Wednesday, December 19, 2018

Membayar Zakat Di Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP

Salam Ladiess

Dengan adanya kaunter Zakat bergerak, anda dah tak perlu lagi tergesa-gesa nak masuk pejabat zakat yang kadang kala tak sempat nak membayar zakat sebab kaunter plus kena tunggu giliran. betul kan..?

Jangan risau, kaunter zakat bergerak lebih memudahkan. hanya perlu dapatkan lokasi yang berdekatan dengan anda saja.. layari facebook kami PUSAT PUNGUTAN ZAKAT untuk mengetahui kaunter bergerak berhampiran.


PPZ-MAIWP telah menyediakan kemudahan Kaunter Zakat Bergerak untuk mereka yang ingin membayar zakat terus ke pintu rumah mahupun pejabat anda, iaitu perkhidmatan bergerak Door to Door untuk pembayaran RM5000 dan ke atas (hubungi 1 300 88 5757 untuk tempahan). 




Kaunter Zakat Bergerak ini juga akan berada di tempat-tempat yang telah dijadualkan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa di dalam laman sosial (facebook) rasmi PPZ-MAIWP 
https://www.facebook.com/myzakat/


Terima kasih sudi baca.

No comments: