Monday, January 30, 2017
Baby E Baby Spa & Wellness Wangsawalk Mall | Review
Hi, sambil layan lagu ara af #warkahuntukku tadi, memang layan betul. hehe tetiba teringat blog ada entry yang patut aku taip. sebab cerita ni dah kepam lama dulu dah. sebabnya blog aku hilang kini dah kembali. takpelah, aku boleh trowback korek keluarkan entry dimasa kini. chewah.. macam la rajin sangat. cabaran blogging punya entry pun dah kelaut.
aku dapat tahu pasal baby spa ni masa tengok kat ig nurulain8888, tapi tak plan pun nak bawak anak aku pegi baby spa ni. sebabnya time tu aku belum bersalin lagi pun. tapi dah sarat dah tunggu hari je nak meletop pom. bila baby dah masuk 4 bulan, tetiba suami aku ajak bawak baby swimming, katanya berenang adalah salah satu sukan mengikut sunnah nabi. bila kita nak mengajar anak anak kita ni berenang lebih bagus bila ajar berenang awal², kalau boleh seawal bayi. bagusnya ialah meningkatkan IQ baby dan kekuatan fikizal baby. kalau memanah pun sunnah nabi jugak tapi takkan nak ajar memanah masa umur 4 bulan kan.. tunggu la 4 tahun.. kakak ikutkan aje ye bila laki kakak ajak. 😘
aku search kat google cari info sikit pasal area tempat baby spa ni, kat merata rata area selangor ada tempat ni. tapi yang paling dekat dengan rumah kiteorang kat wangwalk mall, kebetulan kiteorang nak celebrate annyversary yang kedua terus singgah wangsawalk kejap. kiteorang cari² baby spa ni memang tak nampak, sebab lot dia berada di tingkat bawah dan yang paling hujung sekali, kira macam tersorok sikit. kena rajin berjalan baru jumpa tau.
Single Sessions (Swimming & Massage + free Swim Diapers)
sekali masuk rm68 tak silap untuk sejam, harga tu dah promotion, esok second time kau datang dia kurang sikit harga tu jadi rm58 kot. tapi syaratnya kena jadi member baby spa la. kalau apply member kena bayar rm10. kalau tak silap la. sebab aku pun dah lupa. mungkin sekarang ni dia dah turun harga mana tahu kan. mungkin jugak akan naik harga mengikut promotion time tu.
Combo Package (Swimming & Massage + free Swim Diapers)
kiteorang amik pakej combo untuk putera mikaell danish, pakej pun ada harga masing² jugak mengikut sesi yang parents pilih. pakej terbahagi kepada 3 iaitu, session 5 ,session 10, sessions 20. maksudnya 5 session tu ialah lima kali korang boleh datang spa baby mengikut tarikh yang korang tetapkan sendiri. tapi nak datang kena set appointment.
pakej yang aku amik 5 session untuk sesi percubaan danish yang baru 4 bulan masa tu, bayaran yang kiteorang bayar rm328.00 then terus set jadual untuk datang bawak danish ber-spa. yeayy..!!
Sesi pertama 10 June 2015
Atas nasihat staff kat situ, kalau boleh bagi baby kenyang dan cukup rehat dulu sebelum datang. sebab taknak nanti baby bad mood dan lapar, kang tak pasal-pasal rugi pulak bayar kan tapi baby tak mandi pun. alhamdulillah, danish sofar okey dan tak buat problum apa-apa. seronok je dia. hehe
ohh ye, ada kebaikannya ye bila kita bagi baby swimming ni,antaranya ialah :-
- Meningkatkan keyakinan dan keselamatan baby
- Menggalakkan perkembangan otak
- Meransang deria baby
- Membantu baby untuk rasa lebih disayangi, dihargai dan dihormati
- Meningkatkan keselesaan baby
- Melegakan baby daripada angin dalam badan, kembung perut sembelit dan rasa tak selesa bila nak tumbuh gigi
- Mengukuhkan hubungan ibubapa dan baby
- Meningkatkan ketengan agar baby lebih tenang dan tidor nyeyak
aku kasi 🌟🌟🌟🌟🌟
Terima kasih sudi baca.
4 comments:
Saya first time dengar pasal baby spa. Haha. So noob. :P
@Ana Fatihah saya pun baru jugak tahu pasal ni.. hehe.. google je :)
Menarik kan
@LYAfrina hehe.. info mesti kena kongsi bersama.. harap bermanfaat utk semua pembaca. hehe :)
Post a Comment