Saturday, February 18, 2012

Orang Malaysia Tak Berbudi Bahasa

Assalamualaikum^^
2 February 2012.
Susahnya nak menilai seseorang walaupun kenal ataupun tidak. kenal atau tak bukan ukuran tapi sifat nilai murni dan berbudi bahasa adalah amat penting dalam budaya kita. tak kira dimana kita berada. orang malaysia cakap budi bahasa budaya kita, tapi hampeh. bukan kena bayar pun kan. lily tak mintak duit !

Hari ni nak story sikit pengalaman lily petang tadi, pasal stuf bank yang tidak bertamadun tapi masih lagi boleh bekerja dibank, pelik tol, macam mana pihak pengurusan bank boleh ambil orang macam tu kerja, padahal berlambak lagi orang lain yang layak.

Lily tak nak mention bank mana yang lily maksudkan, biarlah rahsia.. sebab mungkin hanya lily saja yang diperlakukan seperti itu. sedih.

Bagi anda sedia maklum lily adalah salah seorang peniaga online yang sedang berleluasa sekarang, salah satu produk lily adalah slimming suit. bukanlah lily buat promot tentang barang lily, tapi jika ada yang berminat boleh hint lily kat sini.

Setelah payment order masuk lily seharusnya kan check payment yang masuk secara online untuk memastikan pembelian dan lily boleh terus buat proses penghantaran. macam biasa lily masuk dalam online banking dengan perasaan yang hyper cool gile, tiba-tiba  lily dapati balance lily kurang! terkejut kucing nak beranak masa tu.

Lily kenal pasti transection kemana duit tu hilang! sebab memang lily tak keluarkan duit atau membuat apa-apa pembayaran dan bil pada hari ni. bukannya sikit tau RM177.** banyak kan. kalau lily pergi salon pun masih ada baki lagi.




Hyper cool lily bertukar menjadi hot spicy, tak ketahuan hala. mundar mandir macam tikus sambil memikirkan ape nak buat !

Lily capai handphone sikai cap ayam  dan terus call bank untuk kenal pasti siapa yang sabotaj lily. zaman yang penuh kebijaksanaan ni macam macam boleh buat, hacker pun bersepah dalam dunia ni.
tapi lily tak tahu no tel, lily on balik online bank, cari kat situ kot kot ada. lepas teliti lily jumpa no tel tu tapi no tel yang panjang gila macam nak order pizza hut. 1300 85 bla bla.. tunggu operator merepek berjam-jam baru boleh bercakap dengan manusia. haish.

Bermula detik perbualan yang pertama.

Perempuan 1 : Selamat Petang.

Lily : ye, selamat petang.

Perempuan 1 : Boleh saya bantu ?

Lily : Saya nak bertanya tentang akaun saving, hari saya tidak membuat sebarang transection tapi kenapa duit dalam akaun saya hilang ?

Perempuan 1 : ok, boleh bagi no akaun ?

Lily : jap ye, ****850799**

Perempuan  1 : nama cik ?

Lily : Intan Wandalaara

Perempuan 1 : ok cik intan, boleh bagi no ic.?

Lily : 871008*****

Perempuan 1 : ok cik intan boleh tunggu sebentar, saya nak check dulu

Lily : okey , terima kasih.

Lily tunggu lagi .. dengar lagu lagi.. tingtong-tingtong lagi.. tiba-tiba ! tut..tut..tut.. talian lily terputus. lily check balance topup lily tinggal rm0.06. hampa. tadi masa sebelum call tak pulak lily nak check dulu baki kredit ada berapa. sobsob...

Lily tak puas hati sebab masih belum dapat jawapannya. lily ambil tindakan untuk telefon lagi. capai purse dam masukan number topup yang lily beli kemarin dulu. tapi lily tak nak call number tadi mahal nak mati. cakap tak banyak tapi mengunggu operator merepek je lebih.

Tengah fikir jap. baru lily teringat yang lily ada no tel bank yang ketika dulu ada sorang akak bank tu bagi bisnes kad dia kat lily lily cuba call handphone dia tapi tiada jawapan. lily cuba call nombor office bank tu. ok dapat.

Perbualan detik kedua.

Perempuan 2 : Diam.

Lily : Assalamualaikum.

Perempuan 2 : wkumsalam. nak cari sapa ? - nada macam marah

Lily : saya tak tahu nak cari siapa, saya cuma nak bertanya tentang akaun saving

Perempuan 2 : ok jap.

Lily : ok!

Lily tunggu bagai nak raq macam kayu ! pastu ada sorang lagi sambut fon cakap ape pun tak terus letak telefon. meluap-luap hot spicy bertambah.

Ni lily nak translate jap perbualan detik kedua.
  • Dah lah lily call dengan perasaan yang cool + hot, perempuan tu jawap call boleh pulak diam.!
  • pulak tu dah la greeting pun tak de, lily yang bagi salam dulu.
  • perempuan tu jawap salam yang tak ikhlas pastu nada nak marah-marah dan boleh pulak dia tanya lily nak cari siapa, mcam lily kenal pulak orang kat dalam bank tu !
  • lepas  lily bagi tahu masalah lily, dia suh tunggu ! boleh pulak orang angkat fon tu dan letak talian lily..!
  • Bengang beb !
*******************************************************************
Lepas fon dia letak, lily gigihkan diri untuk call lagi sekali. perempuan yang sama jawap lagi untuk kali kedua.

Lily : Hello, saya nak bertanya pasal saving akaun ?!!

Perempuan 2 : eh! tadi kan dah bagi kat orang tu ?!

