Saturday, June 24, 2017

Cara Dapatkan Tiket Menaiki Jet Peribadi Cessna 127

Salam Ladiess ♥

waw! paling excited tau, Bintang  Fashion menawarkan anda menang 1 tikert naik jet peribadi. mudah je hanya dengan Like dan Share tertinggi di facebook dan instagram saja anda boleh menang 1 tiker boleh bawa 2 pax menaiki jet cessna 172 mengelilingi KLCC dan menikmati pemandangan yang indah.. Syokknya..


nampak poster besar gedabak tu, kat dalam tu pun dah jelas cara dan syarat untuk pertandingan ni. rugi tau kalau tak join, kalau memang tiket naik jet peribadi ni kita boleh bawa lagi sorang orang tersayang kita naik jet ni sekali.. bertuahkan..

Menang RM500 Shopping Raya Daripada Bintang Fashion

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah, nak dekat raya ni, murah rezeki pulak kan.. orang kata di penghujung ramadhan ni rezeki yang datang tu berkat.. mudah-mudahan la kan. di facebook ramai yang tanya macam mana boleh memang rm500, banyak tu.. siapa nak bagi kan.. hehe sebenarnya tak ramai yang tahu pasal contest ni tau, ni khas untuk blogger je.. tapi blogger pun bukan senang nak dapat, yang terpilih saja yang tau pasal contest ni. haa gituw la..

sebelum tu, aku ada collaboration dengan Bintang Fashion, Fiesta Raya 2017 Di Bintang Fashion. lepas tu secara outomatik dikire untuk join contest ni, dan alhamdulillah tak sangka pulak boleh menang shopping sampai rm500. terkejut punya pasal sampai amik bantal letak kat muka sambil nangis.. haha boleh kan.

hasil dua bag shopping yang dibantu oleh manger Bintang Fashion kawan aku sendiri. 
Alhamdulillah.. 
bermulalah kisah aku misi mencari Bintang Fashion terdekat, aku cadang nak terngok-tengok dulu beberapa kedai bintang fashion, firstly aku masuk di Bintang Fashion di sri gombak, tetiba aku nampak kawan sekolah dulu, la keja sini ke.. hehe.. senang la aku nak cari pakaian kalau ada kawan kan,, senang nak tanya apa². hehe

Mood Raya Dah Sampai, Tak Sabar Nak Balik Kampung

Salam Ladiess ♥

Ramadhan dah hampir kepenhujungnya.. ya Allah rindunnya nak bertemu dengan ramadhan lagi. jika diizinkan.. inshaAllah tahun depan berjumpa lagi. selalu berdoa untuk berada dalam ramadhan yang diberkati dan dirahmati, serta diampunkan segala dosa. seperti ditahun-tahun yang lepas hari raya akan di sambut di kampung rumah mertua. suasana tu dah kian terasa sangat.. rasa berkobar-kobar tak sabar nak balik kampung.

Di manakah anda meraikan Raya tahun ini?


Setiap tahun dua tiga hari lagi sebelum raya mesti akan balik rumah mertua dulu di penang, lepas tu raya kedua baru gerak pegi kedah pulak rumah tok aku, (kampung mama). bukan jauh pun satu jalan je kan.. biasanya malam raya dirumah mertua selalu meriah, dengan bunyi mercunnya pung pang pung pang.. tapi aku tak minat sangat bingit telinga.,. hehe..  dengan riuh rendah anak buah lagi.. memang seronok la.. kami ipar duai ni, masing-masing menbuzy, ada yang kalut ngan anak, yang tengok tunggu turn nak gosok baju raya.. sebok tolong mak mertua buat rendang daging kat dapur.. isi kuih raya dalam balang.. macam-macam gelagat boleh tengok. rindu suasana macam tu setiap tahun, berkumpul raramai adik beradik. nak pulak adik beradik ramai macam husband iols ni. hehe

Friday, June 23, 2017

Bertukar Kepada Watsons Treatment Shampoo Yang Lebih Menjimatkan

Salam Ladiess ♥

lately aku selalu runsing tak tau nak tukar shampoo apa untuk kulit kepala lebih fresh dan rambut bermaya.. bila seharian pakai tudung kat luar boleh buat rambut gugur kalau takde udara untuk refreshkan balik kulit kepala.. that why aku selalu fikir shampoo yng sesuai dan yang paling penting menjimatkan.

bila ada yang suggestion untuk aku, terus aku bertukar kepada shampoo yang biasa aku pakai sebelum ni, kepada Watsons Treatment Shampoo. shampoo treament ni memberi lembapan kulit kepala yang sangat sempurna.

