Tuesday, July 31, 2012

Tutorial :: Cara Elak Entry Dicopy Paste!

Assalamualaikum^^

Selamat Petang.

Tutorial blog cara berkesan untuk elak entry dicopy paste


1. Log in ke Blogger Dashbord - Layout - Add A Gadget - Add HTML/Java Script

2. Copy paste kod dibawah dan paste kan dalam ruangan HTML/Java Script

<script type="text/javascript">/************************************************ Disable Text Selection script- © Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)* This notice MUST stay intact for legal use* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code***********************************************/function disableSelection(target){if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE routetarget.onselectstart=function(){return false}else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox routetarget.style.MozUserSelect="none"else //All other route (ie: Opera)target.onmousedown=function(){return false}target.style.cursor = "default"}//Sample usages//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"</script><br /><script type="text/javascript">disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page</script><br />
3. Saved.

ps : Cuba view blog anda dan try select..
jika tidak boleh Select All bermakna dah berjaya.

Drama Bersiri - Bukan Untukmu | Full Vision

Assalamualaikum^^

Bukan Untukmu mengisahkan konflik perceraian yg tak diduga apabila Iskandar (Ako Mustapha) langsung tidak menyangka bahawa talak lima yang dilakonkan secara gurauan bersama Nadia (Memey Suhaiza) menjadi permulaan kepada mimpi ngeri mereka. Mereka yang sebelum ini satu keluarga yang bahagia, kini hidup menderita kerana terpaksa berpisah. Sebak di hati mereka bertambah apabila mendapat tahu bahawa Nadia terpaksa berkahwin dengan seseorang dahulu dan menceraikannya sebelum Iskandar dapat bersama Nadia kembali.

Bermulalah rancangan Iskandar untuk mencari seseorang yang rela menjadi ‘cina buta’ kepada Nadia. Nadia akhirnya bertemu dengan Hafiz yang jauh lebih muda. Walaupun Hafiz tidak hidup mewah, dia merupakan suami yang baik kepada Nadia. Bagaimanakah nasib Iskandar dan Nadia akhirnya? Adakah Hafiz akan memberi cahaya baru kepada Nadia atau berjayakah rancangan Iskandar untuk mendapatkan kembali isteri tercintanya itu?

Pelakon Drama Bukan Untukmu Slot Ratu Di TV9: Ako Mustapha, Memey Suhaiza
Drama penuh syahdu Bukan Untukmu akan mula bersiaran pada 12 Mac 2012 setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9

Saksikan dugaan yang terpaksa dilalui oleh mereka!


Bukan Untukmu | Episode 1
Bukan Untukmu | Episode 2
Bukan Untukmu | Episode 3
Bukan Untukmu | Episode 4
Bukan Untukmu | Episode 5
Bukan Untukmu | Episode 6
Bukan Untukmu | Episode 7
Bukan Untukmu | Episode 8
Bukan Untukmu | Episode 9
Bukan Untukmu | Episode 10
Bukan Untukmu | Episode 11
Bukan Untukmu | Episode 12
Bukan Untukmu | Episode 13
Bukan Untukmu | Episode 14
Bukan Untukmu | Episode 15
Credit : cerita master

Selamat Menonton.

Monday, July 30, 2012

Tutorial :: Pasang Alexa Widget Di Blog

Assalamualaikum^^

Jom pasang widget ni, ia bagus jugak boleh membuat pengunjung datang ke blog atau website korang,  search google engine pentingkan nilai alexa rank dalam blog. kalau korang NAK blog korang di gemari.. ok.

cara-caranya :

  • Klik Alexa Tools for Site Owners
  • See Other Tools for Site Owners
  • Lepas itu klik Alexa site widgets

  • Pilih widget mengikut pilihan korang dan masukan url blog then klik Build Widget
  • Copy code tu dan pastekan diruangan HTM
  • Siap.
ps: ok senang je kan,, kalau tak faham boleh refer kat lily ok.

Selamat Mencuba.

Sunday, July 29, 2012

Info : Bahaya Bersilang Kaki

Assalamualaikum^^

Pernah tak korang baru 15 minit duduk di kerusi, pastu dah berasa penat dan tukar posisi duduk dengan menyilangkan kaki dengan kedudukan kaki kanan di atas kaki kiri. Selepas beberapa minit, korang tukar lagi posisi dengan kaki kiri pula di atas kaki kanan. 
Sebenarnya, ramai juga mempunyai tabiat gemar duduk bersilang, terutama yang bekerja di pejabat. Tidak kurang juga yang menganggap duduk bersilang boleh menyebabkan tulang belakang bengkok, seterusnya menyebabkan kesukaran 
bergerak.