Lily : (ehh! nak marah-marah pulak - dalam hati)
ye, orang tu letak fon!!!

Perempuan 2 : okey 

**perempuan tu hilang seketika, dan lily dengar riuh rendah dalam bank tu, lagaknya seperti orang disana tengah menyembang. lama lily tunggu dan lily cakap....."

Lily : Helloooooooooo..!!!

Perempuan 2 : bagi no akaun.

Lily : ok bagi.

Perempuan 2 : u ada pakai minyak tak hari ni?

Lily : saya tidak mengunakan minyak petrol harini atau apa-apa transection lain.

Perempuan 2 : ada swip untuk pembelian tak ? bil ?

Lily : (eh, tak paham ke orang ni ! - dalam hati )
saya tidak membuat apa transection hari ni !

Perempuan 2 : kad ATM ada ?

Lily : ye, ada.

Perempuan 2 : kalau macam tu saya tak tahu.

Lily : haaaaa...!!!

Perempuan 2 : u boleh call kat tempat yang u bukak akaun ni, u call sini 03-61******

Lily : k !!

Anda nampak tak bertapa sakitnya hati lily! nampak sangat perempuan tu bodoh nak mampus tak pandai ! nak menyembang pun ingat-ingat sama pelangan mesti diutamakan, bukan cakap sambil lewa je!
Lily nak membebel jap, lepas perasaan geram.
"Ehh !! buat ape kau kerja kat bank kalau kau satu habuk pun tak tahu.. macam mana kau boleh di terima berkerja oleh pihak pengurusan ni !sedangkan kau greeting pun tak de.. nada nak marah-marah pulak.. teruknya kau kan.. resign je la beb ! buat rugi bayar gaji kau !"
Kepala lily dah keluar tanduk api, marah bengang sakit hati sudah mengelinap satu badan lily tapi masih buat-buat cool. lily cuba sekali lagi untuk call bank tempat lily bukak akaun ni untuk buat kali ketiga.

Perbualan detik ketiga.

Perempuan 3 : Hello

Lily : Hello , Assalamualaikum..

Perempuan 3 : Wkumsalam, boleh saya bantu ?

Lily : ok, saya nak tanya tentang akaun saving.

Perempuan 3 : Ya.

Lily : balance akaun saya di outo debitkan ? kenapa ?

Perempuan 3 : Ok cik no akaun ?

Lily : ok.. blabla..

Perempuan 3 : cik ada swip untuk minyak ke ?

Lily : takde, saya tak buat apa-apa transection untuk hari ni!

Perempuan 3 : kad ATM ada dengan cik tak ?

Lily : ye ada.

Perempuan 3 : kalau macam tu cik datang bank terdekat untuk buat repot.

Lily : okey boleh ke saya dapat duit saya balik ?

Perempuan 3 : ye, pihak bank akan kembalikan duit cik jika tiada apa-apa masalah dalam akaun cik.

Lily : okey terima kasih.

Perempuan 3 : sama-sama, cik datang esok ya.

Lily : ok insyaallah.

Dengan perbualan yang ketiga ni dapat memuaskan hati lily walaupun lily masih belum boleh memastikan apa yang terjadi dengan duit lily yang hilang. lega sikit  lily rasa hanya tunggu esok untuk lily buat keputusan.

3 February 2012
Setelah bertungkus lumus bermain dengan api dalam air bertarung untuk mendapatkan keadilan demi memuaskan hati lily, dengan senang hati dan malas nak fikir banyak, lily membuat keputusan bahawa lily ingin mengabaikan duit rm177 yang hilang tu.
finaly, ini adalah mutamat.

Huh ! penat lily menaip panjang lebar semata-mata nak luahkan dalam blog naif lily ni. biarlah lah rm177.** tu lily ibaratkan telah berhabis disalon atau bershopping walau hakikatnya lily dah lama tak ke salon. sebab... malas lily nak pergi bank isi borang, nak tunggu dia submit borang repot , pastu akan ambil masa seminggu sebulan baru duit akan di kembalikan...

Lily redha jela duit hilang tu makna bukan rezeki lily.. tapi dengan harapan , siapa yang hack lily sila lah kembalikan balik.. lily halal kan didunia dan diakhirat.

Harapan.
  • lily harap duit lily tak hilang mungkin salah faham dengan bank yang mengauto debitkan duit lily..
Nasihat.
  • Lily nasihatkan kepada peniaga online, sila berikan akaun anda kepada yang siyes buyer sahaja.. jangan sebarangan bagi no akaun anda.. macam-macam boleh berlaku zaman sekarang ni.. si percuri online bersepah !
Terima kasih sebab sudi baca enrty lily yang panjang berjela ni.. baru hari ni lily nak publish, bahkan ia sudah lama ditaip.

Peach no war !

7 comments:

✿ SISFEL ✿ said...

wahh.. tak sopan sungguh diorang tu.. haish!!

✿ SISFEL ✿ said...

tak sopan sungguh diorang.. haish..

lily butterfly said...

@✿ CIK N ✿ye.. memang tak sopan. :(

Ain Zulaikha said...

report lah kat orang atas, yg tak sopannye pekerja dia je kot.. hishh.. geram lak ai...

lily butterfly said...

@Ain Zulaikha malas nk setalkan benda yang lily rasa tak boleh setel.. tapi geram !

Fatin Diana said...

Eeeee! Teruknya! Takde adab la orang macam tu. Kalau D kat tempat Lily, mau orang tu kena hamun. Eee! Menyirap ah. Sabar ek Lily

lily butterfly said...

@Dianaalily tak mampu bersabar lagi.. dah 2 kali berlaku mcm ni lagi semalam :(