Sunday, April 30, 2017

(VIRAL) Penipuan Seller Set Brush HUDA BEAUTY

Salam Ladiess ♥

Tolong VIRALkan Penipuan Ini. Selama bertahun-tahun aku beli barangan secara online di malaysia malah di luar negara pun pernah beli online, ini adalah pertama kali aku dittipu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. walaupun nilai nya hanya beberapa ringgit sahaja tapi hasilnya tetap aku ditipu.

berbelah bagi aku nak viralkan kes secoit macam ni, tapi disebabkan aku taknak orang ramai akan menerima nasib yang sama macam aku, aku terpaksa open.

kisahnya bermula di facebook, nama groub fb aku tak ingat dah, tapi pernigaan yang dipromosikan tu keluar di news feed facebook aku, dan aku tertarik dengan set brush mekaup huda beauty tu di jual dengan harga Rm15, terujakan. sesiapa saja pasti akan terujan dengan harga tu,


murah gile kot dia jual set berus makaup macam ni, tambah pulak jenama huda beauty tengah hot meletop sekarang ni. lagi la bertambah teruja kuasa dua nak beli. tanpa berfikir panjang aku terus letak no telefon di comment dan dalam beberapa minit wasup masuk. bermula kisah aku ditipu hidup-hidup.

Friday, April 28, 2017

Masalah Period Tidak Teratur

Salam Ladiess ♥

Masalah ni, dah berlarutan dari beberapa bulan lepas lagi, sejak february lalu aku langsung tak datang period seperti tarikh yang sepatutnya, aku ingat, pragnant la kot, tapi check negatif je. cuma kalau pregnant alhamdulillah laa.. tapi perasaan, fizikal dan mental aku memang belum bersedia lagi untuk pregnant. kalau rancang nak pregnant tu kena pastikan semua kesihatan berjalan lancar. termasuk naluri tu kena ambik feel balik untuk jaga seorang bayi nanti. haha gituww kan.

tapi beberapa minggu lepas tu di awal bulan march aku period balik (bukan pada tarikh yang sepatutnya), syukur sangat darah kotor tu dah keluar. memang runsing gile kalau tak period, nak kata mengandung tak, period pun tak.. boleh meremang bulu roma nak oi.. haha

masa zaman anak dara dulu setiap kali period mesti cramp tau, sakit pinggang, senggugut, dan keluar darah beku.. bila dah lepas kawen ni semua tu dah takde sangat, cuma kakadanga ada sakit pinggang sikit bila awal² datang period. yang membuatkan aku terkejut ni tetiba darah beku keluar seketul, then aku set mind aku darah beku tu keluar disebab aku dah sebulan tak period dan sebab tu darah tu beku. lagi tu yang peliknya period aku berpanjangan selama dua minggu. ini first time selama umur aku sekarang ni.

aku fikir positif je, malas nak fikir banyak sangat nanti lagi pening kepala. asalkan period tu dah keluar pun dah bersyukur sangat. tapi masalahnya tak teratur.😓

Monday, April 24, 2017

Dapat Kasut Raya Dari Zalora Malaysia

Salam Ladiess ♥

Tajuk je lebih ni, padahal aku beli dari zalora dengan voucher yang aku dapat hari tu, kira dapat la jugak kan walaupun voucher bukannya kasut, dan sepatutnya tajuk kena taip dapat voucher raya dari Zalora Malaysia.. tapi kalau tajuk tu dicampurkan jadilah Dapat Kasut Raya Dari Voucher Zalora Malaysia. yang ni baru betul. ahh biarlah yang penting aku dapat atas usaha gigih aku taip entry siang malam. (yang ni perasan) 😅

selalu aku buka page Zalora Malaysia ni, tapi first beli barang dari zalora, jadi kalau beli macam biasa aku takde la konfius sangat just bayar je guna akaun debit, cuma kali ni beli barang guna full voucher so aku macam, "ehh nak letak kat mana voucher ni,?" kat situ je dah runsing patplohlimaminit.

aku godek² baru jumpa itupun try end error nasib baik voucher tu tak diblock, kalau tak nangis kat bawah katil la jawabnya. so, kat entry kali aku nak tujuk cara beli guna vocher dari zalora malaysia bagi yang baru belajar macam aku.. haha

