Friday, March 31, 2017

Two Week Vacation

Salam Ladiess ♥

Omputeh sangat eh tajuk petang ni. Memandangkan ada masa secoit ni marilah la kita sama-sama menaip entry haha tetiba. sebenarnya baru sekarang ni ada rasa nak taip entry pasal cuti hari tu yang dimana blog pun ikut bercuti jugak selama dua minggu. dua minggu okey. kau ada. fuh fuh buang habuk.

aku dan family balik kampung kedah sebab ada kenduqi no. seronok no makan nasik kenduqi. kata paktam aku kita gantung peqiuk tiga haqi tiga malam. dah kenapa aku nak speaking kedah ni. kekehe

kiteorang ramai-ramai turun kedah beb konvoi pukul 5 pagi masih lagi duduk lepak kat bukit gantang makan buah sambil borak-borak. lepas subuh baru gerak balik kedah. pukul 8 pagi selamat dah sampai rumah tok. yeayy..

dan pada hari yang sama petang sebelum kiteorang gerak tu ada kemalangan memandu melawan arus yang melibatkan nyawa orang lain tau. kesian sangat. sedih. Alhamdulillah kami dihindarkan dari melihat kejadian tersebut. kalau tak seram mak nak..


Majlis perkahwinan cousin aku, kenduri kawin abang adik, dua beradik sekali jalan. cuma yang abang dia nikah awal sikit bulan 9/2016 kot tak silap, lepas tu buat majlis sekali. tumbang sekor kerbau baq hang.. sedap lauk yang orang kampung masak tapi aku tak makan pun. acaner tu.? ni anak-anak makteh aku, anak dia tungal pompuan. so kenduri pun besar-besaran ye. sebab tu paktam aku kata tadi aku dah bagi tahu kat atas nuh yang kita semua pakat gantung periuk tiga hari tiga malam.

Thursday, March 30, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Salam Ladiess ♥

Memang dah jadi lumrah mak mak macam aku ni, langsung tak boleh tengok atau dengar kat mana-mana ada fair baby big sale, mesti meroyan tu tahap atasan. apa lagi kalau sale tu gila senang beli hanya hujung jari je lagi la best. hanya perlu klik di Lazada Malaysia je tau.

aku  pasti lebih ramai lagi ibu-ibu di luar sana yang menantikan jualan besar-besar ni bagi memenuhi keperluan bayi dan anak anda. jangan lepaskan peluang ini.

Klik Banner untuk dapatkan 85% diskaun untuk setiap pembelian di BiG Baby Fair

BIG BABY FAIR di lazada menawarkan diskaun sehingga 85% wow!!! bermula 27 March 2017 hingga 2 April 2017. bestnya selama hampir seminggu tau diskaun ni berlangsung. cepat la membeli di online sale Lazada Malaysia. jangan lah lepaskan peluang ni ye mommy and daddy sekalian.

bagi yang menyahut Blogger Contest Big Baby Fair ni, marilah kita menjawab beberapa soalan yang dikemuakan untuk semua perserta.

Saturday, March 25, 2017

Kembali Selepas Dua Minggu Menghilang

Salam Ladiess ♥

Alhamdulilah dah selamat sampai rumah semalam. rehat pun dah cukup sekarang back to work. kerja menimbun bila bercuti selama dua minggu lepas. syukur dengan nikmat keseronokan yang diberikan, berkumpul dengan sanak saudara dikampung. banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang bercuti. hehe

harini aku hanya nak update entry ringkas je sebab dah hampir dua minggu tak update apa-apa kat blog, kang tak pasal rank jatuh merudum pulak siapa nak jawap. haha. terima kasih pada semua blogger sebab walaupun blog ni tak update tapi ada jugak yang sudi singgah comment kat sini.

walaubagaimana aku next entry sepanjang bercuti akan menyusul ye. pelan-pelan kayuh kakak baru je balik dari kedah, semua kerja rumah kena siapkan dulu ye anak-anak baru boleh main taip-taip. hehe pagi tadi baru selesai check email, balas email. buka blog buang habuk, baca comment korang cuma belum sempat balas lagi. inshaAllah aku balas kejap lagi sambil blogwalking.

Nak gambar seketul sebagai pembuka bicara.. cehh kahakah..😅😆😂

Friday, March 17, 2017

Akulah Wanita

Salam Ladiess ♥

Untuk renungan bersama

Renungan..

1. Seorang wanita 42 tahun datang klinik untuk routine maternity checkup. Usia kandungan baru 15 minggu. Kata dia, dia saja stop pil perancang bulan 12 tahun lepas. Tak sangka lekat pulak. Kata dia lagi, anak kedua dia bakal melahirkan anak lepas raya nanti. Dia ingatkan nak jaga cucu, tak sangka nanti kena jaga anak sendiri pulak hihi. Kata dia, dia meloya 4 bulan, suami asyik muntah2,check pregnancy test 4 bulan pun negative, tapi perut makin besar. Doktor rujuk untuk scan tengok2 dah ada kantung baby. Lepas habis scan dia malu nak balik rumah. Malam tu dia bagitau suami, suami dia seronok bukan main. Dia ja malu2 hihi. .

