Sunday, August 20, 2017
Q Switch Carbon Deep Cleansing Laser Therapy at Clinic MF
Pernah tak bila tengah bosan lepas tu tetiba terfikir nak pegi buat rawatan facial atau teringin nak rehatkan minda dengan massage dan therapy kat spa. aku selalu je terfikir macam tu, bila dah tido kan Putera Mikaell je lepas tu berangan kalau la dapat facial muka kan best.. dapat urut-urut sekali. tak yah aku sendiri yang susah hati nak berus muka dengan sabut. kahkah.
beberapa hari lepas, aku buat appointment untuk datang ke Clinic MF dan rasai sendiri rawatan facial kat situ. rawatan yang di tawarkan adalah Treatment Q Switch Carbon Deep Cleansing Laser Therapy bila aku dengar dia cakap laser terus kecut perut aku nak oii... haha macam seolah-olah terkejut dengar perkataan laser tu. sebab aku teringat masa bersalin czer dulu doc tu guna kaedah laser potong perut aku. ahh abaikan.
tapi aku buat-buat cool.. control sikit tak bgai nampak muka aku yang cuak. haha sebelum rawatan aku kena jumpa doctor dan diberi serba sikit keterangan mengenai rawatan laser ni sambil tengok jenis kulit muka aku ni. dan sebelum aku tanya, doc dah bagi tau yang laser ni tak sakit pun.. amboi dia perasan kot aku cuak.. haha
Q Switch Laser adalah salah satu laser yang paling maju teknologi yang diluluskan oleh FDA untuk membersihkan sel mati tertanam, seperti pigmentasi, jeragat, whitehead/blackhead dan sel-sel kulit mati. baiknya pengunaan laser nya ialah dapat meningkatkan proses pembaharuan kulit, mengurangkan liang roma yang terbuka, meghilangkan garis halus pada wajah, dan menyerlah tona kulit agar sekata. mengesan kulit dari penuaan, Luka vaskular dan juga penyingkiran tattoo.
yang penting bagus untuk kulit.
Selepas rawatan:
- boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa
- tiada pengelupasan, bengkak, penskalaan & pembakaran
- hindari dari berada dibawah cahaya matahari dan mengunakan sunblock.
Boleh.
-Pakaian matahari yang sunat untuk perlindungan. Sapukan sekurang-kurangnya sekali di rumah
- kulit akan menjadi sedikit kering oleh itu diperlukan untuk memohon tiang penghidratan atau pelembap 3 jam sehari untuk 5 hari pertama.
- Anda boleh mencuci wajah dengan normal selepas rawatan laser
- Anda boleh menggunakan produk kosmetik seperti make up, foundation, serbuk muka, concealer seperti biasa
Tidak Boleh.
- jangan mengunakan scrub atau bahan pengelupasan untuk masa 2 minggu.
- tidak mengunakan toner untuk 3 hari pertama
5 comments:
bestnya kakkk. pt facial2 muka tuuuu
@Busyra Bt Takiyudinboleh la boleh la.. best jugak sebab hasil dia glowing terus.. hehe :)
singgah sini.. bestnya lama tak buat facial, mesti harga mhl hehe
singgah sini.. bestnya lama tak buat facial, mesti harga mhl hehe
@Nina Mads tak mahal pun sebenarnya.. tp servis memang bagus tip top.. try la.. hehe :)
Post a Comment