebabnya blog aku hilang kini dah kembali. takpelah, aku boleh trowback korek keluarkan entry dimasa kini. chewah.. macam la rajin sangat. cabaran blogging punya entry pun dah kelaut.

aku dapat tahu pasal baby spa ni masa tengok kat ig nurulain8888, tapi tak plan pun nak bawak anak aku pegi baby spa ni. sebabnya time tu aku belum bersalin lagi pun. tapi dah sarat dah tunggu hari je nak meletop pom. bila baby dah masuk 4 bulan, tetiba suami aku ajak bawak baby swimming, katanya berenang adalah salah satu sukan mengikut sunnah nabi. bila kita nak mengajar anak anak kita ni berenang lebih bagus bila ajar berenang awal², kalau boleh seawal bayi. bagusnya ialah meningkatkan IQ baby dan kekuatan fikizal baby. kalau memanah pun sunnah nabi jugak tapi takkan nak ajar memanah masa umur 4 bulan kan.. tunggu la 4 tahun.. kakak ikutkan aje ye bila laki kakak ajak. 😘

aku search kat google cari info sikit pasal area tempat baby spa ni, kat merata rata area selangor ada tempat ni. tapi yang paling dekat dengan rumah kiteorang kat wangwalk mall, kebetulan kiteorang nak celebrate annyversary yang kedua terus singgah wangsawalk kejap. kiteorang cari² baby spa ni memang tak nampak, sebab lot dia berada di tingkat bawah dan yang paling hujung sekali, kira macam tersorok sikit. kena rajin berjalan baru jumpa tau.
masa kiteorang discuss dengan staff dia yang baik hati tu, memang tak ramai sangat orang sebab kiteorang datang weekdays,(aku bukan ingat sangat apa yang kiteorang bincang masa tu sebab ini kan trowback.) haha tapi dia bagi dua pilihan harga dan pakej. kalau nak datang suka hati pun boleh nak datang by appointment pun boleh. harga lain-lain.

Thursday, January 12, 2017

10 Aktiviti Rangsang Fizikal & Mental Anak Genius

Salam Ladiess ♥

Kanak-kanak dan bermain memang tak boleh dipisahkan. Tetapi dalam masa yang sama, sebagai ibu ayah kita perlu juga memupuk minat untuk mereka belajar. Tetapi jangan pula memaksa si kecil untuk belajar seperti kanak-kanak yang sudah ke sekolah rendah. Belajar tidak semestinya terperuk dalam bilik dan menghadap buku semata-mata. Ada banyak cara pembelajaran si manja yang boleh anda lakukan. Malahan tanpa disedari aktiviti luar rumah yang menyeronokkan juga mampu merangsang fizikal dan mental anak membesar sebagai anak sihat dan cerdas.

1. Jom berseronok di taman permainan 
Biarkan si kecil berlari bebas dan mencuba pelbagai alat permainan yang ada di taman permainan. Aktiviti ini mampu menguatkan badan dan ototnya.Selain itu anak juga belajar kemahiran sosial apabila berjumpa dengan rakan sebaya.

2. Kulihat hijau 
Dengan sekadar bersiar-siar dan berjalan pada waktu petang di halaman rumah atau kawasan sekitar rumah anda sambil belajar mengenali pelbagai pokok yang ada juga satu cara si kecil belajar. Ajak anak sentuh dan hidu bau pokok, bunga dan embun pagi yang ada di halaman rumah. Biarkan anak anda terdedah kepada pancaran cahaya matahari (pagi lebih selamat) dan hembusan bayi yang pasti memberikan dia pengalaman baru.
3. Berenang 
Kanak-kanak memang suka bermain air. Apa kata gunakan cuti hujung minggu dengan membawa anak ke kolam renang. Mereka tentu seronok belajar berenang selain aktiviti renang membantu menguatkan sistem kardio-respiratori, menambah stamina dan menguatkan sendi. Selain kecergasan badan, ia membantu meningkatkan keyakinan diri.

 4. Bermain pasir pantai 
Sesekali biarkan anak bermain pasir di tepi pantai. Pasir mempunyai tekstur halus dan akan merangsang deria sentuhan, kemahiran mata - tangan. Aktiviti membina istana pasir akan menggalakkan si manja berimaginasi dan mereka cipta. Malah ia membantu meningkatkan daya kreatif kanak-kanak apabila mencipta pelbagai bentuk daripada pasir.