2. Seorang remaja 16tahun. Masih bersekolah & kehidupan agak liar. Terlanjur bersama kekonon cinta hati sampai mati. Dah sah mengandung. Menangis dan keluarkan kata2 kesat. Kata dia, dia hanya nak seronok2 tak sangka jadi. Selama ni elok ja tak lekat. Astagfirullah. Saya hanya boleh nasihatkan sebab kalau marah pun tak berguna. Harap dia tak gugurkan anak itu. Ramai sangat yang mahu mengandung tapi tak dapat2. .

3. Seorang wanita baru lepas kahwin bulan lepas. Bulan ni dah dapat tahu mengandung. Alhamdulillah. Seronok tengok riak wajah dia dan suami bila scan nampak kantung bayi & denyutan jantung. Ini momen paling best bila aku jaga klinik ibu anak. Belum bila dah nampak tangan kaki gerak & kadang2 ada rezeki nampak jantina baby. Seronok mereka, gembira lagi aku.


4. Seorang wanita 35 tahun. Berkahwin umur 23 tahun. Sudah 12 tahun menanti pregnancy test positive. Siap ambil anak angkat, siap buat bermacam jenis test, siap makan itu ini, jumpa ustaz dan sebagainya. Tapi masih negative. Allah belum masih mahu memberi rezeki anak untuk mereka. Tetapi alhamdulillah hubungan mereka laki bini bahagia even dgn anak angkat yang satu tu. .

Wednesday, March 15, 2017

Memandu Melawan Arus

Salam Ladiess ♥

Astarafirullah Al Azim, menyucap panjang baqhang.. semalam berlaku kemalangan seorang pemandu wanita memandu berlawan arah. bila tengok wasup cerita ni diviralkan sehingga keluar dalam berita tv3. kemalangan berlaku di butterworth petang semalam. padahal kami dah pun on the ke kedah lewat petang semalam tapi belum sampai lagi di tempat kejadian.

nasib baiklah.. mintak dijauhkan lah berlaku seperti tu,walaupun hanya sekafar tengok pun kalau boleh takmau.. takziah pada kelaurga mangsa yang katanya telah meragut nyawa  suami yang isteri nya sedang hamil. sedih sangat.  semoga akan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.


tak tau ape yang ada dalam pikiran wanita tersebut yang membuatkan dia memandu laju di berlawan arah. ada yang kata mabuk, dan ada yang katanya nak bunuh diri. tapi orang lain yang terkorban. macam macam orang sekarang ni punya perangai. perangai sangat kan.

Saturday, March 11, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Salam Ladiess ♥

Hi, nampak macam dah ramai kengkawan yang join contest ni.aku pun tak nak ketinggalan jugak untuk join.sebab lagi ramai yang join lagi tinggi nilai hadiah yang akan dapat. menarikkan. sebelum tu aku nak ucapkan happy birthday to Lazada , yang ke lima tahun tak sangka dah lima portal shopping online paling best abad ini. dulu masa mula berkenalan dengan lazada, aku hanya mampu tengok je barang dalam tu, sebab tak reti macam mana nak shopping..kehkeh.. harga di lazada memang murah beb!, tapi sekarang aku bukan sekadar tengok² je ye, aku dah jadi pengguna setia lazada dan dah jadi satu tempat paling mudah untuk shopping. boleh kata kan setiap bulan aku dan seluruh adik beradik aku akan shopping di lazada.

Sempena birthday lazada yang ke-5 ni ada bebagai tawaran hebat di Lazada dengan diskaun yang diberikan sehingga 90% waw!!! omg.. 😍 bermula pada 22-24 March 2017 ini. jom shopping di lazada.

Lazada Birthday Sale http://www.lazada.com.my/birthday-sale/

Apa yang anda suka tentang Lazada Malaysia?
Apa yang dalam lazada malaysia boleh dikatakan aku suka semuanya, dari segi mencari sesuatu barang sangat mudah dan details, barang yang aku cari tu memang selalunya ada di lazada, harga murah berbanding portal shopping online lain. lagi² diskaun yang diberikan jugak melampau-lampau best nya. cara bayaran dia pun senang, biasanya aku guna debit card je. atau Cod. kalau cod pun servis dia sangat bagus. malam ni order esok pagi barang dah terpacak depan rumah. waw! hehe

Resepi Chicken Cheese Nugget Homemade

Salam Ladiess ♥

sejak try buat potato meatball hari tu, perasaan nak cuba resepi lain tu membuak-buak. petang semalam ajak suami pegi beli ayam, tapi beli bahagian isi saja. balik rumah terus siapkan suami sebab dia nak pegi outstation, bagi putera mikaell tido. lepas dah selesai semua, terus lompat pegi dapur untuk first try nugget homemade. mood tengah rajin nak mencuba resepi baru. ikutkan jelaa..

