Sunday, May 11, 2014

The Wedding Reception Day : 8hb June 2013

Assalammualaikum.♥

Semoga mendapat berkat hari ini sebab saya tengah mengupdate entry hari perkahwinan saya.
semuanya Entry Bergambar banyak-banyak.. harap tak ada yang bosan ok.. bagi yang belum tengok entry akad nikah saya, sini.


Butik Pengantin Leny Martini.
Bercadang nak mekup kat butik, tapi saya tak sempat pergi sebab pagi tu ada sesi marhaban,saya sibuk jugak pagi tu. maka MUA saya datang ke dewan untuk mekupkan saya.

Memang saya request tak nak mekup tebal, biar nampak natural gituw.. dan hasilnya memang memuaskan.


Rombongan suami datang diiringan budak-budak silat dan kompang. pengapit adik lelaki saya.
Masa ni saya sangat la gementar bila berjalan untuk bersalam dengan suami. bila dah salam cium tangan suami terus rasa nikmat bahagia.




suami dan isteri tengah otw jalan masuk dalam dewan tapi ada je suara-suara yang suruh berhenti salam dulu.. memang  macam tu ke? sebab ada yang kata tak payah pun.. kejap lagi boleh salam.. tapi tak kisah lah.. hehe


Bahaya budak-budak silat, sampai nak terkena pengantin tau.. hati-hati sikit ye.. hehe

  
   My Beloved Friends, ada yang nak balik awal dan sempat bergambar. Nurulain8888 pun turut hadir tapi tak sempat ambil gambar jugak. 
Hanafi Catering



Time makan beradap saya tak makan nasi pun.. minum sikit dan makan puding sikit, itu pun time nak bergambar.. tak dan kan.. huhu
sesi potong cake, tapi cake lari tema..pun boleh..




Sesi bergambar dengan family dan semua saudara yang hadir.
 Family kecil saya, tanpa mereka siapa lah saya di majlis perkahwinan sendiri.. Terima kasih mama,baba dan tiga orang adik saya yang bertungkus lumus menyediakan persiapan untuk majlis saya. sayang ketat-ketat sampai mati.
Family sebelah mama saya, satu kampung hadir untuk majlis saya, syukur ya Allah. Hanya tuhan yang akan membalasnya.. 
Family sebelah baba saya, sebenarnya ramai lagi, tapi ini antara wakil yang hadir.. terima kasih kerana memeriahkan majlis saya.
Family Mertua saya, ini keluarga besar suami. terima kasih sebab hadir di majlis perkahwinan kami suami isteri.. jauh-jauh datang untuk memberi kebahagian bermakna dalam hidup kami.


Syukur Ya Allah selesai jugak majlis perkahwinan kami, betul-betul tak sangka kami dah kahwin, kami dah menjadi suami dan isteri. rasa macam baru je kami berkenalan, rupanya sudah hampir 5 tahun hubungan kami.. pelbagai rintangan yang kami lalui, susah senang pahit suka duka semua kami telan bersama..dengan perlahan-lahan kami merancang, kami membuat strategi, kami mengatur kewangan, dan akhirnya kami sampai kejinjang pelamin.
Syukur Alhamdulillah, rasa sebak terharu bila taip last part ni,(kesat air mata) tak boleh diungkapkan dengan kata-kata bertapa saya tak sangka dengan kuasa Allah kami mampu. Allah. Alhamdulillah.
Semoga ikatan ini akan kekal hingga ke syurga, itu impian saya. Amin.
sekian,
 Terima kasih sudi baca. Next entry Outdoor part.

4 comments:

Unni anje said...

jells tgk gmbar kahwin... semoga di musahkan rezeki sis

Azwar Syuhada said...

Nak ucap Selamat pengantin baru, cantik tema warna kawin awak ;)

Intan Saffyna said...

@Unni Anjejangan la jeles tau.. hehe terima kasih unni :)

Intan Saffyna said...

@Azwar Syuhada selamat pengantin lama la awak.. hehe.. and terima kasih awak :)