Saturday, September 09, 2017
Mandi Laut Di Teluk Kemang..First Time Bawak Putera Mikaell
Ala teluk kemang je pun. dekat je. tapi yang dekat tu tak ter pergi, nak pulak yang jauh, memang lambat lagi la nak sampai tak gitu. keheh. percutian yang tak dirancang sebenarnya ni.. asalkan pergi jemput adik kat seremban, lepas tu lajak terus pegi port dickson. barang mandi tu memang tak prepare pun.. Putera Mikaell punya saja yang sentiasa bawak.
so, dia mandi sorang je la.. umi hanya mampu teman je main air sikit-sikit. tapi adik aku dengan kawan dia pun mandi jugak.. depa mmg ada pakaian sebab baru balik kampus. sebelum tu pagi-pagi dah pergi tesco dulu makan nasi ayam pukul 11 pagi. lepas tu pegi mr.diy beli menyodok pasir.. padahal kat umah ada banyak dah penyodok pasir sekali ngan lori. tapi bila percutian yang tak dirancang kena beli lagi.. murah je pun.
tiga orang kanak-kanak riang.. umi ikutkan kerenah mamasing.. duduk jauh jauh sambil minum air calpis perisa anggur. tengahari buta mandi memang takde orang sangat.. so heaven la kongker sesorang.. cuma cuaca tu tak berapa panas sangat.. masih boleh tahan la.. hitam pun tak sempat sebab mandi dan main kat situ lebih kurang sejam lebih je.. tak boleh lalama.. takut rentong pulak tak pasal-pasal.. hahha
anak umi Putera Mikaell first time datang mandi laut sejak umur dah 2 tahun ni.. nampak tak aku dah lama tak mandi laut.. sebenarnya sejak dah jadi mak mak perasaan nak mandi laut ke sungai ke memang dah takde hati lagi.. tah la macam mana boleh timbul rasa macam tu.. orang main/mandi pun dah happy dah.. setakat acah-acah pijak air tu boleh la..
A post shared by Intan Saffyna (@intansaffyna) on
layan short video jap.. anak umi happy umidaddy lagi happy..
umi tanam kaki dia kat dalam pasir.. seronok dia diam-diam kat situ.. pastu maksu dia kacau pulak..
A post shared by anglekin (@shikin_ekin99) on
ada udang xxl dua ekor, teluq goreng separuh masak, kuah yang pedas manis, memang perfect la rasa dia.. aku ni jarang makan mee kauh macam ni.. tapi sekali dapat memang nak tambah lagi,, tapi tak tambah dah sebab semangkuk ni pun dah penuh dengan mee, sarat dengan bahan-bahan dia.. memang cenggini ๐๐๐
Terima kasih sudi baca.
6 comments:
lama dah aku tak makan udang..memang best bila dapat main-main di pantai.
@Anum Abdullah nt try mee udang kat teluk kemang.. confirm dua mangkuk.. hehehe
sedapnyaa mee udang . haha tengok gambar pun dah tertarik
@Khai_Sol kan.. saya tgok gambar banner dia tu yang order mee udang.. hehe :)
Sedapnya sis intan, apa nama kedai.. terliur saya. Tgk gambar je ni, belum tgk sis makan lagi. -salam sayang kekja-
@SALIZA SACHARI kedai tu nama mee udang xl tak silap.. hehe
Post a Comment