Suprise form Zalora 😍

Saturday, April 22, 2017

Maksud Nama Putera Mikaell Danish

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah hari ni baru ada kesempatan nak taip entry berkenaan dengan nama anak aku ni, sebab ramai yang tanya. tapi aku malas nak lisan. kakadang aku terfikir orang tanya aku tu buat ape kan, google lagi senang, cepat dan semua info dah ada. nak tunggu aku update entry mermang berkurun jawap nya. tapi tak pe, disebabkan aku dah mula menaip pasal ni, aku akan teruskan cerita ye.

sebenarnya aku bukan saja-saja nak letak nama anak aku tu, ada maksud nama tu tersendiri dan aku jugak ada sebab aku sendiri. bezakan tu? maksud nama lain, sebab aku nak letak nama tu pun lain. kalau maksud tu harus la aku akan cari yang ada makna baik-baik mengikut nama islam dan penuh budi pekerti.. cewahh kehekeh.. ehh betul ape, kalau korang dah jadi parents nanti mesti akan rasa semua ni.

bukan mudah ye nak pilih nama anak ni, mesti kena cari yang betul-betul bersesuaian dengan anak tu sendiri. macam ahmad albab tu, atuk dia letak nama 'ahmad pintu' dia nangis tak berenti kan. macam tu maksudnya kena cari yang sesuai.

tapi bagi aku tak susah sangat nak cari nama yang sesuai untuk anak aku sebab aku dah set mind aku dengan mana yang aku nak walaupun aku belum pregnant lagi masa tu. semangat nak ada anak wajib la kena cari nama awal², itu namanya ambik aura untuk mengandung. 😍

Ni dia one and only my son, nama yang aku dan suami berikan Putera Mikeall Danish. umur baru 2 tahun++

Thursday, April 20, 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini By Ourmemoria.My

Salam Ladiess ♥

Dari beberapa hari lepas aku mencari blog yang buat giveaway dior perfume ni, tapi tak jumpa aku ingat memang tak jumpa la sampai kesudah. tapi nak jadi rezeki untuk join giveaway datang balik harini. dari tadi aku blogwalking tetiba ternampak GA ohsem ni ha.. laju-laju aku join rupanya harini tarikh tamat dia.. fuhh.. harap sempat lagi la aku join dan aku harap blog aku akan di pilih oleh ramdom.org untuk menang.. heheh perasan. :)

semua syarat dah follow. lets join. :)

Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.


Copy dan klik banner untuk penyertaan
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.

Wednesday, April 19, 2017

Platform Shopping Online Di Ezbuy Malaysia

Salam Ladiess ♥

Memperkenalkan Ezbuy Malaysia dimiliki oleh Ezbuy Holding Limited, adalah sebuah pembekal berdedikasi, perkhidmatan membeli-belah online yang profesional kini telah berkembang termasuk platform membeli-belah di malaysia. Membeli belah di ezbuy sangat EZ! anda dapat menikmati 4 kali simpanan dan banyak pilihan produk dari berjuta-juta barangan yang kami tawarkan.

Mengapa beli belah di ezbuy mudah, murah, dan cepat?

Ini adalah semata-mata kerana kita membawa masuk pelbagai jenis barangan bergaya dari seluruh dunia untuk anda secara langsung mengubah cara anda membeli-belah! Anda kini boleh membeli belah diluar negara tanpa perlu mengambil pesawat selama ini masih menikmati pengalaman membeli-belah tempatan asli, termasuk pilihan dari myriad. kesenangan dan penjimatan yang besar yang kita bawa kepada anda.


cara pembelian terbahagi kepada dua bahagian iaitu ezbuy dan prime.

ezbuy - Apabila anda memlilih untuk membeli barang-barang di ezbuy yang ditandakan dengan label ezbuy, hanya perlu sekali pembayaran. pembayaran termasuk harga item, kos penghantaran antarabangsa dan kos pengahantaran tempatan. Pihak kami akan memeriksa produk untuk memastikan kualiti dan membungkus semula bungkus itu dengan mengeluarkan bungkusan yang berlebihan untuk menjadikannya kurang besar, dengan itu ia dapat mengurangkan kos, dan kos pengahantaran tempatan ditanggung oleh anda.

prime - prime adalah program keahlian yang menjamin kos pengahntaran anda dan akan ditetapkan pada kadar rata sebanyak RM8.80 tanpa mengira bungkusan, berat, dan kuantiti barangan yang dibeli setiap checkout. Label prime ditandakan dengan jelas pada semua barangan prime dengan ikon yang ditunjukan pada halaman produk untuk mengenalpastikan dengan mudah. keahlian prime berharga sesuai dengan kempuan anda iaitu sebanyak RM188 untuk tempoh 1 tahun. pengguna juga boleh mendapatkan percubaan selama 5 hari dengan hanya RM18.80. Ahli prime juga boleh menikmati 42 item barangan pada senarai pembelian prime jika barang-barang yang anda mahu beli itu tidak ditandakan sebagai prime.

Anda boleh dapatkan koleksi prime disini : https://ezbuy.my/Prime

Sunday, April 16, 2017

Pengalaman Jalan Jalan Di Padang Besar

Salam Ladiess ♥

Lepas majlis kenduri cousin kiteorang terus ajak pengantin baru bawakan pegi padang besar, excited kemain lagi tau kiteorang nak pegi padang besar, disebabkan first time nak pegi dah set dalam otak nak borong barang banyak-banyak. sebab semua orang kata barang kat sana murah gile. kiteorang dah berangan nak habiskan duit kat sana. haha teruk sangat kan.

cousin aku suggestkan kiteorang lebih bagus naik train dari gurun,kedah direct ke padang besar sebab tak amik masa lama sangat untuk sampai berbanding nak drive sendiri. masa yang diambil untuk sampai adalah satu jam. kami on je asalkan pegi. haha lagipun di kL memang tak penah pun nak naik train, sebab drive sendiri lagi senang. balik dikampung apa salahnya sesekali naik train kan. huhu

jangan gembira sangat sebab aku yang tanggung azab dia. haha 👀



naik train lebih kurang pukul 11.30am.
tengah menunggu keretapi sampai. lebih kurang 5 minit jugak la tapi tak terasa sebab sambil borak-borak sambil selfie tetiba keretapi sampai. kau boleh tak bayangkan ape yang aku bayangkan ni, aku bayangkan bila keretapi tu sampai kau akan masuk dengan selesa, dan dapat duduk dengan aman dan menikmati perjalanan kau sepanjang satu jam.

tapi...

Thursday, April 13, 2017

Blog Problum : Bloglist Hilang

Salam Ladiess ♥

sakit betul hati, masuk ni dah tiga kali senarai blog yang aku add dalam bloglist hilang. aku tak faham apa masalahnya. penat kot nak ingat link balik blog kengkawan. lepas dah add masuk tetiba friend list hilang pulak. tensen betol i. hish.


gambar ni memang takde kena mengena dengan blog list hilang.. tapi hilang jugak tensen aku bila tengok gambar bersemut ni..

btw siapa tau kenapa bloglist tu hilang, dan ape jalan menyelasaiannya.. atau aku memang kena add on balik sampai lebam..


Terima kasih sudi baca.

Sunday, April 09, 2017

Kenangan Dan Lagu

Salam Ladiess ♥

Bosan harini takde buat apa, suami pun outstation, putera mikaell busy dengan youtube++ dia, umi layan jiwang kejap sambil update blog, sambil blogwalking. serius lama gile tak dengan lagu jiwang zaman dudulu..  kalau dulu setiap hari akan dengar lagu jiwang 90an. sekarang ni memang tak menyempat dah.

so, masa yang ada sasambil ni, layan kejap la.. lepas tu teringat zaman dulu. kenangan dulu. kenangan dengan lagu. rindu giler baq ang.. hey hey.. bukan bukan teringat boyfriend key, boyfriend aku dulu suami aku sekarang.. hehe..

bila kite dengar sesebuah lagu tu mesti wajib akan teringat kenangan trowback, lagi-lagi bila dengar lagu macam jiwang sikit.. paling tak boleh lupa masa dulu duduk dengan kengkawan. Jom layan kejap.

Mirae- kiroro

 
 Lagu ni masa aku masuk kem plkn dulu, lama dah tahun 2005, walaupun dah lebih 10tahun berlalu aku tak akan pernah lupakan kenangan paling berharga dalam hidup ketika berada dalam kem ni. aku selalu bersyukur sebab terpilih untuk abadikan kenangan sekali seumur hidup macam ni. lagu ni akan akan dipasang pada setiap hari ahad. hari dimana semua pelatih dan jurulatih bercuti dan melakukan aktiviti bebas. aku tak tahu kenapa lagu ni akan dipasang?
ketika kedengaran lagu ni, aku dan kengkawan lain dalam dorm akan berhenti berborak, berhenti kilat kan kasut, berhenti berjalan.. macam2 berhenti lah. seolah-oleh melayan perasaan yang jauh.. mana taknya masing-masing rindukan perants/bf/cikgu/kucing/dll.