Treatment Shampoo Re-energising memberi rasa nyaman dan fresh untuk kulit kepala, dalam masa yang sama rambut akan kelihatan segar dan sihat bersinar. ada beberapa flavor untuk treatment shampoo ni, tapi aku pilih delima sebab aku suka makan buah delima, hehe baunya pun sangat-sangat wangi. terus aku jatuh cinta tau. 😍

Thursday, June 22, 2017

Ms V Hormon Homemade Paling Berkesan

Salam Ladiess ♥

Hi semua pembaca blog ni, persiapan raya dah siap ke? tinggal beberapa hari lagi nak raya ni, mood raya pun makin nak sampai jugak.. tapi bila nak raya bukan persiapan raya saja yang kita perlu siapkan.. persiapan diri dalam bab kesihatan pun penting jugak tau. lagi-lagi kesihatan dalamam yang melibatkan hormon dan mood. bila hormon dan mood berubah susah la kan  jumpa sana saudara, keluargan dan jiran-jiran. takkan bermurung dalam bilik je kan..  bila kita sihat pasti ceria je sambut tetamu yang di datang bertandang.. betul tak?

bukan hanya nak sambut raya kita kena jaga kesihatan malah setiap masa jugak kena berada dalam keadaan sihat.. memang susah sebenarnya nak kekal maintain kan kesihatan dalaman ni, nak kawal emosi lagi la susah kan.. setiap wanita mesti ada masalah peruban hormon yang tak menentu ni, aku pun melalui situasi yang sama jugak. sebab tu aku nak memperkenalkan satu produk hormon homemade yang terbaik dari indonesia yang mengunakan bahan-bahan semulajadi dan boleh menyeselesaikan masalah hormon yang suka berubah-ubah tu.

Apa tu masalah hormon?

masalah hormon sering terjadi pada wanita, Hormon adalah badan kimia kecil yang bergerak bebeas di sekitar aliran darah untuk memberi rangsangan kepada organ dan jaringan tubuh agar menjalankan fungsi mereka.hormon ini berkerja keras untuk mempengaruhi kesihatan ada dalam banyak bidang. misalnya dalam bidang perkembangan dan pertumbuhan tubuh, sistem metabolisme makanan, fungsi seksual, fungsi kognitif dan mood serta suhu badan.


Saturday, June 17, 2017

Diary 2017 : Misi penyembuhan Luka (Jari Terbelah) Sebelum Raya

Salam Ladiess ♥

semua sedia maklum, aku dah up entry pasal ni pada 30 mei 2017 yang bertajuk Jari Seorang Blogger Terbelah Kerana Tin Susu telah mendapat sambutan bila view ratusan sepanjang tiga hari. mungkin disebabkan aku letak Blogger tu.  sebenarnya aku letak tajuk dengan perkataan Jari blogger tu, ialah sebab aku kan seorang blogger, bila jari dah luka macam mana nak menaip kan. that why la ada perkataan blogger tu, dalam masa yang sama dapat view banyak pulak.

sebenarnya bukan itu sebab aku nak update entry, aku nak buat misi penyembuhan untuk luka aku snediri, kira macam cabaran untuk aku, adalah aku capai misi untuk jari aku sembuh seperti sedia kala. sebab aku dah letak harapan yang tinggi untuk tengok luka aku sembuh. kalau tak aku taknak raya sambil kurung diri tepi langsir.


Bagi yang belum baca lagi, boleh teruskan membaca ya. mungkin anda jugak pernah melalui pengalamat pahit macam ni. atau anda boleh terus membaca pengalaman aku ni. ini pengalaman yang akan diingati selamanya mungkin, sebab parut luka pasti berkubur kat situ,. kalau parut tu hilang alhamdulillah sebab aku boleh melupakannya,

Friday, June 16, 2017

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah.. selesai dah blogwalking harini setelah sekian lama tak sempat nak round blog kengkawan.. harap dapat feedback balik lepas ni hehe.. sambil baca blog bloggers tetiba terjumpa giveaway ni.. aku pun terus join la.. harap ada rezeki la kat sini.. :)


Klik Banner untuk Join :)

Wednesday, June 14, 2017

SGShop Malaysia 10xRM100 shopping credit giveaway by Iman Abdul Rahim

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah syukur dengan kurniaan rezeki yang diberi sepanjang ramadhan tahun ni..semoga berpanjangan. inshaAllah. beberapa harini buzy sikit, sebab tu blog tak berupdate. tapi tak semestinya aku nak abaikan selamanya. hehe.. banyak peracangan yang dirancang, harap semua dipermudahkan.

kali aku hanya nak tapi entry giveaway, semoga ini pun sebagagian dari rezeki, jika dizinkan. jom la join bagi memeriahkan giveaway ni. sambil kita support sesama blogger. :)


Klik banner untuk Join :)

kalau menang giveaway ni aku memang dah wish listkan apa yang aku nak beli dengan nilai rm100. jom tengok, antaranya ialah :-

Friday, June 09, 2017

Hadiah Daripada Ezbuy Malaysia

Salam Ladiess ♥

Salam Ramadhan, semoga amal ibadah kita diterima dibulan yang penuh barakah ni. inshaAllah. kita pun dan hampir separuh bulan berpuasa. persiapan raya dah sedia ke? aku belum prepair apa apa pun lagi. mungkin simple dan penuh kesederhanaan raya tahun ni. hehe

lagipun dengan hadiah yang aku dapat dari ezbuy malaysia bulan lepas pun boleh pakai time raya nanti. Alhamdulillah ezbuy malaysia memang tak mengecewakan, sebab tarikh jangka sampai tu memang lambat lagi tapi aku pun terkejut tetiba barang dari ezbuy malaysia sampai depan pintu rumah.

Teruja tak kalau dapat barang macam ni, hati pun gembira tau, sejuk je mata tengok pink pink dihatiku ni.. hehe aku dapat semua barang sebab beberapa bulan lepas aku ada collaborate dengan ezbuy malaysia. bila dapat hadiah macam ni semangat nak terus menulis tu berkobar-kobar sikit la..tak gituw..

jom tengok apa yang aku dapat dari setiap inci.. :)

Menang Let's Bake with Yeo's Seri Kaya Contest!!

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah syukur, harini pemenang Let's Bake with Yeo's Seri Kaya Contest!! telah diumumkan harini. dan aku adalah salah seorang pemenangnya.. hehe tak sangka pulak boleh memang. aku hanya buat puding with yoes seri kaya yang tah tape tah.. but nice la kot. :)

aku first try buat puding with yeos seri kaya, dan resepi ni aku reka sendiri, kalau dah reka sendiri maksudnya aku main bantai buat jela tanpa fikir apa akan jadi seterusnya, sedap atau tak itu takpe, janji aku buat je, sebab ada alang² kena invite untuk join contest. 



ini lah hasilnya puding mangga seri kaya yang aku buat beberapa hari lepas, kalau nak tengok resepi boleh klik sini ya. senang dan mudah je bahan-bahan yang diperlukan. sesuai untuk juadah pemanis mulut berbuka puasa.

jom semak senarai pemenang Let's Bake with Yeo's Seri Kaya Contest!!

Thursday, June 08, 2017

Persiapan Rumah Untuk Hari Raya Yang Bakal Menjelang

Salam Ladiess ♥

Salam ramadhan, harap masih sempat nak up entry ni, biasalah di bulan puasa ni memang akan buzy sikit, kakadang masa tu jadi terlalu cepat, tambah pulak dah hampir separuh bulan berpuasa, mana nak fikir persiapan raya lagi kan.. persiapan untuk anak dan suami, kuih raya tu bagi aku senang je.. tunjuk-tunjuk dan siap.. hehe

Persiapan raya tahun ni kiteorang buat sederhana dan simple je tapi walaubagaimana pun tetap meriah sebab semua ada adik beradik akan berkumpul beraya dirumah mama. dan walaupun sederhana, kami adik beradik ada merancang nak ubah rumah mama jadi suasana yang baru dan fresh.


weekend ni, adik beradik lelaki dan menantu lelaki mama akan bertungku lumus nak cat rumah. colour apa aku tak pasti, sebab dorang yang plan semua ni. aku sebagai kakak sulung jadi pemerhati je. hehe

Tuesday, June 06, 2017

HAPPY ANNYVERSARY ! #2017

Salam Ladiess ♥

Serius la, macam mana aku boleh lupa pasal annyversary aku ni, padahal sebelum ni aku ingat je setiap tahun. ni baru tahun ke empat kot aku dah lupa tanpa sengaja. belum lagi tahun² akan datang, mungkin aku lupa ingatan terus.. kah! tak mungkin la takkan kot.. hehe

kalau tak mama tanya tarikh kat aku semalam, memang sumpah aku lupa.. tak nak dah lupa tarikh penting lagi lepas ni.. aku terkejut sendiri bila aku bagi tahu mama harini  6hb 6.. terus ingatan tu sampai and cakap kat mama.. alamak harini annyversary kak intan laa ma.. macam mana boleh lupa ni.. adoii. mama pun dengan poyo nya cakap.. nasib baik mama ingatkan.. ehh bila pulak ingatkan orang.. kehkeh.