bila sesorang masuk dapur senang sikit nak masak, kalau tidak putera mikaell pun rajin nak menolong umi. jom tengok gambar dulu. jangan meleleh air liur ye sebab nugget ni serius sedap, lagi sedap dari beli kat kedai.

bukan nak poyo ke apa, tapi memang betul sedap kot. tak tipu. walaupun ini first try tak sangka boleh sedap macam ni. ai tak tau nak cakap macam mana la.. kite tengok gambar je laa... 😋

betul tak aku cakap.. menggodakan.. nampak menyelerakan tak..sapa nak try buat jom ikut resepi kat bawah ni. memang aku ada google untuk tengok cara dan bahan² dia. tapi lepas tu aku tukar menjadi resepi yang direka sendiri. sumpah akan repeat.

Friday, March 10, 2017

Blog Intan Saffyna Capai 500 Post Entrys

Salam Ladiess ♥

setiap kali buka blog mesti aku akan cakap dalam hati bila nak entry blog ni nak capai lima ratus entri. blogging sejak 2010 baru harini capai 500 entry kan. lama betul, nampak sangat malas nak update blog. memang betul kakadang malas update.. ada je entry sebenarnya tapi save dalam draf. tunggu masa untuk publish.

lagi pun tiga tahun blog hilang sebab tu entry sikit. tambah pulak ada beberapa entry yang aku dan padam sebab malu dengan korang bila baca cerita aku zaman muda yang tak patut. zaman remaja kan zaman merapu so entry pun merapu jugak.

sekarang alhamdulillah dah insaf sikit. buat entry pun yang berguna je.. cehh berguna ke? kalau tak berguna pun tak kisah, hehe dan sekarang punya entry lebih kepada kehidupan sendiri, pengalaman, dan tips-tips yang saya tahu serta review yang berbayar.

Thursday, March 09, 2017

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com

Salam Ladiess ♥


Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Wednesday, March 08, 2017

Orang Yang Keguguran Pun Kena Berpantang

Salam Ladiess ♥

Baru-baru ni aku diberitahu oleh cousin (aku dan dia lebih kepada adik beradik) aku yang dia pregnant five week.. syukur sangat la kan,.. sebab dia baru kahwin dan bunting pelamin. happy yakmat la kan.. kiteorang as cousin ni pun happy kan. sebab dikalangan kiteorang adik beradik dan cousin ni takde anak kecik.. tapi ada anak aku putera mikaell sorang je .. kalau ramai kan seronokk .. tambah umat kecik lagi meriah..

tapi.. 😢

aku dikejutkan dengan berita keguguran. memang terkejut sangat.. pagi-pagi dia text aku kak intan cepat bangun.. ana keguguran. terus terbeliak mata aku bangun. kesian dia. baru nak menikmati perubahan fizikal, emosi semua masa mengandung. tapi apa kan daya.. belum rezeki lagi. mungkin ada hikmah disebaliknya. kena redha.. kena kuat...

aku bagi tahu dia, lepas ni ana kena berpantang sama macam orang bersalin jugak.. lepas tu dia tanya aku macam mana nak berpatang.. actually aku pun bukan reti sangat bab ni. aku pun baru tahu dan baru belajar. anak pun baru sorang.. so, pengalaman tu belum cukup hebat lagi.. hehe
aku google je paste kat dia.  dia kena berpatang sekurung-kurangnya dua minggu. kalau nak lebih afdal kena la pantang sama macam orang bersalin. 44 hari atau 60 hari atau 100hari. melampau la kan keguguran kena pantang sampai seratus hari,. hehe tapi bolehh je. untuk kesihatan jugak. (bab ni kena cakap kat diri sendiri key.)😇

Wednesday, March 01, 2017

Mix & Match : Enjoy Uniqlo Coupon Code RM10 OFF!

Salam Ladiess ♥

Gaya trend masa kini sangat luar biasa. banyak pilihan fesyen yang dapat kita gayakan dengan mix and match. kadang kala kita akan tampil dengan pelbagai gaya, contohnya gaya kasual ke pejabat. gaya elegen untuk makan malam, dan gaya sempoi untuk bersantai bersama keluarga.

oleh itu Uniqlo Malaysia menawarkan anda untuk mix & match bersama mereka dengan pelbagai gaya masa kini.

1) Shop at Uniqlo for the latest Women's Collection!
2) Shop online for the latest Men's Collection Sale at Uniqlo!
3) Enter This Uniqlo Coupon Code To Enjoy RM10 OFF!
Mari kita baca post hari ini sebab banyak pilihan dan sumber inspirasi untuk anda memulakan gaya mix & match bersama Uniqlo Malaysia.