Saturday, December 10, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 3 : Tempat Makan Best

Salam Ladiess 

Jenuh fikir tempat best, boleh dikatakan semua tempat yang aku pernah pergi makan tu best, makanan sedap, servis baik. tapi kat sini aku pilih satu je la sebab tempat ni yang aku selalu pergi ulang² tanpa rasa jemu. 

tambah dengan makanan febret aku pulak, mana taknya aku selalu pegi sana melantak. ye dak. jauh sikit takpe janji kepuasan yang penting.
jawapnya aku makan dua pinggan, sambal lebih banjir. pedas takpe aku mampu tahan. haha suami marah tak bagi makan pedas, tapi aku tak pedulikan.. haha terukkan.. sebenarnya aku tak tahu ape yang istimewa sangat tempat ni, sebab suami aku cakap biasa je.

tapi bagi aku walaupun tempat ni sentiasa dipenuhi orang, aku akan tetap bersabar menungu sehingga aku dapat tempat dan terus order. aku rasa tempat selesa dan makanan dia sedap! apatah lagi bila menikmati nya bersama keluraga. 

Nasi Ayam penyet, wong solo
banyak sangat celoteh tapi tak bagi tahu kata tempatnya pun tak boleh jugak kan. okey ni aku pegi makan kat.. siapa tahu ? siapa cam? siapa pernah pegi? ni kat wong solo bangi. menu utama kat sini nasi ayam penyet. sambal memang letup beb! tapi banyak lagi menu lain kalau nak tambah.

aku kalau sampai bangi je memang wajib datang makan sini. suami on je asalkan perut bini dia puas hati. haha paling tak tahan tu, masa aku mengandung 9 bulan tunggu hari je nak bersalin boleh aku paksa suami datang makan sini. makan pedas₂ pulak, memang boleh terberanak kot waktu tu. 

apa nak buat dah permintaan baby dalam perut nak buat cam mana, umi ikutkan je.. ke umi yang lapaq sasangat dengan nasi ayam penyet tu?.😜


Terima kasih sudi baca.


4 comments:

Haneeza Mohamad said...

tengok gambar je dah tau tu wong solo,hehe sebab neeza dulu2 kaki makan dekat wong solo cuma sem ni macam tak berapa sangat nak makan ayam penyet more to korean and japan cuisine

jemput singgah dan komen
www.neezalife.com

Unni Anje said...

wahh ayam penyet !!! sedap.. Unni pun suka

Intan Saffyna said...

@Haneeza Mohamadwaw.. heheh kalau dah biasa makan tempat tu tengok dinding pun mesti dah kenal kan.. hehe

Intan Saffyna said...

@Unni Anje kak intan pun suka ayam penyet, lagi2 sambal dia.. pegh pedas mak ang :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna