Saturday, February 18, 2017

Kat Mana Nak Cari Punch Bulat, Susahnya Nak Dapat!!

Salam Ladies,

Sejak hujung tahun lepas lagi aku mencari spesis pemotong bulat ni tapi kenapa susah sangat nak jumpa. merata dah pegi. dan orang pas aku macam bola. mana taknya bila aku cari tak jumpa lepas tu aku tanya orang dan orang tersebut dengan confident dia kan cakap ohh benda ni ada jual kat situ sini situ.

aku yang memerlukannya sangat sangat ni follow je cakap dia tu. beberapa hari lepas tu cari lagi tapi apa yang aku dapat hanyalah percaya cakap orang yang main hentam je.padahal dia pun tak tahu. terukkan.
dah merata aku cari punch craft ni, memang banyak aku jumpa punch ni tapi bentuk lain la yang banyaknaya.. yang aku nak bentuk bulat. bulat okey.. susahnya lahai nak dapat. sampai sakit hati sebab sedih sangat bila cari-cari takde. 
ni aku nak highlight , seluruh area ampang,keramat, wangsa maju, gombak ,selayang, rawang aku pegi mr.diy,daiso, stationany ,jusco, kedai alat tulis, mana lagi .. sampai aku lupa nama kedai yang aku masuk semata-mata nak cari punch ni. paling last ada orang kata benda ni ada jual kt klcc kedai stationary tapi nama kedai nya aku dah tak ingat. lepas ni aku nak pegi sana, harap ada la.. aku tak akan balik selagi tak jumpa.. huhu
ni dekat daiso, aku pegi baru-baru ni.. memang banyak punch ni, jenuh aku punggah rodok belakang² kot kot terselit selai dua punch bulat yang aku nak.. tapi hampeh.. ada cust daiso datang kat aku tanya barang menda tah sebab dia ingat aku pekerja situ, sebab aku punggah barang teruk sangat. dia aku tengah mengemas ke.. huh..
pelik betul aku, punch craft yang aku pegang tu punya la berlambak.. ramai sangat ke orang berminat dengan design tu. letak la jugak punch bulat satu pun jadi lah untuk aku yang dah berbulan mencari ni.. adoi laa.. letih tau mencari.. 😓
bila tanya kengkawan dorang pulak tak faham ape aku nak buat dengan punch tu, katanya yang ada corak² la best sebab macam bentuk boleh buat.. creatif sikit. bulat nak buat ape kosong je.. bosan. itupun dah jadi problum jugak, sebab dorang tak nampak punch bulat ada kretiviti dia jugak. malas aku nak cerita papanjang. layan video je.. kot kot paham nanti.
nampak tak lepas dia potong pillow box tu lepas dia guna punch bulat untuk potong hujung box tu kan. haa macam tu la yang aku nak guna. tapi banyak lagi sebenarnya kegunaan punch bulat. nak tahu google la ye.. hehe
aku menaip entry ni dengan harapan jika ada kawan² blogger yang tahu kat mana boleh dapat punch ni tolong la bagi tau aku.. sebab aku betul-betul memerlukannya. kalau ada link untuk beli online pun sila tag aku ye.. sebab selama ni aku cari untuk beli online pun sampai harini tak jumpa. 
kalau baik hati sangat tolong la belikan untuk aku, nanti aku bayar la balikk kan.. huhu 
whatsapp la cepat sikit kan.. save 013-3675584 .😘

terima kasih sudi baca.

6 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

CCL doakan sis jumpa paunch bulat tue eh..heeh

LYAfrina said...

Bru nk bgtau kat daiso.. Tp xde jgk ye.. Klo kedai cam Typo gtu ada x?? Sbb Typo pom kdai cam stationery jgk kan.. Or kdai y jual bragan utk kraf..maybe kedai jual pralatan jahit+kraf.. Or.. Try cri kat lazada ke..

Apa2 pom lya doakan awk jmpa jgk punvh ni nanti

Intan Saffyna said...

@✿Cik Cappuccino Latte ✿ terima kasih tolong doakan kak intan ye.. kalaau jumpa punch bolat bagi tau ye.. hehe

Intan Saffyna said...

@LYAfrina kedai typo tu kat mana.. first time dgr ni.. hekhee.. kalau kedai brg craf atau peralatan jahit blom tgok lg..blh try pegi la lepas ni.. hehhe lazada takde dah tgok da.. terima kasih bg bagi idea kedai typo tu.. :)

Nour Adieb said...

sy lagilah x tau nak cari dekat mana 😂 x dpt tlg bagi info. punch bulat camtu pon sy baru tau

Intan Saffyna said...

@Nour Adieb takpela kalau awak baru tahu.. heheh harap ada orang yang tahu nt boleh bg info kat saya.. hehe :)

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna