Showing posts with label Food Review. Show all posts
Showing posts with label Food Review. Show all posts

Saturday, November 04, 2017

Dinez-In Home Cooking | Beli 2 Boxs FREE 1 Box

Salam Ladiess ♥

Pernah tak korang malas keluar dari office atau tempat kerja waktu lunch? kakdang kerja berlambak nak pergi beli makan tengah hari pun tak sempat. betul kan? malah bukan saja yang bekerja di luar, yang dirumah pun tak menyempat tau. atau dalam erti kata lain kalau malas masak pun senang sebab kita boleh terus order di Dinez-in Home Cooking.

sebelum tu aku nak cerita sikit kelebihan Dinez-in Home Cooking ni. Dinezz-in menyediakan menu yang berlainan setiap hari dengan harga juga berlainan mengikut jenis menu, walaubagaimana pun harga di setiap menu adalah sangat berbeloi dan termasuk dengah servis penghantaran percuma. bestkan.


bulan lepas aku diberi peluang untuk menikmati sendiri menu di Dinez-in ni yang dihantar didepan pintu rumah. servis yang cepat dan sangat menepati masa dan yang penting HALAL tau.

Saturday, May 27, 2017

Berbuka Puasa Di The Venue Shah Alam Dengan Menu Tradisi Kampung Terbaikk!!

Salam Ladiess ♥

Salam ramadhan semua, dah lepas satu hari berpuasa.. seronok bila dapar berkumpul adik beradik dan keluaraga di first ramadhan dan berbuka puasa beramai-ramai. ada yang sanggup pulang ke kampung halaman semata-mata nak berbuka bersama keluarga tersayang yang dirindui.. betul kan.

harini kedua dan hari seterusnya kita akan berpuasa dan berbuka seperti biasa sebab masing-masing dah kena buat halauan sendiri, buzy dengan pelbagai komitmen. sehinggakan tak sempat pun nak masak untuk keluarga dan masih tercari- cari tempat berbuka dengan harga yang berpatutan dan hidangan yang sangat menyelerakan.

jangan risau, ada tempat istimewa yang anda cari tu. The Venue Shah Alam adalah tempat yang anda cari.. serius pasti tidak mengecewakan. ia terletak di sekyen 15 Shah Alam (waze the venue confirm sampai) disini mengaji menu tradisi kampung yang terbaikk dari resepi turun temuruh, yang dibawa khas dalam Gema Ramdhan The Venue Shah Alam.


Wednesday, May 24, 2017

Buffet Ramadhan 2017 Di Me'nate Steak Hub Shah Alam

Salam Ladiess ♥

Keistimewaan di Me'nate Shah Alam adalah daging kambing dan lembu yang di import dari luar negara dan di masak fresh dan sangat sedap. ada bahagian tertentu yang boleh kita pilih sendiri bahagian daging mengikut harga yang disedia. untuk maklumat semua Me'nate sebenarnya tidaklah mahal seperti yang disangkakan kerena harga daging sudah termasuk dengan semua jenis masakan, dessert dan air boleh refill sampai kenyang.

untuk ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi, Me'nate Shah Alam menawarkan Buffet Ramadhan yang istimewa dengan harga pax yang sangat berpatutan yang pastinya semua akan berpuas hati menikmati juadah berbuka puasa di Me'nate Steak Hub.

 Beef , Lamb, Chicken dan Roasted Seabass
Set macam ni boleh makan satu family tau, memang banyak daging dalam tu termasuk daging kambing, lembu dan ayam roested. boleh makan 5-6 pax.  ada lagi menu lain yang sudah termasuk dengan set ramadhan ni., antaranya..

Monday, May 15, 2017

Lunch With Gintell at Kenny Rogers Roasters

Salam Ladiess ♥

Selepas selesai event Memorable Mothers Day With Simon Yam yang memperkenalkan keruri urut De' Space U.F.O, sangat bagus untuk orang sibuk seharian dapat merehatkan badan dengan penuh keselesaan. untuk info De' Space U.F.O klik sini. then semua media dan blogger di jemput hadir ke kenny rogers untuk late lunch.

Thursday, May 11, 2017

Citarasa Bonda Buffet Dinner Di Hotel Neo Plus Penang

Salam Ladiess ♥

Tak sabar nak tunggu Ramadhan yang di rindukan sangat setiap tahun. hanya tinggal lagi beberapa minggu saja untuk kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak. dan menjalankan ibadah puasa. bila masuk saja bulan ramadhan mulalah kita akan dihujani dengan pelbagai makanan dan citarasa. tambahan pula bila menahan lapar dan dahaga.. boleh meroyan bila dapat tengok makanan.. betul takk?..  haha

bagi yang bekerja atau yang tak sempat nak masak sendiri di rumah, sudah pasti korang akan cari tempat yang menghidangkan makanan yang penuh selera dengan harga berpatutan kan. kat sini aku ingin mencadangkan korang datang makan Di Hotel Neo+ Penang by Aston, yang menawarkan Citarasa Bonda featuring flavours of Nusantara (Malaysian and Indonesian cuisine) untuk menu berbuka puasa.

Roast Lamb (Kambing Bakar)

Banyak lagi menu menarik yang akan di hidangkan.. yang penting selera kampung.. yang memang terangkat beb.. sesuai untuk menu berbuka puasa. ditambah pula berbuka puasa bersama keluarga.
jom kita cuci mata dengan hidangan yang memikat ni.

Saturday, December 10, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 3 : Tempat Makan Best

Salam Ladiess 

Jenuh fikir tempat best, boleh dikatakan semua tempat yang aku pernah pergi makan tu best, makanan sedap, servis baik. tapi kat sini aku pilih satu je la sebab tempat ni yang aku selalu pergi ulang² tanpa rasa jemu. 

tambah dengan makanan febret aku pulak, mana taknya aku selalu pegi sana melantak. ye dak. jauh sikit takpe janji kepuasan yang penting.
jawapnya aku makan dua pinggan, sambal lebih banjir. pedas takpe aku mampu tahan. haha suami marah tak bagi makan pedas, tapi aku tak pedulikan.. haha terukkan.. sebenarnya aku tak tahu ape yang istimewa sangat tempat ni, sebab suami aku cakap biasa je.

tapi bagi aku walaupun tempat ni sentiasa dipenuhi orang, aku akan tetap bersabar menungu sehingga aku dapat tempat dan terus order. aku rasa tempat selesa dan makanan dia sedap! apatah lagi bila menikmati nya bersama keluraga. 

Nasi Ayam penyet, wong solo
banyak sangat celoteh tapi tak bagi tahu kata tempatnya pun tak boleh jugak kan. okey ni aku pegi makan kat.. siapa tahu ? siapa cam? siapa pernah pegi? ni kat wong solo bangi. menu utama kat sini nasi ayam penyet. sambal memang letup beb! tapi banyak lagi menu lain kalau nak tambah.

aku kalau sampai bangi je memang wajib datang makan sini. suami on je asalkan perut bini dia puas hati. haha paling tak tahan tu, masa aku mengandung 9 bulan tunggu hari je nak bersalin boleh aku paksa suami datang makan sini. makan pedas₂ pulak, memang boleh terberanak kot waktu tu. 

apa nak buat dah permintaan baby dalam perut nak buat cam mana, umi ikutkan je.. ke umi yang lapaq sasangat dengan nasi ayam penyet tu?.😜


Terima kasih sudi baca.