Friday, October 28, 2011

Pernah Mimpi Tak ?

Assalamualaikum ^ 6
Selamat pagi Blogger.. Lily harap hari ni adalah hari yang bermakna untuk korang.. Semoga happy always. Pada yang tengah siap-siap nak pergi keje tu, jangan lupa sarapan dulu, kang sakit peyut masuk angin pulak.. 

Dan sebelum tu lily nak tanya korang ni, malam semalam korang semua tido nyanyak ke ? lena ke ? ada mimpi yang indah tak ? kalau ada mimpi yang indah yang best yang romantik meh cite kat lily.. kalau mimpi hantu lily tak nak dengar.. huu.. takut.. 
Okey la.. sebenarnya lily yang nak cite pasal mimpi pagi ni.. harap korang dapat baca dengan tenang sebab mimpi lily kali ni agak menakutkan sampai berpeluh gitu.,.
p/s : Entri kali panjang. lily harap korang akan dapat bersabar dan meneruskan membaca dengan penuh yakin ye ^,^
Jalan mimpinya berbunyi macam ni, malam semalam hujan lebat. lily tido awal. tah macam mana lily berasa macam di luar dari tido. Lily bertiga dalam kereta tu iaitu lily,bf lily dan adik lily [Intan Nur Ashikin]. Kitaorang dalam perjalanan pergi bercuti disebuah tempat peranginan di kawasan kampung. kami mencari Homestay diarea kawasan tersebut..

Dalam perjalanan petang itu, lily melilau melihat keindahan sebuah kampung yang nampaknya aman dan penuh keindahan suasana petang itu.. Angin bertiup kencang dan burung-burung berterbangan bersiar-siar. Setelah sampai di satu lorong masuk untuk menuju  ke Homestay kami lalu dikawasan perkampungan kecil dan agak jauh kedalam...

Hati lily dah rasa berdebar-debar, perasaan bercampur baur antara gembira dan takut. Bf lily perlahankan kereta.. biasalah masuk kawasan kamupung, mesti kena slow-slow kan.. mata lily belum puas lagi pandang kiri pandang kanan.. sampailah di satu simpang yang jalannya agak berbukit , lily ternampak sebuah rumah yang suram macam dah ditinggalkan. tapi lily pelik ada orang disitu seperti gayanya berborak-borak dan budak budak bermain.

Makin lama makin slow bf lily memandu kereta menuruni bukit dan lily pun berdebar-debar ternampak dua kujur manusia [suami isteri] yang telah terlentang di penjuru rumah tersebut. lily cakap dalam hati '' kenapa orang tua tu berbaring di situ ? '' dengan dedahan pintu terbuka luas terbentang ??? ianya menjadi tanda tanya didalam hati lily. - silent mode.

Akhirnya kami bertiga sampai dikawasan Homestay yang akan dijadikan penginapan untuk beberapa hari. lily naik keatas rumah papan yang dingin itu. sungguh sejuk disitu. bilik lily dan bilik bf lily betul-betul menghadap lautan yang membiru..
Hari dah larut petang kami perlukan istirehat sementara menunggu pagi untuk memulakan sesi percutian. selepas makan malam adik lily terus tidur. lily dan bf sambil berdiri di beranda menyedut dan menghirup udara malam disaksikan bulan dan bintang.. cehwahh !! romantik la konon..

Keesokkan pagi..
Terasa macam berada di NewZealand sejuk kemain lagi.. Lily siap-siap untuk keluar siar-siar  tapi bf lily cakap tunggu dulu. dia nak keluar beli sarapan disimpang hadapan. lily dan adik hanya tunggu disitu. kami berdua tak selangkah pun keluar dari rumah.. sambil jalan pusing satu rumah, belek sana belek sini.. tiba-tiba lily rasa seram sejuk satu badan. lily tarik adik lily yang masih kusyuk menelek barang-barang disitu.

Lily tanya adik lily 
Lily: dek , ko ada bau pelik tak ?
Adik : ada jugak, bau ape tu kak ?
Lily : akak tak tahu..
Adik : kak, jom pi sana ?
Lily : tak payah la.. dok sini sampai abang balik.
Adik :kak, bau ape ni ? pening laa...
Lily : tula, akak pun dah pening ni.. tapi tak pasti bau ape.. macam bau orang mati je..
[macam-macam bau sepeti keminyan , kapur barus dan wangian orang mati]

Kami dua beradik berpelukan, sekian lama menunggu sarapan tak sampai lagi.. hati lily dah tak sedap '' Kenapa lama sangat abang ni tak balik-balik lagi '' seluruh tubuh lily terketar-ketar macam dok dalam peti frozen ! lily dah tak boleh tahan lagi bau yang pelik dan busuk tu hampir menyesakkan dada. lily turun tangga hingga tegelincir entah selang dua anak tangga agaknya lily cuba mempercepatkan langkah.

Sampai saja di tingkat bawah lily terus menjerit kerana dengan tak disangka-sangka, sangkaan lily tepat ! dua orang manusia yang lily nampak petang semalam terkujur dihadapan lily dan adik.. sepantas kilat lily cuba jalan selangkah untuk mencapai pintu.. pabila tangan kiri lily mencapai tombol pintu tiba-tiba kaki lily dipegang oleh makhluk. dalam kekalutan lily kurang pasti sapa yang pegang.

Lily cuba tolehkan muka kepandangan 300c* nisbah 5 terus kebelakang.. lily dapati dua makhluk itu masih terkujur disitu. [Jadi sapa yang pegang kaki lily ?]
sambil menjerit meminta tolong, pintu tak dapat dibuka. hampir setengah jam kami dua beradik disitu. Bf lily pun sampai dan terus dapatkan lily dan adik yang dalam dilema.
bf lily cuba nak buka pintu tersebut tapi kunci tertinggal dalam kereta. ambil masa 10 minit. lily menjerit.. cepat bang ! ada hantu dalam rumah ni.......%%%%%%%%%!

Bf : sabar sikit.
Lily : cepat laa..
Bf : kenapa ? ape yang berlaku ?
Lily : Buka la pintu ni cepat... lily takut...
Bf : abang tengah cuba ni, tak boleh dari tadi.. pelik.
Lily sambil jerit-jerit dan tangan menggegarkan grill sliding door tu.
Abang ,  Lily nak bagi tahu ni , sebenarnya semalam lily nampak pakcik tu baring kat pintu rumah dia.. ru ru ru mah yang suram kat atas bukit sana.... Lily cuba gagah kan mulut untuk bercerita sambil bf lily mengodek-godek kunci di pintu grill tak bukak dari tadi.
tiba-tiba suara yang menakutkan bercakap dengan lily...

Makhluk 1 : kau jangan cuba bersuara ! sambil bangun terduduk dan matanya terbeliak tepat memandang lily.. [lily tak dapat bayangkan bertapa rupanya yang mengerikan]. Lily menjerit sekuat hati hingga ada seorang ustaz ke pak lebai ke lily tak peduli terdengar jeritan lily dan dia datang singgah dengan motornya... lily dah macam orang gila kat situ. menjerit tak henti-henti.. dan tup ! tup ! Ada orang peluk lily....dan bertanya kenapa jerit-jerit ?
tersentak lily berhenti dilamunan mimpi  ngeri sambil menitiskan peluh seperti berlari meroton 4 x 500 m !..

Astarafirullahalazim.. lily bermimpi rupanya.. sehingga sekarang lily tak boleh lupakan makhluk itu.. terngiang-ngiang di fikiran akan wajahnya yang menakutkan..
Allamdulillah lily dah selamat !!

p/s : Jika korang ada juga termimpi-mimpi.. meh cite kat sini.. tambah menarik lagi.. :) 

11 comments:

Nina Syahira said...

seram gak mimpi nieh . hehe ^^

lily butterfly said...

memang seram.. tak suka mimpi yang menakutkan :)

Anonymous said...

Perghhh ! Cm bukan mimpi . Real gler .. Salu er klw mimpi msti cm merapu2 skit .. seram but best :)

A I Y R A said...

.seram derr !

mohdhazlan Dreadlock said...

huhu ...mimpi mainan tido

Unknown said...

Assalam, kak lilly kat mana saya nak jawab soalan tu... huhuhu... tak dpt nak cari lah...


http://ikhwanmencarinurillahi.blogspot.com

lily butterfly said...

tak payah jawap la.. abaikan...hehe :)

lily butterfly said...

@Anonymous best kan..

lily butterfly said...

@A I Y R A seram sampai berpeluh-peluh

lily butterfly said...

@mohdhazlan Dreadlock aah.. mainan :)

lily butterfly said...

@Saia Budax Lanun segmen dh tamat pun.. hehe