Thursday, February 16, 2017

First Time Datang Perpustakaan Utc Keramat

Salam Ladies,
Suku hari ni duduk dalam utc keramat tu duk buat pembaharuan ic, tak ramai orang pun sebenarnya tapi disebabkan aku nak siap pada hari tu jugak kena tunggu la. kalau nak ambik esoknya pun boleh. tapi tak mau nya aku nak ulang² datang. so tunggu je lebih kurang pat puluh lima minit. its okey. 
masa round satu utc tu tetiba nampak perpustakaan. tetiba macam ehh.. aku dah berbelasan belas tahun tak pergi perpustakaan. last pegi pun kat sekolah punya perpustakaan. nampak sangat aku bukan ulat buku.kahkah
     masuk je terus danish jerit, teruja sangat sebab dia nampak lot tepi tu macam playground mainan dia.. padahal takde pun mainan hanya ada kerusi kecik warna warni je.nampak macam mainan la kot. tambah pulak ada budak lain jugak kat situ walaupun dah abang abang la dengan danish tapi dia tetap ecxited jugak. 
 
ada beberapa meja kat setiap sudut dalam tu, bagus la sebab ruang dia besar dan selesa nak mentelaah.. hah gitu. 
 
rak buku punya banyak mengikut kategori, senang nak cari. aku lebih suka lepak dengan rak novel ni, sempat jugak lah aku baca beberapa novel yang ada kt situ, tapi jangan percaya sangat sebab aku hanya mampu baca tajuk je.. kehkeh.

yang bestnya dalam perpustakaan ni di sediakan ruangan sudut it ni, ada beberapa mini laptop kat situ. sesiapa nak melayari intenet boleh je tapi ada beberapa syarat  wajib yang dah tetapkan. sebelum guna mini laptop ni kena daftar dulu kat kaunter depan. lepas tu limit pengunaan hanya satu jam je untuk seorang dalam masa satu hari.

seronok jugak sesekali datang perpustakaan ni sebab boleh cari pengetahuan sekali tambah pulak bila dapat masuk percuma lagi la bestkan.. tapi aku tak boleh lama-lama sebab masa untuk amik ic dan tiba.. hehehhe

Terima Kasih Sudi Baca.


6 comments:

E'in said...

cantik library nie.. e'in sejak abes belajar tahun 2009, tak penah lagi jejak kaki ke library.. hihi

LYAfrina said...

Blh thn besar jgk ye..

Intan Saffyna said...

@E'in sama la saya pun dah lama tak p perpustakaan.. hehe best jugak bila dtg library ni.. tenang je rasa.. :)

Intan Saffyna said...

@LYAfrina aah.. besar jugak perpustakaan kat utc ni.. selesa dan banyak buku-buku.. :)

Nour Adieb said...

kalau balik cuti sem, mesti sy pegi library baca novel 😄 kat kolej, selalu pegi library sebab aircond & wifi 😜 skrg, tak jejak dah kat sana

Intan Saffyna said...

@Nour Adiebohh bagus la awak rajin p library dan rajin membaca.. hehe

 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna