Monday, December 19, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 12 : Tips Kecantikan

Salam Ladiess ♥ 

Bila sentuh bab kecantikan, mesti semua orang nak cantik pada wajah saja, tapi tidak pula fikir pada anggota yang lain, walaupun ianya jugak penting untuk kecantikan menyeluruh. betul tak?? tapi tu sesengah pandangan saja. nak cantik pun mesti kena ada sedikit masa siapkan diri untuk cantik.

perkongsian aku dalam bab ni adalah perkara yang aku pernah amalkan sendiri dirumah, sebab dengan cara ni jugak berkesan jika diamal secara konsisten tanpa ada rasa putus asa. kalau sesekali terlupa takpe (aku lah tu). hehe

Nak cantik hanya perlu rembat barang didapur saja
murahkan? tambah pulak kalau masih bujang dan duduk dengan family. rembat jela mak kau punya barang nak masak tu, yang penting mintak izin dulu la.. kang mak kau nak masak gulai hilang pulak lengkuas dia..haha (ehh.. nak masak gulai guna lengkuas ke?)

1. limau kasturi.
aku suka limau ni bila buat jus waktu tengah hari. hilang dahaga. limau ni jugak boleh menghilangkan blackhead/whitehead yang tengah melepak kat hidung dan dagu kita. aku dah buat memang menjadi. makin hari makin hilang. cuba amalkan seminggu direct.
2.kayu manis.
bukan hanya sekadar untuk masak kurma je guna batang kayu manis, tapi ia jugak boleh buat skcrup muka. caranya tumbuk sebatang sampai jadi serbuk. kalau nak cepat cari yang halus sikit. lepas tu gosok tangan atau kat kaki. biar hilangkan daki berkerak tu. nak gosok kt muka dengan leher pun takda masalah.
3.teh uncang.
rasanya semua pun tahukan teh uncang yang dah lepas digunakan ni boleh memudarkan eyebag yang berat bekilo kat bawah mata tu, boleh amalkan jugak sebelum tidur.

4.air beras
masa kita basuh beras sambil selawat tu, air beras tu simpan segelas nanti buat basuh muka lepas kita dah cuci dengan cleanser mamasing. ia boleh melembabkan kulit yang kering. caranya biarkan air beras tu kering sendiri dekat muka. lepas tu baru bilas.

5.gula kasar
yang ni best, sebab gula boleh membuang kulit kusam, caranya ambil setengah sudu gula campurkan dengan sabun basuh muka dan cuci muka macam biasa, ia lebih kurang macam scrub muka jugak. lepas tu mesti muka kau manis macam gula. tak percaya try sendiri.

rasanya banyak lagi barang dapur yang kita boleh guna untuk kecantikan kulit, tapi aku share setakat ni jela tau.  yang lain kau tanya mak kau ataupun makcik google. 

harap tips ni membantu la ye, selain kita guna skincare yang tengah banyak kat pasaran sekarang ni , tak salah jugak kalau kita guna barang yang sedia ada dirumah kan. sikit sebanyak ia dapat membantu masalah kulit.

selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca.



6 comments:

Sha Mohamed said...

Yeah!! Cantik dengan barang sedia ada di dapur.. good tips..

Junzie said...

info menarik ni ! Ju skrg in progress guna bahan2 dapur untk jga muka. buat masa ni guna putih telur sbg masker, Ju amal 2x shari utk hilangkan parut jerawat.. alhamduliilah bkesan ! =D

Lepasni nak try uncang teh pla ilangkan eyebag btan ni haha

trima kasih share tau ! =D

SIQAHIQA said...

Siqah tahu bab air beras je :) Memang berkesan cuma sekarang jarang buat. Malas. Hihi. Teh uncang means teh hijau pun bolehlah ek? :)

Intan Saffyna said...

@Shahida Dzulkafliyay! senang semua ada kt dapur tetiba.. hehe

Intan Saffyna said...

@Jun Zie try la, saya pernah sekali je yg tu :)

Intan Saffyna said...

@Siqah Hussin boleh la kot, try je hehe :)