Monday, October 31, 2011

DIMANA KAU MENGHILANG ?



Assalamualaikum ^^
Morning blogger.. hari ahad ni ape plan korang ? opp ! tapi tak semestinya hari ahad plan yang menarikkan.. ye la mana tahu ada yang kerja kan. sapa yang kerja tu lily ucapkan selamat bertugas. Majukan diri untuk negara !.. hakhak. tapi jangan lupa sarapan dulu ok. 



Oklah bagi sesiapa yang cuti pada hari ni, ape perancangan ? mesti malam semalam dh rancangkan ape nak buat.. mungkin ada yang nak keluar jalan-jalan, jumpa sedara mara, shopping [i like it] , jumpa boyfie and girlfie. Lily dah tahu, itu memang dah jadi lumrah kehidupan dihari cuti. dan mungkin juga ada yang balik kampung semata-mata nak tengok ayam, kerbau, kucing, dan burung hantu untuk diberikan makan setelah 6 hari tak makan.


Tapi sebenarnya hari ni bukan lily nak cite pasal makan ke, jalan-jalan ke.. tak.tak.
hari ni adalah hari cuti lily dan myhubby, jadi lily mengambil keputusan untuk berehat dirumah dan mengemas rumah yang sememangnya tak bersepah pun. Tujuannya ialah untuk mencari 'kenet' a.k.a kura-kura (adik kecik) yang dah 3 hari hilang dan masih belum dijumpai.
Lily sedih.. sebab dia dah 3 hari tak makan.. dah merata lily cari diseluruh pelusuk rumah, celah bedah, jamilah pun tak de jugak... '' hai.. kenet mana kau menghilang ni, kak lily risau tau'' takut ape-ape jadi kat dia, kena himpap ke, tersepit ke, kau tu dahlaa kecik !


Mesti ada yang bertanya dalam hati, macam mana dia boleh hilang atau terlepas ?
Sebenarnya lily yang keluarkan dari tempat tido dia. (tampat tido dia special sikit,ada taman permain lagi..hehe).. lily memang suka lepas dalam rumah luas sikit diaorang nak main. lily kesian dia asyik tido je.. jadi lily lepaskan la. yang 2 ekor lagi abang dan kakak dia (dah besar tapak tangan lily, umur 2 tahun lebih) ada main pusing sana,jalan sini.. yang adik dia (kecik lagi, umur 1 tahun lebih) lily pegang sambil main-main dengan dia. kalau dia merayap lily mesti akan perhatikan. sebab dia tu kecik sangat senang masuk celah-celah.. sampailah lily dah letih , lily ambil dia tido ngan lily ,simpan bawah bantal dan lily lena.


Keesokan pagi lily raba-raba bawah bantal, tengok-tengok dah tak de.. alamak ! susah nak cari ni.. sebelum ni pun memang dan berlaku macam ni, tapi lily terus pi tempat tido dia, memang ada dia kat situ.. '' ai ! pandai pulak budak kenit ni balik tempat dia.. '' ?


Dan kali ni lain pulak ceritanya.. sampai 3 hari lily cari tak jumpa jugak.. mesti dia menangis keseorangan sebab berjauhan dengan abang dan kakaknya.. sedih !
sapa nak tolong lily cari kenit kesayangan lily ni, sila la datang umah lily ye.. di alamat No.88 setanggi wangi condo, kuala lumpok. (sedih tak abih lagi ni, kesian jugak..)


p/s: sunyi 'kenit' lily hilang, dialah tempat bermain dan dialah mengubat masa boring lily.. Tolong....!



Sunday, October 30, 2011

BEN ASHAARI & LYSSA SECRET : Antara dua blog..



Asalamualaikum ^^
Lily nak jawap Segmen pulak. Tengok bawah. 



1. Apakah persamaan yang korang boleh nampak di kedua dua blog ini ? 
= Persamaan antara dua blog ni ialah mereka berdua mempunyai blog yang cantik dan kemas. blog antara dua ni sentiasa mengandungi entri yang menarik. :)

2. Berikan pendapat bagaimana nak majukan kedua dua blog ini.Sebarang komen ?
= Antara dua blog sudah pun maju..kedua-duanya ramai follower dan memang glamer la :)

sekian.


p/s: nak join klik banner tu sebelum terlambat.


1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!



Assalamualaikum ^^


Selamat Petang yang hujan.. tadi lily belek blog orang yang cantik lagi comel bertambah berseri dengan entri yang menarik. lily singgah blog Mr.Baiz yang melancarkan 1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!! dan lily tetiba rasa nak join.. padahal sebelum ni lily tak pernah join GA ni.. Ni firts time.. Harap lily menang la ye.. tapi Banyak lagi reader blog yang hebat akan dipilih oleh Mr.Baiz . betul tak.. ^ 6



CARA-CARA NAK MENYERTAI GIVEAWAY NI : 
  • letak banner seperti di atas buat 1 entri yang bertajuk "1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!" dan link kan ke entri ini..
  • Follow blog Mr Baiz dan blog penaja di SINI  untuk update sepanjang giveaway..
  • kalau tak keberatan Like SINI sekali..*ecececeh...pomot sikit..hihi..jangan marah yer..
  • nak tag kawan-kawan lain pun amat digalakkan...lagi ramai lagi meriah..
  • 3 pemenang akan di tentukan dengan Random.Org.
  • tinggalkan link post anda di entry ini.
  • tarikh tutup penyertaan : 31 Oktober 2011
HADIAH-HADIAH YANG MENARIK MENANTI ANDA :

