Sunday, February 19, 2017

Resepi Potato Meatball Paling Rangup Homemade

Salam Ladiess ♥

Hari cuti memang selalu bosan, tambah pulak aku hanya tinggal berdua dengan anak aku, suami kursus harini. so aku tak payah rajin sangat nak bersilat kat dapur untuk masak makanan berat. kang tak habis dah jadi membazir. tapi aku masak jugak sup daging untuk anak aku satu periuk kecik. cukup jugak kalau aku nak tumpang makan hehe.

oleh kerana harini aku bermain dengan daging tetiba idea sampai untuk aku buat meatball kudap² kiteorang berdua. malas nak amik henpon bukak google check resepi, jadi aku main hentam je buat. aku ingat jugak sikit² video buat meatball ni masa tengok facebook hari tu. so, aku ikut lebih kurang macam dalam video tu jela.. selebihnya aku main ikut pandai aku je.. cecampak je.. jadi tak jadi belakang cerita.. yang penting try dulu. betul tak.. hehe

first time tau ni.
nampak macam okey tak wehh.. haha aku buat lima nam ketul je untuk first try. boleh tahan jugak jugak tak cukupnya bila makan ni.. nak buat lagi malas dah.. esok² continue lagi sebab masih ada lebih bahan yang aku blend tadi. memang sedap dan mudah je nak buat.

bahan-bahan pun senang nak dapat. dan kakadang bahan ni dah memang ada dalam peti ais, kite je tak perasan, hehe jom buat untuk anak-anak dan keluarga mesti akan repeat suh masak lagi. kalau buat banyak² simpan stok dalam peti ais pun bagus jugak,, nak makan goreng je.'


Resepi Potato Meatball Paling Rangup Homemade

  • Daging lembu (daging yang dah siap kisar pun boleh.)
  • kentang 2 biji
  • lada hitam
  • garam
  • tepung gandunm (terpung serbaguna or whatever)
  • minyak masak/minyak zaiton
  • sosej ayamas
  • cheese Mozarella
rebus daging (aku guna daging fresh) dan kentang dua biji sehingga tak berapa empak sangat.. lepas tu potong kecik-kecik dan blend kan guna mesin, sebelum blend tu masukan sikit minyak supaya tak melekit dan masukan lada hitam dan sikit garam. lepas tu, tuangkan dalam mangkuk dan lenjet-lenjetkan sikit. aku punya tak berapa nak lenyet so jadi lah macam dalam gambar atas tu. hehe
potong sosej kecik-kecik dan cheese pun pontong kecik-kecik jugak. lepastu, cedok daging dengan kentang yang dah di blend tadi letak kat tapak tangan. kalau tak nak meletik lekit sapu minyak sikit kt tapak tangan tu. sebelum buat bulat² macam bola letak sosej dan cheese dalam dia. lepas tu baru buat bulat. panaskan minyak dengan api pelahan sampai mendidih.

sementara tunggu minyak panas, campurkan tepung dengan lada hitam dan sikit garam. caranya amik dua sudu besar terpung serbaguna masukkan lada hitam dan garam, lepas kacau sehingga sebati. sorry gambar takde sebab anak pun nak menolong jugak, jadi aku nak cepat. hehe

potato meatball tadi dah buat bulat-bulat macam bola kan, lepas tu golek golekan dalam tepung tadi. lepas tu goreng. diingatkan sekali lagi api ketika memasak tu kena perlahan ye, sebab nak bagi masak di dalam. hehe

and tada..
nampak macam hangitkan.. tapi ia tak hangit tau.. hehe tau kenapa dia jadi kaler macam tu mungkin sebab tepung kot.. (salahkan tepung haha.. tapi serius tak hangit pun). sedap dimakan masa tengah panas, sebab bila tarik je potato meatball ni dia punya ranggup tahap nak nangis tepi peti ais, lepas tu dengan cheese dia yang boleh tarik papanjang.. memang tak kan cukup ye kalau setakat lima nam ketul ni.. hehe

selamat mencuba.

terima kasih sudi baca.

8 comments:

Nour Adieb said...

sy ni jenis pemalas nak bersilat kat dapur 😂 kalau rajin nnt, wujud jugalah meatball buatan sendiri

Intan Saffyna said...

@Nour Adieb aah.. saya pun macam tu jugak tabiat malas nak masak.. bila dtg time rajin lebih2 pulak.. hehe

Shikin Razali said...

Waduh, nampak sedaplah resipi nie, yang sememangnya saya nie hantu potato... =)

Nour Adieb said...

kalau tetiba dtg rajin tu... bahan takda di rumah, rela trn pekan kejap cari bahan

Intan Saffyna said...

@Nour Adieb betul tu.. td saya ada buat nugget cheese pulak.. mood rajin la tu. hhehe :)

Intan Saffyna said...

@Shikin Razali boleh la try buat nanti confirm akan repeat.. hehehe..

Sha Mohamed said...

Sedapnya.. Sambil-sambil menonton best nie..

Intan Saffyna said...

@Shahida Dzulkafli aah.. makan sambil tengok drama sedar2 dah habis.. hehe :)