Thursday, January 26, 2017

Happy Birthday Anak Umidaddy

Salam Ladiess ♥

Serius, seminggu busy. macam macam urusan kena handle dalam masa seminggu. ulang alik ke bank berhari-hari paling teruk sekali. baik tido je kat bank tu, senang. lepas tu siapkan presentation, meeting. esok  lusanya orang kampung kedah mai pulak sebab ada kenduri cousin, convoi pegi kenduri pulak awal² pagi. kereta pun dah jadi rumah kedua aku untuk rehat. huh letih yakmat.

tak cukup seminggu, sambung minggu ni pulak, isnin setelkan urusan lagi untuk presentation hari selasa, dah malam baru sampai kat umah nenek danish, kesian anak umi kena ikut tunggu umi sampai malam. dah lah birthday danish isnin tu 23 january 2017. #danishturn2 . kesian dia. 😌

dah lewat da, tapi umidaddy laju-laju cari kedai kek untuk danish. walaupun simple umi tetap nak celebrate jugak. nasib baik jumpa kedai kek yang dah hampir nak tutup. alhamdulillah nasib baik sempat.
Happy Birthday to Putera Mikaell Danish, #turn2
inshaAllah lepas ni dah back to normal, umi buat birthday danish bagi meriah sikit. panggil kawan² danish datang makan kek yang umi dah order. kesian danish, umi mintak maaf sebab busy sangat minggu ini. dah nak chinese new year memang tetiba umi jadi buzy. 😊

semalam, aku sempat buka blog kejap, guna henpon je. sempat jugak approve semua komen, cuma belum blogwalking balik. kejap lagi aku round blog-blog korang. hehe.dan semalam dapat jugak umidaddy spent time untuk danish sempena birthday dia dan ganti balik masa umi yang busy sangat hari tu.
seronok betul dia tetiba ada banyak ball kat sini, kat rumah tak banyak cam ni..  siap berenang dalam lautan ball. bila danish seronok main, umi pun happy jugak. 😍😍

sebenarnya aku first time bawak danish main kat tempat macam ni, dapat berkenalan dengan budak² lain yang dalam ni, cuma hari rabu tak ramai sangat, danish kawan dengan budak yang dah umur lima nam tahun. danish baru dua tahun, hehe

nanti ada masa aku review tempat ni. sekarang aku ada keje lain nak kena buat. (busy lagi) hehe

Terima kasih sudi baca.


7 comments:

Unknown said...

macam Kidzoona ja. seronok la budak2 main tempat2 macam ni.

ummul azkee said...

happy birthday...

Kakzakie Purvit said...

Happy birthday dear!
Mesti rasa bagaikan baru dilahirkan tahu-tahu dah 2 tahun kan:)

Intan Saffyna said...

@Ainniah Zulkefli mcam la, tp nama tempat ni sy dah lupa..huhu

Intan Saffyna said...

@Ummul Azkeehehhe thanks :)

Intan Saffyna said...

@Kakzakie Purvitthanks akk.. aah macam baru je perut sy kena opret.. tetiba dah dua tahun.. hehe :)

Intan Saffyna said...

@Noor Azlanohh.. takpelah.. budak2 mmg macam tu.. seronok sgt.. hehe