Showing posts with label Hp Produk. Show all posts
Showing posts with label Hp Produk. Show all posts

Monday, February 11, 2019

HP Little Maker Yang Menyeronokan Untuk Kanak-Kanak

Assalammualaikum♥

Di tahun 2019 ini, masuk umur my son Danish 4 tahun. Sebelum masuk ke sekolah, saya nak pastikan dia tahu basic pendidikan, walaupun secara simple tapi saya cuba berikan yang terbaik. Sebagai ibu bapa, kita letakkan titik utama untuk memberikan pembelajaran yang sempurna malah lebih menyeronokkan.

Saya guna HP All in One printer yang sememangnya mudah dan efektif bagi merangsang minda kanak-kanak dengan lebih mendalam lagi. Bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri mengikut umur, kebiasaannya mereka akan mula dengan melukis dan mewarna serta mencari idea-idea baru untuk kreativiti seharian. 
Lebih menyeronokkan lagi apabila guna HP All in One printer ini, kita boleh dapatkan terus apa yang anak-anak inginkan! Sebagai contoh, kita boleh google dengan smartphone dan print tanpa memgambil masa yang lama... 
Dengan adanya HP Little Makers, ia dapat meningkatkan lagi aktiviti sambil belajar anak-anak di rumah, ia sangat menyeronokkan di samping itu banyak masa dapat diluangkan bersama ibu bapa mahupun guru.