Saturday, January 14, 2017

Sejarah Ulek Mayang

Salam Ladiess ♥

malam ni punya issue agak seronok sikit tapi seram sebab aku ada baca satu artikal ni.. kira macam sejarah lama jugak la. sebenarnya dah lama sangat aku teringin nak tahu tentang sejarah ulik mayang. tapi tak sempat nak cari pun kisahnya macam mana.

dudulu masa kecik², time nak tido dah baba mesti masuk bilik kiteorang adik beradik nak tengok dah tido ke belum. memang kiteorang baring di tempat masing² tapi masih lagi sembang cakap bisik bisik.. bila baba buka pintu masuk je mesti dia cergah cakap, 'haa.. tak tido lagi, jaga la nanti ulik mayang datang'.

yang kiteorang ni punya takut, nak lena pun dah tak boleh. sebab teringat cerita ulik mayang kat tv, masa tu tok bomoh dengan jampi orang mati tepi laut. lepas tu ulik mayang datang menari. (puteri) imagine kanak-kanak sangat tajam kan.. hehe

kemarin membawa aku untuk cari jugak kisah ni, sebelum tu aku layan movie tajuk mat motor, arahan pekin ibrahim dan syafiq yusof. tetiba dalam cerita tu membawak ke terenganu dan tetiba keluar lagu ulik mayang, aku tak ingat lagu ke ataupun hanya instrument je. lepas tu terus dalam fikiran nak tau kisah sejarah ulik mayang.
disini aku pastekan kisah yang aku baca, barulah aku faham sejarahnya. menurut dalam kisah tu, bukanlah puteri tu jahat. dia hanya menguji saja. selepas puas dia lepas balik. lagi satu ketujuh tujuh puteri tu adalah bunian yang datang dari laut. tapi itu apa yang aku baca la.. kesahihan nya aku tak pasti, sebab aku masih lagi mencari kisah ni secara menyeluruh. maksud aku, aku  nak tahu usul asal sejarah ulik mayang ni.
Sejarah Ulek Mayang

Lagenda menyatakan pada zaman dahulu sekumpulan nelayan telah berperahu ke laut untuk menangkap ikan. Sedang mereka di tengah laut tiba-tiba ribut menghambat dari segenap arah membawa ombak yang memukul jong yang dinaiki. Kesemua nelayan terhumban ke laut yang bergelora dan mereka terkapai-kapai menyelamatkan diri. Keletihan semakin mencengkam dan akhirnya mereka beralah dengan kekuasaan ombak yang melambung.

Landaan ribut menjadi reda dan tubuh para nelayan itu dihanyutkan ke pantai. Ajaibnya seorang demi seorang terjaga dan berasa beruntung kerana terselamat. Hanya seorang sahaja yang tidak terjaga dan pada mulanya disangka mati. Apabila diperiksa nyata dia masih bernyawa namun tidak sedarkan diri.
 
Rakan-rakannya berasa sedih dan mengesyaki bahawa sedang jasadnya di sini, jiwanya masih berada di alam lain. Mereka memanggil bomoh untuk menyedarkan kembali rakannya. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut.

Rupa-rupanya seorang Puteri Bunian cuba menduga kesemua nelayan tapi hanya seorang yang tertawan. Nelayan itu terperangkap dan merayau-rayau di alam bunian. Bomoh tersebut cuba membawa semangat nelayan kembali ke dunia namun Puteri itu memanggil bantuan seorang kakaknya. Di tengah-tengah pertarungan itu, dua lagi kakaknya muncul untuk menjampi. Kemudian muncul lagi dua orang, menjadi enam kesemuanya.

Pertarungan semakin sengit hingga menggegarkan bumi dan menggolakkan laut. Tatkala medan semakin memuncak itu muncullah Puteri ke-7, yang sulung, yang jauh lebih rupawan, kuat dan bijaksana. Bomoh itu mengambil kesempatan dengan merayu kepada Puteri ke-7 agar dipulangkan semangat nelayan itu. Menyedari kenakalan adik-beradiknya, Puteri sulung memerintahkan pertarungan itu dihentikan.
“Aku tahu asal-usulmu”, kata Puteri ke-7. “Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.”
Bomoh itu mempersembahkan nasi kuning kepada ketujuh-tujuh Semangat Puteri sebagai tanda terima kasih. Nelayan itu dibebaskan semangatnya dan kembali sedar.

Wallahualam... :)

Terima kasih sudi baca.

2 comments:

adianiez AIDA said...

famous legend ni.
dulu kala time kekecik aida suka nyanyi lagu ni.
bila da tau citer, takot dah nak nyanyi ha ha ha...

Intan Saffyna said...

@adianiez AIDAsy dengar laju ni pun dah takut.. terus amik selimut tutup muka.. hehe :)