Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Tuesday, July 25, 2017
Pembersihan Terbaik Dengan Maobao Washing Machine Cleaner
Part ni memang sesuai dengan wanita sebab dah sebati dah dalam diri mereka, sebab ape? sebab mesin basuh dengan diri anda berpisah tiada. betul tak? siapa rajin basuh pakaian angkat tangan! kalau aku tak rajin sangat pun haha.. tapi bila dah cakap basuh kain tu satu kewajiban, maka wajib la basuh walaupun bukan setiap hari.
lain pulak bagi setiap orang, ada yang ada mesin basuh sendiri kat rumah, ada yang takde, ada basuh kat dobi ada jugak yang basuh guna tangan. gonyoh² siap. kan! cuma kat sini aku nak tekankan yang ada mesin basuh sendiri dirumah, rasanya lebih kepada semua orang ada mesin basuh kan? tak mungkin lagi dah nak kena bawa besen kain pergi perigi untuk basuh kain.
okey. bukan saja kita sekadar basuh pakaian je tau, mesih basuh tu sendiri kena besihkan kena bebas dari segala kotoran dan bakteria yang terdapat pada pakain yang kita basuh setiap hari tu, specialy dari pakaian yang berpeluh, pakaian dalaman dan stokin akan melekat di mesin basuh, korang perasan tak benda. aku sendiri tak terfikir. ingatkan pakaian dah basuh wangi cukup kan.
rupanya...
teruskan membaca ye!
Thursday, February 16, 2017
First Time Datang Perpustakaan Utc Keramat
Suku hari ni duduk dalam utc keramat tu duk buat pembaharuan ic, tak ramai orang pun sebenarnya tapi disebabkan aku nak siap pada hari tu jugak kena tunggu la. kalau nak ambik esoknya pun boleh. tapi tak mau nya aku nak ulang² datang. so tunggu je lebih kurang pat puluh lima minit. its okey.
masa round satu utc tu tetiba nampak perpustakaan. tetiba macam ehh.. aku dah berbelasan belas tahun tak pergi perpustakaan. last pegi pun kat sekolah punya perpustakaan. nampak sangat aku bukan ulat buku.kahkah
Saturday, September 08, 2012
Macam Budak Kecik Je Lily Ni...
Keboringan yang melanda lily tatkala lily keseorangan bila berada dirumah walaupun hiburan sentiasa online untuk berhibur namun masih tak cukup.. Apa lagi yang harus lily lakukan.. Any idea ?
Haishh.. apa lagi lily nak buat ha ? tak cukup lagi ke lily boleh online facebook, chat dengan twitter atau menjadi penulis semasa mengupdate blog ? Sebenarnya cukup untuk lily menghilangkan kebosanan. cuma ???
Cuma apa ?? Kak lily boleh main dengan kita, kita pun selalu boring, asyik tido je.. rindu la dengan kak lily.. ''kata kenet lily sambil muka monyok macam tak makan.. (lily belum bagi dia makan lagi)
ehh.. ada orang tak kenal awak la kenet..? nak kenal dengan kenet lily klik sini atau kat sini ok.
Comel kann.. ??
ok sambuang lagi. Tahap keboringan lily akan datang apabila hubby lily tengah online dengan bisnes dia atau dengar ceramah dari Ustaz Azhar Idrus dalam youtube.. best ustaz tu cakap.. kelakar. tapi kadang-kadang susah lily nak faham dia cakap bahasa terangganu.. layan je.
Oleh itu untuk menghilangkan bosan dan cara mengatasinya.. hari tu lily pergi sini dan beli barang sikit dan tiba-tiba lily teringin nak beli bendalah ini..
Keinginan nak belajar mewarna kembali bertahta dan menyeru untuk menjadi budak tadika. lily beli pensil warna dan buku mewarna. murah je bhai kaler rm1.50 buku warna rm1.80 harga pun tak cabut lagi tu haa.. macam budak kecik je lily ni kan.. bukan apa saja nak hilangkan boring.
korang pun kalau boring buat macam lily. best tau..
Terima kasih sebab sudi luangkan masa dengan entri lily.
Wednesday, November 16, 2011
Tenangkan Pemikiran Gelap
Huh ! sangat penat sedari tadi tak berganjak dari tempat duduk kusyen empuk. Pinggang dah meletop kepala dah senget. banyak sungguh kerja perlu dibereskan. berehat sebentar bersama belog kesayangan lily sambil update entri.
Mata naik juling mengadap cahaya lappy, mengadap bijik-bijik kecik untuk menyusun kata-kata. oleh itu perlulah tenangkan mata dan pemikiran walaupun hanya 3minit.. wah ! lily menaip entri 3 minit je.. cepat tol !
mula mentutur perkataan sambil tangan kanan pegang biskut petak untuk disantap sebelum keluar lunch.

Memandang sawah bendang yang menghijau mengikatkan rumah tok di gunung jerai,kedah.
rasa segar tengok warna hijau. sama segar bila berada dalam aircond kat sini. walaupun jauh gunung nun sana namun dekat dihati.. walaupun jauh pemandangan itu namun luas sikit fikiran dari serabut dengan kerja.

Rasa nak pergi jauh ke dasar laut. tengok ikan-ikan comel. walaupun hanya snorkling. dapat tenangkan fikiran yang kusut. kawan dengan ikan nemo. penuh kedamaian lautan yang biru membuat rasa nak tido. zzz..

Jarang sekali kita dapat menemuinya. kalau nak tengok hari-hari seacrh google jela.. tak realiti. bosan. jalurnya penuh keindahan warna pelangi..
♥Apabila Allah Hilangkan Matahari dan ia memberi kita pelangi. indah.♥
p/s: ketenangan sudah menguasai diri melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t