sepanjang empat tahun ni banyak dan yang aku belajar menjadi seorang isteri dan ibu jugak untuk anak aku putera mikaell. itupun masih banyak lagi kena kaut ilmu sebagai isteri. lagi-lagi aku seorang suri rumah sepenuh masa. sepanjang menjadi isteri kena sentiasa redha semua ketentuan, menerima dengan ihklas.. inshaAllah itu akan membahagiakan. 💖

Monday, June 05, 2017

Resepi Puding Mangga Seri Kaya

Salam Ladiess ♥

Bila mood tengah rajin, macam macam nak masak, padahal bukan reti sangat pun, semuanya main boh je asal boleh, asal nampak cantik.. sedap atau tak tu cite no10. hehe harini aku nak share resepi yang aku reka sendiri dan mengharapkan ia menjadi di tekak siapa yang makan..

kali ni aku membawa yeo's seri kaya bersama dengan resepi puding manga aku. ianya macam ala ala puding caremel, tapi aku bawa kelainan sikit. dinama bahan-bahannya akan aku kongsikan kat bawah nanti. jom kita tengok jadi ke tidakk. gituw kan,.,


first try ni, kalau nampak ada tak kena tu, abaikan je sebab yang penting semangat mencuba tu lagi penting lepas nak makan pun bersemangat jugak. walaupun tak sedap mungkin. haha (belum try lagi, masa berbuka nanti baru buat pembuka selera)

yeo's seri kaya yang membantu aku supaya resepi ni lebih menjadi, serius, jom buat senang je sebenarnya.. tapi aku ada rasa putus asa jugak buat puding ni, tapi suami aku bagi semangat untuk aku teruskan, maka terhasil lah.

Friday, June 02, 2017

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom

Salam Ladiess ♥

Klik Banner untuk Join :)

Nyatakan barang yang ingi dibeli dengan nilai RM100 Shopping Credit tersebut.

Thursday, June 01, 2017

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Salam Ladiess ♥



Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?

SGshop adalah salah satu platform shopping online terbesar direct dari china yang telah menawarkan khidmat barangan yang murah daripada taoboa.com yang telah ditukar kepada SG shop untuk para pelangan di Malaysia. SG shop menjual pelbagai jenis produk seperti pakaian, kosmetik, produk kesihatan dan kecantikan, barangan elektronik, perabut dan pelbagai aksesori.  

#RAMADHANGIVEAWAY bersama SGShop Malaysia

Salam Ladiess ♥

Selasai dah berbuka puasa, baru ada mood nak jalan-jalan blogwalking sambil terserempak dengan giveaway and terus join. banyak dah jumpa giveaway shopping credit ni.. memang ohsem la kan kalau menang Rm100 untuk setiap 10 orang yang bertuah.. harap saya pun ada rezeki jugakk hehe

klik banner untuk join :)
Nyatakan barang yang akan dibeli di SGShop jika korang menang shopping credit RM100.

Mix Pasta Cheesy AlFredo Menjadi Pilihan Untuk Menu Sahur

Salam Ladiess ♥

Gigih tak tidor sebab nak masak awal untuk sahur nanti. disebabkan aku taknak makan nasi, aku kena masak dua menu untuk aku dan suami. aku sorang je nak makan mix pasta, suami macam biasa la dia tetap nak nasi, so, aku masak daging black paper.

tapi aku malas nak cite resepi daging black paper sekarang. sebab aku nak share kat sini adalah mix pasta cheesy alfredo. kenapa mix? datang mana mix tu kan? ni la aku nak habaq mai ni.. hehe mix pasta tu bermaksud, aku campurkan tiga jenis pasta dalam satu, iaitu spiral , shells dan macaroni.


nampak tak ada mix kat situ.. 
simple je la masak pukul 2am, mata mengantok.. lagipun tangan  tak boleh pegang ape-apa kuat kuat sangat sebab tragedi jari terkoyak semalam. baca sini . so, benda keras macam brokoli dan carrot susah nak potong. so hasilnya nampak pucat sikit. tak kisah janji sedap dan masuk perut aku sorang je. tapi aku masak lebih untuk putera mikaell jugak esok..