Duduk dengan bersilang kaki akan memberi tekanan kepada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar. Ia mendatangkan rasa kurang selesa pada otot dan saraf, selain lenguh. Biasanya, perbuatan duduk dengan menyilangkan kaki berkali-kali hanya menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang bengkok sementara. Ini yang dipanggil ‘sciatic scoliosis’. 
Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan. Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman. So, bagi mendapatkan kehidupan lebih bermakna dan sihat, senaman adalah langkah terbaik.


Cara Duduk Yang Betul
  • Pastikan anda duduk menghala ke depan.   
  • Jangan duduk pada bahagian hujung kerusi.  
  • Duduk sama aras antara atas dan bawah kerusi.  
  • Apabila duduk, pastikan siku dekat dengan badan.  
  • Elak duduk di kerusi yang tiada penghadang (kerusi bulat).  
  • Amalkan duduk di kerusi yang mempunyai penyokong belakang badan.
ps : Lily pun suka duduk bersilang macam ni, rasa berkeyakinan gitu.. hehee
korang pun suka gak ke duduk bersilang ??

Friday, July 27, 2012

Facebook Blogger Group

selamat malam.
kat sini lily senaraikan beberapa group blog di facebook, korang boleh ping entry kat situ.. sebelum tu kena join tau. then enjoy it.



  • Syoknya blogger
  • Ex-tream blogger
  • Kelab blogger
  • Blogger!
  • Kaki blogger
  • Blogger kite-kite je
  • Sahabat Lulu Caldina
  • Blogger Crew
  • Kami blogger Tegar
  • Blogwalking/20
  • Blogger sana sini
  • Belia-belia bloggers
  • Sembang blog
  • Blogger ping'
  • Komuniti gila blog
  • Blogger Malaya
  • Kawan Blogger
  • Blogging group
  • Meh ping! blog sini
  • Port blogger
  • Blogger terhebad~
  • Blogwalking widget
  • Saya seorang blogger
  • Blogger A to F
  • Blog Ohsem~
  • Kawan blogger
  • Arena blogger
  • Hotspot blogger
  • Kami blogger pilihan Malaya
  • Blogger Kedah
  • Kaki blogger official
  • Girls blogger
  • Aku blogger comel
  • Life with Sandra
  • Markas blogger
  • Port blogger jiwa kacau
  • Budak budak blogger
  • Kelab blogger
  • Kami si blogger
  • Mari berblogger

  • terima kasih sebab sudi singgah.like.

    Saturday, July 21, 2012

    Salam Ramadhan Dan Selamat Berpuasa.



    Assalamualaikum^^

    Alhamdulillah… Ramadhan menjelma lagi. Syukur kepada Allah kerana kita masih diberi peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh kemulian. Bulan di mana Syurga merindui ahlinya. Semoga kita tergolong dikalangan ahli syurga. InsyaAllah…


    Malam ni dah mula menaip tentang ramadhan, dan mula cari kepentingan tentang ramadhan, tetiba merasakan keinsafan dalam diri, apatah lagi diri yang tak lari dari melakukan kesilapan didunia.

    Terasa sangat sunyi bila mengenang lagi aku berada seorang diri sini, semua orang tak de, balik kampung, keluarga balik kampung. aku? tinggal sepi.

    Bersahur sengorang, berbuka berteman.
    Namun begitu, aku tetap nak kongsikan betapa besarnya keberkatan ramadhan.



    Kelebihan Solat Tarawih

    1. Kelebihan Solat Tarawih Malam PertamaDiampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

    2. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam KeduaDiampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa 
    kedua ibubapanya.

    3. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam KetigaPara malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar 
    meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-
    dosa mereka.

    4. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam KeempatOrang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala 
    yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

    5. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam KelimaAllah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan 
    sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

    6. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam KeenamAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang 
    bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang 
    mengerjakan tarawih malam itu.

    7. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam KetujuhSeolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang 
    musuhnya Fir’aun dan Hamman.

    8. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam KelapanAllah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang 
    dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

    9. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam KesembilanAllah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi 
    Muhammad s.a.w.

    10. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Ke sepuluhAllah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

    11. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Ke sebelasIa meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

    12. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Ke dua belasIa akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

    13. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Ketiga belasIa akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan 
    keburukan.

    14. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Keempat belasMalaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan 
    menyesatkan mereka.

    15. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kelima belasSemua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah 
    mengampunkannya.

    16. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Keenam belasAllah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan 
    dimasukkan ke dalam syurga.

    17. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Ketujuh belasAllah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

    18. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kelapan belasMalaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan 
    dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

    19. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kesembilan belasAllah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

    20. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluhAllah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang 
    soleh.

    21. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluh satuAllah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

    22. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluh duaIa akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari 
    tersebut.

    23. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluh tigaAllah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

    24. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluh empatAllah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang 
    mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    25. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluh limaAllah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

    26. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluh enamAllah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang 
    mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

    27. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluh tujuhAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

    28. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluh lapanAllah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

    29. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Kedua puluh sembilanAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

    30. Kelebihan Solat Tarawih 
    Malam Ketiga puluhAllah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir 
    dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang 
    Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama 
    salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang 
    bernama Al-Kautsar.


    ps: Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

    Friday, July 20, 2012

    Vote Lyssa Faizureen

    Assalamualaikum^^
    Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa.

    Nak menang  baucer Levi's® bernilai RM300! Jom ramai-ramai undi cik lyssa..

    kak lily suka gambar ni.. style :)

    Cara-cara nak vote Lyssa :


    2. Tekan LOGIN dulu di bahagian kanan pc anda.

    3. Register terlebih dahulu ~!


    4. Isi apa yang patut. Dan sila check email anda selepas registration successfully . Click here yang sudah dipanahkan tu untuk activation link.


    5. Kemudian, korang LOGIN balik menggunakan email yang korang registerkan tuh.

    6. Tekan nama "LYSSA". Scroll down sampai bawah dan TEKAN VOTE ! 

    ps : Done vote and good luck okey :)

    Wednesday, July 18, 2012

    Wordless Wednesday | Aku Inginkan Dia.

    Assalamualaikum^^


    Sunday, July 15, 2012

    Disebalik Wajah ♥

    Assalamualaikum^^

    Disebabkan aku suka tido termimpi-mimpi macam kemarin dulu mimpi dapat suami, pastu semalam mimpi jumpa dengan lisa surihani ngan yusri pastu aku jemput dorang datang majlis wedding aku.. wahh gatai na hang.. sekarang mood nak kawin pulak.

    Oleh kerana aku nak kawen tapi lambat lagi tarikhnya aku nak senaraikan keperibadian aku yang terperuk di dada bidang salman khan. go on.


    Sila belek satu persatu. jangan berebut banyak lagi ni okey. semoga kita saling mengenali.. hikhik.

    hmm.. ape ye mulamula..

    1. Hari cuti WAJIB mandi petang ! baru kau tahu teruk tak aku.
    2. Online 24jam tapi aku tido. membazir karen.
    3. Aku peminat setia Hello Kitty. Comel.
    4. Suka kat cream 'O'
    5. Suka pen hitam mata tajam. laju sikit bila menulis.
    6. Bila sedih aku akan cari 'Kenet' Untuk luahkan segalanya. lega beb.
    7. Kalau tido HARUSLAH selimut satu badan. Nanti dah kawen en.suami sila jangan cari saya ok!
    8. Pergi Dapur mesti kena pakai selipar. Dah biasa.
    9. Suka ketawa sampai dah tak tahu nak bezakan ketawa ke menangis? konfius.
    10. Sangat sayangkan binatang yang comel. geram! sepuh nak..
    11. Time drive mesti kena bukak kasut/selipar. baru selesa dalam memandu.
    12. Tak suka makan ubat dan akan makan jika betul-betul perlu. Paksa diri.
    13. Suka kat patrik star. buat lawak bodah. comel. pink.
    14. Akan cubit/gigit pipi budak tembam. geram la yang.
    15. Aku pernah TER'bunuh anak ayam, masa zaman dahulu. tak sengaja.
    16. Tak suka sikat rambut sebab guna jari pun boleh.
    17. Rajin sidai pakaian tapi Malas nak angkat. boleh tolong tak?
    18. Suka beli kasut banyak-banyak.bukan pakai tapi buat koleksi.
    19. Aku layan cite hindustan. feeling abis.


    Eh.eh. dah mengantok lah. ada banyak lagi ni tapi mata ni macam ada gam je memanggil-manggil suh tido. aku publish dulu..esok aku sambung lagi part II.
    Zzzz..

    ****
    PS: Terima kasih sudi baca. suka like ok.

    Wednesday, July 11, 2012

    Ketulusan Hati

    Assalamualaikum^^


    Sedihku sakitku ku terima Ku rela ku pasrah jalanku 
    Ini suratan aku dicoba Demi rahmat-Mu ku memohon 
    Ya Allah ridhoi ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahanYaa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah
    Ya Allah ridhoi ketulusan hati Yaa Allah beri aku ketabahanYa Allah aku sanggup berkorban Demi rahmat-Mu Yaa Allah..

    PS: comel tak saya pakai tudung.. test2 :-P

    Monday, July 9, 2012

    Tutorial :: Ping Entri Kat Fcebook Paling Cepat

    Assalamualaikum^^


    Cara-cara nak ping entry ke group-group blog di facebook sekali gus
    1. Sebelum itu,korang mesti like dan join group-group blog di Facebook yang korang nak ping tu. Nak tahu senarai-senarai group blog di Facebook? Boleh tengok Senarai-Senarai Blog Di Facebook.
    2. Buka link ni. Developer Facebook .Kemudian akan terpapar seperti gambar dibawah.
    3. Kemudian masukkan link entri yang korang nak ping tu kedalam URL to Send seperti dalam gambar dibawah.
    Kemudian tekan Send kat sebelah URL to Send to. Lepas tu akan keluar seperti gambar dibawah.
    4. Kemudian,di bahagian “To” tu,letaklah senarai-senarai blog yang korang dah like dan join tadi. Kat “Message” tu pula,korang letaklah apa-apa kata untuk menarik minat pembaca-pembaca untuk melihat blog anda.
    5. Selepas itu,tekan Send. Dan kesemua kumpulan-kumpulan blog di Facebook tadi telah mendapat tahu tentang entry anda. Sangat mudah kan. Hanya dalam sekelip mata sahaja.:D
    p/s : selamat mencuba. 

    Thursday, July 5, 2012

    Tips : Diet Anda

    Assalamualaikum

    Bagi anda yang mempunyai rutim kerja yang sibuk dan langsung tiada masa untuk bersenam mungkin cara berdiet boleh menjadi pilihan anda untuk mengurangkan berat badan.


    Berdiet adalah amalan bagus tetapi biarlah dengan cara yang betul. Mungkin dengan entry ini dapat membantu anda untuk mengurangkan berat badan dengan mengambil diet ringan sahaja. 


    Peraturan Diet ringan yang harus di patuhi:-


    1. Tetapkan ruji harian dan selalu cuba makan pada masa yang sama setiap hari
    2. Anda diharuskan untuk minum segelas penuh air setiap waktu malam. Pada siang hari pula anda harus minum air lebih dari kebiasaan dan pastikan anda minum sebelum mula makan 
    3. Makan lebih banyak buah-buahan (sebagusnya makan banyak buah epal) dan minum air mineral untuk meningkatkan kandungan mineral dalam badan anda


    Ini adalah contoh menu diet kurang lemak yang ringkas untuk anda ikuti:-

    Sarapan:
    100 gram yogurt, Telur rebus (2-3 kali seminggu), dua jenis buah (5-6 keping), segelas jus buah atau teh atau kopi tanpa gula dan krem

    Makan Tengahari:
    makan kuantiti nasi yang sedikit dan banyakan sayuran dan buah-buahan, pastikan atas suku pinggan adalah nasi dan selebihnya sayuran,100gm daging/ayam/ikan kurang lemak (direbus atau dipanggang dan hanya 3kali seminggu sahaja). Buah-buahan dan jus buah (diingatkan lagi..sebelum makan minum segelas air mineral)

    Makan Malam:
    Sedikit nasi atau roti dan berlaukan sayuran sahaja. Jika perlu daging mungkin boleh makan ikan sahaja (pastikan kuantiti di kawal).

    Jika anda dapat mendisplinkan diri dan mengikut rancangan diet diatas dengan pastinya anda akan kurang 10kg atau lebih dalam masa sebulan.Mungkin sukar bagi anda menyesuaikan diri dalam 2 minggu pertama tapi bak kata orang "alah bisa tegal biasa" dan "hendak seribu daya, taknak seribu dalih"

    AMARAN jika anda tidak pasti dengan tahap kesihatan anda sila dapatkan  nasihat dari doktor pakar sebelum mengambil sebarang diet.

    Sunday, July 1, 2012

    Masa Berlalu.

    Assalamualaikum 

    Begitulah masa yang di lalui..terlalu cepat sehinggakan tidak mahu terhenti walau sesaat.. begitu jugak la lily mengabaikan blog ni.. tanpa nota, tanpa kata.. terlalu banyak waktu yang terbuang sengaja dan tidak tersengaja.. ter..ter.. saja..

    masuk la bulan july yang bahagia ni,lily akan tidak mengabaikan lagi..janji.
    cukup la sekadar merungkai kisah-kisah hidup,asalkan dilayarkan.

    hanya sekadar lukisan
    shotcut entry.
    dah terlalu lama lily tak update kisah lily,tips-tips berguna,tutorials dan lain-lain.. oleh itu lily akan mulakan pada saat ni.. kerana sebelum ini terlalu banyak benda yang menggangu,kerja-kerja tertangguh, sehinggakan semuanya terabai.

    lily akan teruskan beramah mesra dengan awak semua seperti sebelum ni.. dan harap awak semua dapat support lily lagi dalam berblogging.. lily akan menbantu awak semua jika diperlukan.

    maaf sangat sebab lily tak update ape-ape sebelum ni.. ala lagi pun bukan ada yang membacakan.. takpelah lily tak kisah..

    lily akan teruskan berkongsi apa yang lily mampun.. INSYAALLAH.

    Terima kasih sebab sudi baca.
     
    Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna