Friday, December 09, 2016
Tak nampak pun chatbox?
Dari bulan lepas lagi aku pasang chat box bagi memudahkan sapa² yang masuk blog ni senang nak tinggalkan link blog, sebab aku nak cari blog kengkawan baru, memandangkan aku baru je dapat join dunia blogging ni semula. tapi sejak dari itu takde siapa pun yang tinggal kan apa² jejak kt cbox. aku muskil jugak, zaman sekarang ni orang dah guna chat box ke?
sebab aku masuk blog blog lain masih ada je yang guna cbox. dan aku mesti tinggalkan link blog ni chat box dorang. tapi kenapa chat box aku takde sapa masuk.. sedihkan haha daripada aku guna http://www.cbox.ws/ dah lama dah tak pernah tukar, tapi aku tukarkan kepada http://shout.busuk.org/ beberapa hari lepas. apa yang tengok masih lagi sama, takde siapa pun yang tinggalkan link kt situ.
kenapa ye? chat box dalam blog ni takde siapa nampak ke? sebab tadi ada akak ni tanya, yang dia tak boleh view chat box pun, dia risau takut wifi dia problum. tapi saya view boleh je. guna iphone pun boleh view.
klik untuk lebih jelas
cbox ni aku dah di susun baik² kat bawah follower tu, tapi kena klik button "chatbox" tu la dulu baru nampak, siapa boleh nampak tolong komen tau.. macam mana nak buat ye kalau ada yang tak nampak? aku pun risau la kalau aku terhide ke, atau tersilap code ke? siapa tahu. bantu la.. 😓Terima kasih sudi baca.
12 comments:
Sis, chatbox sis ada masalah kot, sebab saya dah klik pada chatbox tapi xde apa yang kluar..cuba check pada koding semula ataupun sis tukar pada chatbox yang lain seperti https://www.cbox.ws/
yela akak. cbox akak tak kluar bila busyra klik.. tak apa nnti akak boleh baiki lagi :)
Sy nampak sis, hehehehe. tp kadang2 cbox mmg hilang lepas kita komen atau kalau open dgn https:// , tak tahu lah kenapa...
Mrs.A sedang view guna phone tak nampak pun. Anyway thanks singgah di my blog my stori :-)
Memang tak klur kak, bru persan akak ada cbox..td try click memang xdpt..
chatbox intan ada problem mila rasa sebab bila kita klik kat chatbox xkeluar pape.
@Shikin Razali yeke tak nampak.. sblm sis dah guna cbox.ws ingatkan cbox tu masalah sb tu sis pulak kepada shout.busuk.org :)
@Busyra Bt Takiyudin tak tau nak baiki mcm mana lagi. :'(
@Noor Maizan laa.. awak boleh nampak ke.. mcm mana yang lain tak boleh.. siapa yang masalah sebenarnya ni.. huhu
@Mrs. A yeke.. sedihla.. saya tak tau nak ubah macam mana lagi :)
@Unni Anje yeke.. macam mana yang lain blh tgok tapi awak tak boleh ye.. ada cara lain tak ?
@Mila Ahmad harap lepas okey la cbox ni.. pening dah.. huhu
Post a Comment