Monday, January 09, 2012

Kemuliaan Sang Semut Dan Kehidupannya

Assalamualaikum

Selamat petang, hari ini cuaca macam mendung-mendung manja tanda keamaan, semua orang suka mendung angin bertiup sejuta bahasa.. kuasa Allah.. lalu lily menjenguk ke jendela mata stret ke higway melihat kereta berterbangan seperti peleset macam nak pergi mana je tu, kemain laju lagi.. orang lain pun nak balik keje jugak.. sabar la kan..

Tengah lily membebel dalam hati tetiba segerombolan adik beradik semut melintas depan lily melalui alur-alur tingkap.. sambil berkerjaran.. '' ai, semut pun nak balik keje jugak ke? semua nak cepat ni apahal'' pelan-pelan la jalan.. 


Dengan itu terlintas la dihati lily nak update pasal semut sementara menunggu nak balik.. banyak kebaikannya yang datang dari semut ni.. sebelum ni lily tak pernah tahu pun.. sebelum ni jugak lily tak suka semut. kalau nampak semut bulu-bulu roma lily akan meremang sebab tengok dia pergi gotong-royong jalan ramai-ramai.. lily rasa macam semut tu jalan atas badan lily je.. geli..

Lily suka jadi pembunuh semut sebelum ni, jahat kan. suka semut tu cepat-cepat nak masuk dalam air lily , kalau air tumpah cepat-cepat panggil kawan-kawan dia datang. '' oi! cepat sini ada kenduri '' bila lily nak nampak terus lily penyet-penyet kan semut tu, siap mulut lily berkumat kamit berjampi serapah.. "oo.. kenduri eh, ambik kau! sehingga mati semut tu lily kerjakan" kejam!


Dan pabila sekarang lily sedar bertapa mulia semut dimuka bumi ini, rasa kesal luluh hati lily bila teringatkan lily adalah seorang pembunuh bersiri dan telah membunuh haiwan kesayangan Allah s.w.t.
tak sanggup bila teringat balik,sedih.. tapi sabar.. kerana sebelum ni tak tahu pun..

Lily dapat tahu pun bila lily dok layan ustaz azhar idrus dalam youtube yang bercakap tentang dilarang membunuh haiwan kesayangan Allah s.w.t. ada banyak lagi yang di sebutkan, bukan semut je.. oleh dengan itu lily mengambil pengajaran dengan apa yang di beritahu..

Kat sini lily nak kongsi kan sikit tentang kemuliaan sang semut dan kehidupannya.. menusuk kalbu baca bendalah ni.. sabar je lah kan.. sapa suruh lily jadi pembunuh. -.-'


Tahukah anda tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut yang merupakan binatang paling kecil di dunia? Tentu anda tertanya-tanya siapa itu semut sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, semut merupakan haiwan serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba anda perhatikan. Apabila semut berjalan, semut akan berjalan secara berkelompok. Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak membezakan antara yang kaya dan miskin. 
Ratu semut ditugaskan untuk meningkatkan jumlah semut dengan menghasilkan sejumlah telur. Dalam sesebuah masyarakat semut akan terdapat lebih dari satu ratu. Tubuh ratu lebih besar dari tubuh semut yang lain. Manakala tugas semut jantan hanya mengawan dengan sang ratu. Hampir semua semut jantan mati setelah mengawan.
Sang semut juga memiliki disiplin yang sangat mirip dengan ketenteraan. Namun, dalam ketenteraan semut, tidak mempunyai sang perwira tetapi mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Cuba anda fikirkan bagaimana seekor haiwan biasa mampu mempunyai disiplin sedangkan golongan serangga ini tidak dikurniakan akal fikiran seperti kita manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan kepada mereka. Setiap kelompok semut mempunyai tugas masing-masing.
Istimewanya sang semut adalah kerana persahabatan yang murni antara mereka. Golongan serangga ini sanggup berkorban apa sahaja. Misalnya jika berlaku kekurangan makanan dalam masyarakat semut, semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kepada semut-semut yang lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Apabila masyarakat berlebihan makanan, mereka akan ber-tukar menjadi semut pekerja. Ini adalah satu pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pergorbanan yang boleh dilakukan oleh manusia.
Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut lain tanpa rasa ragu agar semut lain tetap hidup, sedangkan di dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya.
Firman Allah SWT, “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (an-Naml : 18 )
Semut juga merupakan makhluk yang sungguh luar biasa. Kajian membuktikan bahawa golongan serangga kecil ini memiliki jaringan komunikasi yang luar biasa. Semut mempunyai kaedah komunikasi yang cukup canggih kerana pancaindera mereka sangat peka. Ia digunakan pada setiap ketika. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam dua atau tiga milimeter tubuh mereka. Oleh itu, anda perlu tahu bahawa sekecil-kecil serangga ini, ia tahu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya.
Anda perlu menjadi seperti semut, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupannya sangat bermakna. Semoga kita semua menjadi seorang manusia yang kecil fizikal tapi besar mentalnya.

Terima kasih keran sudi membaca entry lily.



credit : Majalah Pendidik

2 comments:

eiyna zhafirah said...

kita perlu mencontohi semut :)

lily butterfly said...

@eiyna zhafirah ye.. ikut cara semut.. terbaik :)