Wednesday, July 26, 2017

KRAVVE.CO Handmade Salted Vanilla Peanut Butter

Salam Ladiess ♥

Selamat pagi bloggers! haa tengok, ni first time tau aku bukak blog update pagi-pagi, biasanya tengah hari atau malam baru up entry baru, itupun tunggu Putera Mikaell tido ataupun dia berada dalam dunia tab dia baru boleh senang hati nak tulis blog. nampakkan aku ni busy mummy.. hehe

walaupun busy aku sempat jugak siapkan sarapan untuk keluarga tersayang..haha gitu kan.. paling penting ialah kita mengunakan bahan makanan yang sihat dan berkualiti bagi menjamin kesihatan seisi keluraga.. baru-baru ni aku diperkenalkan dengan produk makan handmade yang sesuai untuk di buat sarapan dan minum petang.


Terdapat satu laman web online KRAVVE.CO yang menjual produk handmade mengandungi bahan semulajadi dan mengekalkan gaya hidup sihat. Di sini terdapat produk handmade seperti sos, jem, spread, stok perasa, rempah ratus, rendang paste, snack dan lain-lain lagi. Yang bestnya kesemua jenis peroduk ini dimasak sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, natural ingredients and no harmful preservatives.

Tuesday, July 25, 2017

Pembersihan Terbaik Dengan Maobao Washing Machine Cleaner

Salam Ladiess ♥

Part ni memang sesuai dengan wanita sebab dah sebati dah dalam diri mereka, sebab ape? sebab mesin basuh dengan diri anda berpisah tiada. betul tak? siapa rajin basuh pakaian angkat tangan! kalau aku tak rajin sangat pun haha.. tapi bila dah cakap basuh kain tu satu kewajiban, maka wajib la basuh walaupun bukan setiap hari.

lain pulak bagi setiap orang, ada yang ada mesin basuh sendiri kat rumah, ada yang takde, ada basuh kat dobi ada jugak yang basuh guna tangan. gonyoh² siap. kan! cuma kat sini aku nak tekankan yang ada mesin basuh sendiri dirumah, rasanya lebih kepada semua orang ada mesin basuh kan? tak mungkin lagi dah nak kena bawa besen kain pergi perigi untuk basuh kain.


okey. bukan saja kita sekadar basuh pakaian je tau, mesih basuh tu sendiri kena besihkan kena bebas dari segala kotoran dan bakteria yang terdapat pada pakain yang kita basuh setiap hari tu, specialy dari pakaian yang berpeluh, pakaian dalaman dan stokin akan melekat di mesin basuh, korang perasan tak benda. aku sendiri tak terfikir. ingatkan pakaian dah basuh wangi cukup kan.

rupanya...
teruskan membaca ye!

Friday, July 21, 2017

Mencintaimu Mr.Photographer Kena Jampi

Salam Ladiess ♥

huh! nak tarik nafas lega pun masih tersangakut lagi. busynya Ya Allah.. risau sangat takut blog ni terabai.. nak blogwalking apatah lagi.. masa sekarang macam air cepat je berlalu kita tanpa sedar. dunia nak terbalik ke apa nih..

kalau blog pun tak terlayan, macam mana pulak nak layan drama kat tv tu, memang tak laa kan.. kalau sebelum ni aku tak pernah tertinggal pun setiap episod drama astro ria pukul 10 malam, tapi sejak bulan ni busy nya sampai aku tak sempat nak tengok Mencintaimu Mr.Photographer. dah beberapa minggu berlalu drama tu.. banyak episod dah aku terlepas..

tapi aku tak kisah kalau terlepas episod sebab aku boleh tengok dekat http://www.layanon9.biz . masalahnya baru harini aku ada hati nak buka tengok drama tu sebabnya semua orang cakap cerita tu sweet giler sampai bersemut tv.. hah gituw..


Sunday, July 16, 2017

Jatuh Cinta Dengan Keajaiban Glow Glowing Cerah Seawal 7 Hari

Salam Ladiess ♥

Masih lagi dengan mood raya.. bila hari raya ni kan kita akan jumpa dengan ramai orang, kakadang orang yang kita akan jumpa tu tak dijangka, tetiba je akan muncul di rumah terbuka, betul tak? siapa pernah dapat situasi macam ni? aku lah tu, selalu terkejut sebab kakadang kita tak bersedia pun. dengan gemuknya dengan muka bersepahnya.. hahaha terlalu rendahnya diri ini. :)

bila ada yang memperkenalkan Glow Glowing 4in1, aku dapat selesaikan masalah kulit muka secepat mungkin dan seawal 7 hari sahaja. hilang semua parut manja tu, serius tau. Ajaibnya GLOWING BEAUTY SKIN 4 IN 1 ... kulit dah putih semulajadi sekarang ... kulit gelap, kusam dan tak bermaya kelihatan makin putih dan berseri ... tengok testimoni pengguna ni..hanya 7 hari sahaja kulit dah makin putih jelita uollss !!!


 Glog Glowing memang sangat sesuai dengan semua peringkat umur, lelaki dan perempuan. jadikan ia rutin harian inshaAllah perubahan ketara akan berlaku. memang magic skincare ni.

Saturday, July 15, 2017

Peluk Cium Datin Sri Rosmah Mansor Untuk Putera Mikaell Danish

Salam Ladiess ♥

ya Allah sayangnya bulan tujuh ni dah pun masuk separuh bulan da, tak lama lagi bulan ogos pun datang.. raya pun dah nak habis tapi entry raya baru hengeh-hengeh nak update..mashaAllah memang bezy sejak sejak ni, busy raya.. busy masalah.. busyy kerja.. sampai blog pun dah berabai.. harap reader tak de lari lah ye.. jemputan pun banyak, tapi banyak jugak kena tolak sebab jadual dah penuh. open house lagi la.. tak terpegi bak hang.. terima kasih babnyak sebab jemput iols..  email pun tak sempat balas, invite yang tak ter reply pun ada.. ampun kan saya bos! maaf sangat!

berbalik pada tajuk asal harini, nampak macam gempak tak? haha takde la sebenarnya pagi raya lepas kami satu family sembahyang raya dekat masjid Wilayang Kuala Lumpur, malam raya tu baru kami plan pakat² decide yang sembahyang raya kat sana.. sebabnya dah alang-alang kami tak balik raya kat kampung tahun ni, jadi bila dah cadang kat kL wajib la cari masjid kat kL..

masa sampai tu, memang ramai jugak la orang datang sembanyang kat sana, aku pelik jugak ramai-ramai ni tak balik kampung ke.. haha aku ni first time raya kat kL sebelum ni mesti balik kampung bila raya.. dan sejak lahirkan Putera Mikaell selama dua tahun aku tak datang masjid untuk sembahyang raya, tapi tahun ni alhamdulillah dapat tunaikan..


belanja satu gambar raya! ulang² letak gambar ni pun takpe kan.. sebab ni je kenangan yang ada untuk raya tahun ni.. gambar lain semua ke laut haha..

Saturday, July 08, 2017

Giveaway Nurul & Friends

Salam Ladiess ♥


klik banner untuk join :)
sebelum tu, ikut semua syarat ye.. klik sini.
1. Buat entri yang bertajuk "Giveaway Nurul & Friends"
2. Copy banner dekat atas tu dan pastekan dalam entri korang.
3. Korang boleh copy semua entri ni ataupun nak buat entri sendiri.
4. Backlinkkan banner tu tau.
5. Dah siap, submit link dekat komen :)

Terima kasih sudi baca.

Friday, July 07, 2017

AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS

Salam Ladiess ♥

SERAMAI 32 PEMENANG DICARI !!!
Syarat²
1- Ikot semua syarat dibawah 👇
(klik banner untuk tengok syaratnya.)
2- Buat satu Entri bertajuk "AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS"
3- Letak Banner diatas dan backlinkkan ke entri ini
4- Tag dua orang rakan anda {pastikan mereka tahu}
5 entri pautan Komen anda!


Terima kasih sudi baca.

Thursday, July 06, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Salam Ladiess ♥

mood raya memang tak habis lagi, rindu nak makan laksa lagi, rindu ketupat rendang jugakk.. hehe dalam mood raya ni, nak update blog pun malas.. balik dari menternak lemak (open house) terus tido, letih sangat la tu tambah kenyang pulak kan.. parah dah macam ni.. diet pun dah kelaut.. kahkah..

takpela raya kan sebulan, nak tunggu raya lain tahun pulak.. so, yang mana ada tu kita balun saja lahh.. tak gituww.

entry raya ada tapi takdan nak taip lagi, sebelum ni pun dok draf entry client je.. alhamdulillah rezeki ramadan shawal. rezeki anak jugak.. dan ada masa secoit ni boleh la taip lalaju nak ucapkan selamat hari raya kat rakan-rakan blogger.. yang tengah meriah lagi raya kat kampung tu best la kan.. kami dah raya kat kL hehe

jom nak belanja gambar raya satu..

#teamtemamerah
kami #teamrayakL je, then pagi raya tu pegi sembahyang raya kat Masjid Wilayah Kuala Lumpur. lepas tu Putera Mikaell kena peluk cium dengan Datin Rosmah Mansur. haa sambung di entry lain ye pasal kisah di Masjid Wilayah tu. :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. | 2017
#salamkosongkosong #raya2017

UPDATE 15/7/2017 : Peluk Cium Datin Sri Rosmah Mansor Untuk Putera Mikaell Danish 

Terima kasih sudi baca.