Friday, December 09, 2011

Perempuan Bajet Hebat Diakhir Tahun | Tak Suka Kau !

Assalamualaikum

Alamdulillah Hari ini hari kedua Giveaway lily yang sulung berjaya dilancarkan dan lily tengok ianya dapat sambutan yang baik.. lily sayang you all okey yang sudi join lily. walaupun semalam lily bertungkus lumus buat promote dengan mengharungi laptop lily yang buat hal ape tak tahu ! kejap padam kejap on balik. syukur sangat..

Selepas seminggu jika sambutan lebih memberansangkan lily akan tambah 5 lagi pemenang untuk sagu hati dan juga pemanbahan gift yang comel untuk anda.. suka tak ? sapa-sapa yang belum join cepat-cepat klik sini. dan yang sudah join lily tu rajin-rajin la support lily tau. terima kasih sangat.

*****
Ok.. ringkas cerita semalam lily dengan hubby lily pergi mydin. you know mydin ? supermarket yang dekat rumah lily. kalau jalan kaki 3 setengah jam sampai la. Tujuannya hubby lily nak beli stiker untuk dibuat label pati minyak wanginya. Dekat mydin boleh beli borong banyak dan murah. macam promote je.

Sambil jalan-jalan kat situ lily tengok ada baju cantik tapi tak cantik mana pun t-shirt berkoler je. warna hijau apple. sejuk je mata lily tengok. hubby lily pun berkenan.. kitaorang ambil sama pattern dan go to fitting room for try. lily dah try dulu dah siap. ok cantik cun. lily pakai apa pun tetap cantik. riak kan.
lepas tu hubby lily pulak. masa hubby lily masuk dalam bilik persalinan tu, ada sorang perempuan (perkerja mydin) yang bajet hebat depan lily masuk dalam fitting room lagi satu actualy ada 3 room kat situ. tah apa yang dia buat dalam tu ! menyebok !

Lepas tu pulak time dia nak masuk dan lagi dia nak jenguk sapa dalam bilik tu. eii.. benci ! Dalam hati lily cakap ...apa kau buat dalam tu oi pompuan lama sangat dok tengok cermin kot! baguslah tu cermin-cermin la diri kau yang buruk tu. menyusahkan !

Tiba-tiba dia keluar dah puas tengok cermin ke oi ! dia dok berdiri kat belakang lily pulak..lily tengah tunggu hubby lily siap. tah ape la yang dia buat lagi.. ! meluat !
Dalam 10 minit dia keluar jalan berentak-rentak tapak kasut, macam kau hebat oi pompuan ! sambil dia jalan keluar lily macam terdengar suara longkang dia cakap dengan sapa tah..

 itu fitting room perempuan kan.. 
panggil security...!

Lily cakap kat hubby lily perempuan tu macam poyo je ! dia nak panggil security bagai ! macam la kami sedang merompak kot ! tak masuk akal betul, otak singkat memang macam tu ke? lily perasan dia ambil walkie talkie bagai semata-mata nak panggil security untuk naik tingkat atas tengok lily dengan hubby lily kat bilik persalinan tu.. lawak kan..

yang tadi kau duduk belakang aku kemain lama asal kau tak cakap fitting room tu untuk perempuan sahaja.. kau takut ke? haa..asal dalam mulut kau ada sampah ke ? '' degusan hati lily..''

Masa tu hubby lily dah siap try kitaorang jadi ambil baju yang comel tu.. sama-sama hijau. sedondon la konon. jalan buat tak tahu je turun excalator.. si security tu baru nak naik.. lembab macam siput ! mesti perempuan tu bengang !.. hakhak suka lily.

Masa nak tengah kami kat kaunter nak bayar barang, lily tengok perempuan tu tersadai kat kaunter sebelah dok borak-borak. mengumpat la tu ! lily rasa nak sepuh je mulut tu ! geramm..

Terima kasih kerena sudi baca entri lily.

p/s: lily mintak maaf andai bahasa lily kali ni kasar sikit atau agak kasar atau terlalu kasar.. lily bukan sangaja.. tapi disengajakan sebab lily geram sangat.. >,<'
p/s1 : untuk pandangan rapi anda semua, perempuan itu tak terlalu muda dan terlalu tua.. mungkin dalam lingkungan 30an nak keatas.. pakai tudung , muka mintak lempang.

6 comments:

LydSunshine said...

Sabar lily. Hilang cun kalo marah-marah. :)

lily butterfly said...

@LydSunshine tak marah dah.. cool :)

Razil Tahir said...

Hahahahah! Funny!
Of course Bajet hebatlah sempena Jualan Murah Akhir tahun kann...
XD

lily butterfly said...

@Razil Tahirmemang funny! apa yg dia rasa hebat tu tak tahu la. :)

syaz :) said...

hahahaha :D ape laaaa ppuan tuu, aishhhh,

lily butterfly said...

@syaz :) memang dia nak tunjuk hebat kot.. :)