Saturday, August 5, 2017

Blogspot Aku Sedang Digodam!

Salam Ladiess ♥

Hari ni aku terpanggil untuk update entry ni. pernah tak korang dengar cerita pasal benda yang paling korang sayang lepas tu digodam, di curi tanpa mintak izin? dah nama pun mencuri kan, bila tahunnya nak mintak izin, betul tak? ini yang terjadi pada aku dan blog aku ni.

sebelum tu, biar aku bagi tahu dulu, blog aku ni biasa je takde apa yang menarik pun, aku bukan seorang yang daily update. tapi apa yang ada dalam blog aku ni totally adalah hasil dari tangan aku sendiri, mengantuk bangun aku untuk realisasikan blog ni. isi kandungan dalam blog adalah tentang aku dan anak aku, keluarga aku, tentang pengalaman aku, info, tips tips, collaboration serta paid/gift review.

boleh dikatakan semua yang tertulis dalam blog ini adalah hasil dari idea yang datang dari kotak fikiran aku dan jari aku yang menaip. Design blog https://intansaffyna.blogspot.my/ juga hasil dari rekaan aku sendiri yang aku edit siang malam tanpa kenal erti mengantuk untuk aku dapatkan kepuasan dalam blog ni.


jadi patut ke sesorang mencurinya??

okey, macam ni ceritanya, semalam aku ada masa yang terluang untuk aku check blog aku sambil blogwalking, sambil balas comment. dan tetiba ada comment yang macam ni.


comment ni datangnya dari Nabila Syifa, rasanya nama ni first time datang blog aku dan tinggalkan comment atau mungkin pernah datang tapi aku yang tak perasan. tetiba aku rasa nak tengok blog dia, nak blogwalking la konon, tapi apa yang aku nampak.. di copy sebijik design blog aku..

mulanya aku pelik jugak macam mana dia boleh copy image, copy coding, colour link dan banyak lagi la hoi.. lepas tu dia ubah pulak! ni aku nak tunjuk jugak bertapa dia ni curi tapi tak mintak izin. ingat ye aku bukan jenis suka nak mention orang, tapi bagi aku ini dah melampau, Allah je la yang tahu bertapa sakitnya hati.

kau? bahagia dengan hasil kerja aku!

aku bukan reti sangat pasal edit blog ni, kalau setakat nak touch up blog sendiri boleh la.. jadi aku pun tanya blogger mayy jie, dia kan pakar dalam bab edit blog.. hehe aku tanya la macam mana nak tahu kalau ada orang amik code dari blog orang lain. mayy bagi tahu memang orang boleh copy code blog kita dengan niat, caranya pergi ke blog mangsa, right click then tekan page source.

ya Allah.. mudahnya nak rembat orang punya hasil..

lepas tu, aku cuba ikut macam mayy bagi tahu, memang keluar semua code yang dia curi tu. kenapa la macam tu senang orang nak copy bulat². stress aku. masalahnya dia copy keseluruhan coding aku dan edit sikit-sikit ubah nama blog dia.. teruk tak perangai..! aku check satu persatu setiap sudut link tu, memang sah dia curi coding blog aku. bertambah stress aku.

ini screen shot yang aku check pada page source blog si Nabila Syifa, dalam secara rawak je tapi dah jelas dia ni mencuri code dari blog aku. ini jugak dinamakan nak mencuri tapi tak bijak.


1. keyword aku pun dia nak jugak ke? tak de idea ehh? ke kau tak faham seo tu ape?


2. link google plus aku pun ko simpan dalam blog kau..
https://plus.google.com/117442004087434803553

3. ni ID blog aku la wei.. ko takde id blog ke? dah kenapa kau simpan dalam blog kau?
https://www.blogger.com/feeds/1738414200988354730/posts/default



4. link blockqoute
https://68.media.tumblr.com/a4001cdd888fd19fda28288a988e8ea4/tumblr_inline_mr6k4nkWoZ1qz4rgp.jpg
ini memang aku punya blockqoute buatpe kau simpan dalam blog kau?
bla..bla..bla..

