Monday, February 11, 2019

HP Little Maker Yang Menyeronokan Untuk Kanak-Kanak

Assalammualaikum♥

Di tahun 2019 ini, masuk umur my son Danish 4 tahun. Sebelum masuk ke sekolah, saya nak pastikan dia tahu basic pendidikan, walaupun secara simple tapi saya cuba berikan yang terbaik. Sebagai ibu bapa, kita letakkan titik utama untuk memberikan pembelajaran yang sempurna malah lebih menyeronokkan.

Saya guna HP All in One printer yang sememangnya mudah dan efektif bagi merangsang minda kanak-kanak dengan lebih mendalam lagi. Bergantung kepada kanak-kanak itu sendiri mengikut umur, kebiasaannya mereka akan mula dengan melukis dan mewarna serta mencari idea-idea baru untuk kreativiti seharian. 
Lebih menyeronokkan lagi apabila guna HP All in One printer ini, kita boleh dapatkan terus apa yang anak-anak inginkan! Sebagai contoh, kita boleh google dengan smartphone dan print tanpa memgambil masa yang lama... 
Dengan adanya HP Little Makers, ia dapat meningkatkan lagi aktiviti sambil belajar anak-anak di rumah, ia sangat menyeronokkan di samping itu banyak masa dapat diluangkan bersama ibu bapa mahupun guru.

Apa yang saya suka tentang HP Deskjet Ink Advantage 3700 Series ini adalah ia bukan saja mudah digunakan, malah ia sangat ringan dan senang dibawa ke mana saja! Anak saya pun dah tah mengunakannya dengan bantuan saya.
Saya sarankan HP All in One printer ini haruslah anda dapatkan kerana bukan saja memudahkan pembelajaran anak anak di rumah, tapi kita sebagai ibu bapa pun akan memerlukannya! Jika anda seorang student pun sesuai untuk memiliki satu printer awesome ni. Serius..
HP sekarang sedang menjalankan kempen #ReInventLearning dengan HP Little Makers, di mana kanak-kanak boleh meneroka sambil menunjukkan kreativiti dengan penuh bersemangat dan ceria. 
Malah, HP juga ingin mengubah cara ibu bapa berfikir tentang aktiviti pembelajaran apa yang best untuk anak-anak. Dengan HP Little Makers, memang terbukti anak pun lebih semangat nak belajar sambil bermain!
Printer HP Little Makers sangat sesuai dan amat disarankan serta berbaloi untuk anak yang masih bersekolah rendah. Waktu inilah mereka ingin mengasah kreativiti mereka dengan lebih mendalam!
Sambil itu, anda pasti lebih berinspirasi untuk memperkenalkan pelbagai cara pembelajaran yang menarik pada anak-anak, dan meluangkan lebih banyak masa dengan mereka menggunakan HP Deskjet Ink Advantage 3700 Series ini
Dengan HP Deskjet Ink Advantage 3700 Series, anak-anak bukan saja perlu tekun belajar untuk peperiksaan, tapi mereka juga boleh digalakkan untuk meneroka sambil belajar. Mereka akan dapat mencari kebolehan diri sendiri, sama seperti cabaran HP Little Makers ini. 
Dengan cabaran #ReInventLearning, anak-anak kita pasti akan tertarik untuk buat kerja sekolah mereka dengan lebih banyak kreativiti dan kepelbagaian tersendiri. Makin kuatlah rangsangan minda mereka dengan HP Little Makers ini!
Saya memang suka kerja hanya dari rumah kerana, bolehlah luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Tapi walaupun busy urus anak-anak, HP Deskjet Ink Advantage All in One ini memudahkan kerja saya! 
Walaupun saiznya kecil dan lebih ringan daripada printer biasa, tapi ia boleh kendali fungsi  copy>print>scan! Patutlah printer ini dinobatkan sebagai World’s Smallest Inkjet Printer😍👍 Yang lagi best, printer kecil ini boleh print wirelessly. Maksudnya, kita boleh print menggunakan smartphone sahaja tau! Bila-bila masa, dan di mana saja. Memang mudahlah kerja! 
HP Printer bukan saja membantu anak saya belajar dengan lebih kreatif, malah ia juga menambah keceriaan anak-anak. Setiap pagi sekarang bersemangat dia nak mewarna dan melukis guna HP Deskjet Ink Advantage All in One ini! Jom semua segera dapatkan HP Deskjet Ink Advantage All in One ini agar lebih ramai ibu bapa dapat menikmati pengalaman hebat yang dicipta HP untuk ibu bapa dan anak-anak tercinta kita!
Untuk maklumat lanjut klik sini : hp.com/my/littlemakers
Terima kasih kerana sudi membaca pengalaman saya!

No comments: