Saturday, July 15, 2017
Peluk Cium Datin Sri Rosmah Mansor Untuk Putera Mikaell Danish
ya Allah sayangnya bulan tujuh ni dah pun masuk separuh bulan da, tak lama lagi bulan ogos pun datang.. raya pun dah nak habis tapi entry raya baru hengeh-hengeh nak update..mashaAllah memang bezy sejak sejak ni, busy raya.. busy masalah.. busyy kerja.. sampai blog pun dah berabai.. harap reader tak de lari lah ye.. jemputan pun banyak, tapi banyak jugak kena tolak sebab jadual dah penuh. open house lagi la.. tak terpegi bak hang.. terima kasih babnyak sebab jemput iols.. email pun tak sempat balas, invite yang tak ter reply pun ada.. ampun kan saya bos! maaf sangat!
berbalik pada tajuk asal harini, nampak macam gempak tak? haha takde la sebenarnya pagi raya lepas kami satu family sembahyang raya dekat masjid Wilayang Kuala Lumpur, malam raya tu baru kami plan pakat² decide yang sembahyang raya kat sana.. sebabnya dah alang-alang kami tak balik raya kat kampung tahun ni, jadi bila dah cadang kat kL wajib la cari masjid kat kL..
masa sampai tu, memang ramai jugak la orang datang sembanyang kat sana, aku pelik jugak ramai-ramai ni tak balik kampung ke.. haha aku ni first time raya kat kL sebelum ni mesti balik kampung bila raya.. dan sejak lahirkan Putera Mikaell selama dua tahun aku tak datang masjid untuk sembahyang raya, tapi tahun ni alhamdulillah dapat tunaikan..
belanja satu gambar raya! ulang² letak gambar ni pun takpe kan.. sebab ni je kenangan yang ada untuk raya tahun ni.. gambar lain semua ke laut haha..
eh bila pulak Putera Mikaell kena peluk cium dengan nenda ros kan? haa ni la nak habaq ni.. baca tak habis lagi jangan lah tanya babanyak.. hhehe sebenarnya kebetulan kami pegi sembahyang raya masjid wilayah ni tetiba dapat tahu yang dato sri najib razak dengan isteri ada solat kat situ jugak,katanya agong kita pun solat ditempat yang sama jugak.. patutlah masa nak masuk masjid ada ramai polis jaga jalan paking semua.
kami sembahyang dekat je dengan Datin Sri Rosmah, dia tu ha yang duduk saf depan sekali tu telekung peach tu. masa ni tengah dengar khutbah. yang berdiri tak dan² tu tak sabar nak jumpa rosmah.
lepas habis khutbah, tetiba semua lalaju bangun tolak-tolak sebab nak salam dengan rosmah, amik gambar macam² lagi ragam manusia, sampai sesak.. aku pun terus dukung putera mikaell terjebak jugak salam cik rosmah, masalahnya kuat betul dia gengam tangan aku.. lepas tu terus bertentang mata depan-depan nagn dia. mulanya sebab orang tolak² aku tetiba sampai depan cik rosmah, terus dia tarik Putera Mikaell peluk dan cium pipi.. bertuah la betul. haha
lepas tu, buat aktiviti bergambar bersama family dalam masjid sambil tunggu Putera Mikaell berlari tawaf satu masjid. sebab tu umi asyik upload gambar yang sama je ulang-ulang, sebab putera mikeall busy berlari.. 😇
A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
Alhamdulillah, selesai jugak taip entry ni, dah lama kepam dalam lemari. Selamat Hari Raya semua, kalau ada yang open house meh la jemput iols.. inshaAllah jika takde hal sampai la tu.. hehehe semoga semua dimurahkan rezeki dalam menyambuit Aidilfitri yang dirahmati.. inshAllah.. 😘
Terima kasih sudi baca.
6 comments:
wah...banyak peminat jugak kak ros yer sampai nak tolak tolak sekali...
hehhe...alhamdulilah
.nampak datin sri di masjid ni sejuk hati
@Anum Abdullah betul tu, ramai jugak peminat.. kalau dapat duitt tak pe la jugak.. hahaha
@Irda Garmin alhamdulillah.. hehe :)
Alhamdulillah, beruntung Danish dengan akak. Saya ni bila la dapat face to face dengan Datin Sri tu 😂. Rasanya memang tak dapat kut haha.
@Erni Hasmiza boleh la jumpa hasil dari orang tolak2 belakang.. hehehe
Post a Comment