5. aku punya script involve asia shoplinks. kau nak register la lain.
https://app.involve.asia/magic/4922/auto.js


6. Blog ID, berapa banyak kau nak simpan dalam blog kau.. nak buat apam balik ke?
BlogID=1738414200988354730


7. Design aku telah diambil?



aku tak boleh terima la kalau kau amik bulat² macam tu je tak mintak izin pun.. aku buat design macam ni khas untuk blog intansaffyna.blogspot.my sahaja. ko buat la sendiri.. aku tak tido tau nak siapkan design blog ni.

dah la kau amik pasang kat blog kau, lepas tu dengan bahagianya kau tukar colour lain pulak kan.. kengkonon aku tak perasan la ye. aku nak mintak jasa baik kau, tolong ubah balik ye. sebelum aku ketengahkan issue ni.

Astarafirullah al azim... sabar ye fyna.. (sambil urut dada)

Terima kasih sudi baca.

22 comments:

Jueliza Jamani said...

Mcm tu pun ada.. jom la tukar template blog responsive seo..😘

Noor Azlan said...

Dari tahun 2014 dia dah curi ke? Huhu... ada singgah sana tengok...

Mrs Pip said...

Hope perkara ni boleh selesai dgn aman damai
Mmg boleh buat upset bila org suka suka nak copypaste tak minta izi n bg kredit kat owner asal....

Nadia Nurul said...

suka hati jer kan curi hasil kerja tangan org lain...tak patut sungguh..nak mudah jer dia tu..moga diberi keinsafan la adik tu.

Busyra Bt Takiyudin said...

busyraa dh ke blog nya.. huhu.. haishh. cuba la cri kelainan blog sndiri..

Intan Saffyna said...

@Jueliza Jamani pernah tukar responsive dulu,tp tak sampai sejam tukar tamplate ni balik.. sbb mood menaip takde.. sy belum puas lagi guna template ni.. hhehe

Intan Saffyna said...

@Noor Azlan saya rasa baru ni je dia curik kot.. sebab sy guna tamplate design ni dah lama.. huhu

Intan Saffyna said...

@Mrs Pip harap dia bagi kerjasama la buang balik apa yang dia amik tu.. :"(

Intan Saffyna said...

@Nadia Nurul tu la sis, tak patut la amik hasil orang lain.. lepas tu edit pulak bg nampak lain..

Intan Saffyna said...

@Busyra Bt Takiyudin tula.. tak salah kalau suka tengok blog orang lain untuk jadikan inspirasi.. tapi janganlah sampai copy habis orang punya hasil.. adoilaa..

SIS HAWA said...

tukar template responsive la.. kalau copy 100% mcm tu dr pages source gerenti jahanam terus blog seseorang tu sbbnya template responsive dia x leh copy mcm tu je bulat2 :D

Mimi Azirah said...

Ada juga spesis mcm ni lg...xde life sungguh

Mas_FVOME said...

Omg..takutnya.Janganla org buat gila gitu.Sbr ya.smoga diselesaikn ngn cra baik

mem said...

Scary giler kak.. ohh ya, saya pun baru singgah sini. Tertarik dengan tajuk... nnt akak update. Sama ada dia tukar atau tak. Nak tau jugak next story. Hahaha..

Cik Tie said...

Oo..semua sekali ambil ke?? Susah juga camni

JAMIL HASHIM said...

sabar ya akak...

Noor Maizan said...

Semoga cepat diselesaikan kak Fyna.

nini said...

Huhu....macam ni pun ada...sabarlah...hasil kerja mcm tu tak kemana

Wani Sukarno said...

teruk orang macam ni kan...x faham sebenarnya ni intan huu semua dia copy desgin blog macam intan ke.. nak p check blog dia sekejap

Aisya Ismail said...

Memang sakit hati kalau hasil karya kita dicuri.. blog tu pun dan open to invite reader je.. da kantoi.. btw singgah and follow sini..

http://ceritaaisyaismail.blogspot.my/

Abam Kie said...

akak lapor je kpd suruhanjaya multimedia n saman je juta2 kat minah senget tu! baru padan muka dia.

Farah Dafri said...

kot ye pon nk copy, tukar la link apa yg ptut hehee

p/s : Hi! Salam kenal <3 blogwalking sini

-Farah Dafri-
www.farahdafri.com

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna