Thursday, June 01, 2017

Mix Pasta Cheesy AlFredo Menjadi Pilihan Untuk Menu Sahur

Salam Ladiess ♥

Gigih tak tidor sebab nak masak awal untuk sahur nanti. disebabkan aku taknak makan nasi, aku kena masak dua menu untuk aku dan suami. aku sorang je nak makan mix pasta, suami macam biasa la dia tetap nak nasi, so, aku masak daging black paper.

tapi aku malas nak cite resepi daging black paper sekarang. sebab aku nak share kat sini adalah mix pasta cheesy alfredo. kenapa mix? datang mana mix tu kan? ni la aku nak habaq mai ni.. hehe mix pasta tu bermaksud, aku campurkan tiga jenis pasta dalam satu, iaitu spiral , shells dan macaroni.


nampak tak ada mix kat situ.. 
simple je la masak pukul 2am, mata mengantok.. lagipun tangan  tak boleh pegang ape-apa kuat kuat sangat sebab tragedi jari terkoyak semalam. baca sini . so, benda keras macam brokoli dan carrot susah nak potong. so hasilnya nampak pucat sikit. tak kisah janji sedap dan masuk perut aku sorang je. tapi aku masak lebih untuk putera mikaell jugak esok..




ni je la yang mampu aku potong.. bahan lembut boleh la tak banyak sangat tekanan kena kat tangan kiri aku ni. antara bahan yang aku letak adalah :
✔ Daging, aku potong halus2
✔Bawang Besar
✔Sosej w/cheese
✔Sosej Ayamas
✔Mozarella Chesse

✔Prego Cheesy Alfredo
✔Susu Goodday

Cara-cara buat dia :
kau campak je semua bahan yang dalam pinggan kuning tu and goreng semua. lepas tu masukan 4 sudu Prego chessy Alfredo, tuang susu goodday 1 cawan. letak serbuk lada hitam/garam.
agak dah cukup rasa. terus simpan dalam bekas kedap udara. kejap lagi masuk waktu sahur terus panaskan dalam mikrowave and makan la ape lagi kan.. :)


siap dah.. tadaa.. sambil ngantok-ngantok pun buat ni.. simple. lepas makan jangan lupa baca niat puasa ye. :)
Prego Chessy Alfredo perisa terbaru ni memang sedap. lebih kepada chesse.kepada penimat cheese macam aku ni boleh try yang ni. dah tak payah letak cheese dah.. sebab tu aku letak cheese mozarella tu secoit je.. sebab takut muak jugak kalau berlebihan.. tapi yang pasti memang cenggini haa 👍👍
kena try ye.

okey bye, tido dulu. selamat bersahur. :)

Terima kasih sudi baca.


4 comments:

Sha Mohamed said...

Wah.. sedapnya.. boleh buat menu berbuka nie.. senang pula tu..

Intan Saffyna said...

@Shahida Dzulkafli ya sis, sedap dan senang nak buat.. hehe :)

antynid said...

waaaa...dapnye.
menanges kita tengok

Intan Saffyna said...

@antynid jangan la nangis awak.. nanti kite buatkan.. hehe :)