Saturday, June 17, 2017

Diary 2017 : Misi penyembuhan Luka (Jari Terbelah) Sebelum Raya

Salam Ladiess ♥

semua sedia maklum, aku dah up entry pasal ni pada 30 mei 2017 yang bertajuk Jari Seorang Blogger Terbelah Kerana Tin Susu telah mendapat sambutan bila view ratusan sepanjang tiga hari. mungkin disebabkan aku letak Blogger tu.  sebenarnya aku letak tajuk dengan perkataan Jari blogger tu, ialah sebab aku kan seorang blogger, bila jari dah luka macam mana nak menaip kan. that why la ada perkataan blogger tu, dalam masa yang sama dapat view banyak pulak.

sebenarnya bukan itu sebab aku nak update entry, aku nak buat misi penyembuhan untuk luka aku snediri, kira macam cabaran untuk aku, adalah aku capai misi untuk jari aku sembuh seperti sedia kala. sebab aku dah letak harapan yang tinggi untuk tengok luka aku sembuh. kalau tak aku taknak raya sambil kurung diri tepi langsir.


Bagi yang belum baca lagi, boleh teruskan membaca ya. mungkin anda jugak pernah melalui pengalamat pahit macam ni. atau anda boleh terus membaca pengalaman aku ni. ini pengalaman yang akan diingati selamanya mungkin, sebab parut luka pasti berkubur kat situ,. kalau parut tu hilang alhamdulillah sebab aku boleh melupakannya,

tragedi 4 ramadhan.. aku berada dirumah parents aku, semua orang tengah sebok buzy menyediakan juadah berbuka puasa, tapi aku jari terluka di sebabkan.. (baca seturusnya disini) . so, entry ni aku nak selitkan dairy misi penyembuhan luka tu hari demi hari.. boleh aku jadikan sebagai kenangan sepanjang hayat. dan lebih berhati-hati lepas ni.

31 mei 2017 - Selasa



aku first time mengalami luka darah banyak macam ni, sedih sangat tengok keadaan jari aku sendiri. rasa kecewa, tekanan. dan macam-macam perasaan yang keluar tanpa sengaja. sampai aku jadi trauma dengan tin susu, buka peti ais nampak tin susu terus mengeletar seluruh badan. sebab peti ais yang jadi saksi kejadian ni.

sepatutnya kena pegi hospital jahit bagi tercantum balik, tapi aku takut kena jahit hidup², kalau di bius pun aku takut jugak kena jahit. suami aku tolong rawatkan jari aku bagai seorang doctor. dan aku hanya letak minyak gamat je untuk ubati luka parah ni.

aku tak pasti apa akan jadi dengan jari aku lepas ni, nampak buruk ke, senget benget ke, semuanya aku berserah pada takdir, apa yang penting luka tu sembuh dulu, tak sanggup aku tengok luka tu koyak rabak.

update 5.6.2017
2 jun 2017 - Jumaat



harini hari ke-4 aku hadap luka ni, dah makin pulih, makin kecut dah. alhamdulillah.. harap sebelum raya ni aku dah tak berbalut lagi jari ni. dan sembuh sepenuhnya. aku dah salin balutan baru, dan aku dah makin berani sentuh bahagian luka tu, rasa sakit dah takde lagi, dapat la aku bersihkan saki baki darah kat tepi-tepi luka tu.

cuma kat celah jari tu yang belum okey lagi, tapi rasa sakit pun dah takde jugak.. aku hanya tuang minyak gamat je kat celah tu dan bahagian atas jari lepas tu balut balik.

aku akan sambung lagi entry untuk misi penyembuhan seterusnya. entry yang sama lepas aku publish entry ni, dan untuk next daily dairy aku akan up dalam entry yang sama tapi aku schedule kan pada hari tersebut. hehe

tolong doakan aku ye, semoga aku dapat capai misi ni sebelum raya nanti.😊

update 17.6.2017 
9 Jun 2017 - Jumaat


selepas seminggu dah makin pulih dari gambar yang atas tu, alhamdulilla.. aku dah tak pakai kapas lagi dah, dah tak perlu balut tangan dah.. harap jari aku akan pulih sepenuhnya sebelum raya. hati pun dah lega sikit sebab tengok jari aku ada penambahbaikkan.. :)

yang terbelah celah jari tu tu dah makin tercantun kulit da.. kalau tak ngilu sangat bila gerakkan jari.. alhamdulillah. nanti aku update lagi untuk tengok mision seterusnya sebelum raya.


 Terima kasih sudi baca.

6 comments:

Jasmi Bakri said...

Jari terbelah pun still boleh menaip? power lah akak ni..

Sha Mohamed said...

Yang nengok nie pun ngeri.. Yang rasa lagilah..
Semoga diberi kesembuhan buat sis..

Intan Saffyna said...

@Jasmi Bakri tangan belah kiri tu ada lima jari kan.. yang luka hanya jari manis saja..jari yang lain tu masih boleh bantu untuk menaip.. hehe :)

Intan Saffyna said...

@Shahida Dzulkafli tula.. sakit yang tanggung tu yang perit sikit.. lagi2 ada anak 2y, dgn buat keje sebelah tgn lg.. tp alhamdulillah dah sembuh sikit luka tu.. harap sbelm raya blh baik sepenuhnya. :)

Eeiou_ said...

followed here btw. you've such a nice blog.

Intan Saffyna said...

@Eeiou _ thanks dearr :)