PEMENANG 1 
HOTPERFUME 20ML (2BOTOL) + 5 ML (4 BOTOL) + PERFUME KERETA GANTUNG (1) SPRAY (1) + AROMATHERAPY CONE (1 BUNGKUS) + CITRONELLA CONE (1) SPRAY (1) (Hadiah bernilai RM130)

PEMENANG 2 
HOTPERFUME 20ML (1 BOTOL) + 5 ML (3 BOTOL) + PERFUME KERETA GANTUNG (1) SPRAY (1) + AROMATHERAPY CONE (1 BUNGKUS) + CITRONELLA SPRAY (1)
(Hadiah benilai RM90)


PEMENANG 3
HOTPERFUME 20ML (1 BOTOL) +  5 ML (2 BOTOL) + PERFUME KERETA SPRAY (2) + AROMATHERAPY CONE (1 BUNGKUS) + CITRONELLA CONE (1)
(Hadiah benilai RM80)

p/s : Jangan lepas kan peluang.. sapa nak join klik kat banner tu sebelum terlambat.





Saturday, October 29, 2011

LILY DI TAG ?

Asalammualaikum ^^


Harini lily diberi tahu yang lily di tag untuk menjawap soalan. soalan ape tu ? ni la habaq ni ada si comel ni tag kat lily katanya lily kena jawap soalan-soalan dia.. macam peksa spm yang akan datang ni pulak.. pastu ada lagi, lily kena cari mangsa tag sampai 11 orang ni.. mana nak cari adik oi.. ok la jom kita tengok soalan-soalan yang dia tanya lily =,=>


Terma dan syaratnya.


1. you must post this rules
2. each person must post eleven things about themselves in their journal
3. answer the questions the tagger set for you in the post and create eleven new questions for the people who you tagged to answer.
4. you have to choose eleven people to tag and link them on the post
5. no TAG back okeh!

Tentang Lily.


1. Lily seoarang yang peramah..
2. Suka memasak.
3. Sayangkan binatang yang comel.
4. Suka ais blanded-cool blog.
5. Main layang-layang.
6. Setiap hari online.
7. Suka belanja orang yang rapat dengan lily.
8. Suka kek.
9. Ingin jadi jutawan.
10. Sayang MyHubby
11. Like black and Pink.


Soalan yang diberikan.. 

1)warna kegemaran???? 
= Hitam dan Pink.
2)antara ramai ramai kumpulan korea mana yg anda paling suka??
Girls' Generation(소녀시대) _ Oh
3)suka citerr koerea x?? berikan sebab knp anda x suka atau suka filem korea??? citerr kore yg paling korunk minat?
= Cerita korea ni biasa-biasa je.. tapi penah tengok cite korea + malaysia 
Tajuk : Kubur tak bertanda.
4)blog pilihan anda???
= Kupukupukecik.blogspot.com
5)calon gf/bf yg anda impikan ?
=MySayang
6)single or unavailable ??? terus terang oukey.. hahha
=Open In relationship
7)apa yg anda akn lakukan jika anda ternampak gf/bf anda dok keluar bermesra ngan owg lain?
=Kami cinta pertama belum ada yang curang.
8)benci binatang apa?
= Ba alip ba ya.
9)kalau lah korang ada banyak duit..,, anda akan ..... ?? sambong yerr
=Nak beli bmw 7 series dalam masa terdekat.. Doakan Lily.
10) jika anda ada kuasa pilih kuasa apa yg anda nk mcm boboiboy ke? apa?? hahahha
=Lily nak jadi butterfLy.. Cantik dan boleh terbang.
11)jeng jengggg.... cu bagi satu ajerrr contoh perkataan korea kalau lebih pom xpe....
=Lily memag tak tahu.

P/S : Amboi ! susahnye nak jawapan soalan adik comel ni. :)

Ok.. Ni soalan Lily. sapa-sapa yang di tag oleh lily sila jawap ye.. Senang sangat. 

1. Berapa umur anda ?
2. Apa nama sekolah anda ?
3. Anda mempunya kucing ? berapa ekor ?
4. Subjet kegemaran anda ?
5. Siapa cikgu yang paling garang kat sekolah ?
6. Anda suka nombor berapa ?
7. Sehari berapa kali anda makan ?
8. Apa nama kawan baik anda ?
9. Pernahkan anda tinggal solat ? kenapa ?
10. Bila kali terakhir anda menangis ?
11. Adakah anda sayang emak anda ? sebab ?

Mangsa yang di tag oleh lily.

Friday, October 28, 2011

Pernah Mimpi Tak ?

Assalamualaikum ^ 6
Selamat pagi Blogger.. Lily harap hari ni adalah hari yang bermakna untuk korang.. Semoga happy always. Pada yang tengah siap-siap nak pergi keje tu, jangan lupa sarapan dulu, kang sakit peyut masuk angin pulak.. 

Dan sebelum tu lily nak tanya korang ni, malam semalam korang semua tido nyanyak ke ? lena ke ? ada mimpi yang indah tak ? kalau ada mimpi yang indah yang best yang romantik meh cite kat lily.. kalau mimpi hantu lily tak nak dengar.. huu.. takut.. 
Okey la.. sebenarnya lily yang nak cite pasal mimpi pagi ni.. harap korang dapat baca dengan tenang sebab mimpi lily kali ni agak menakutkan sampai berpeluh gitu.,.
p/s : Entri kali panjang. lily harap korang akan dapat bersabar dan meneruskan membaca dengan penuh yakin ye ^,^
Jalan mimpinya berbunyi macam ni, malam semalam hujan lebat. lily tido awal. tah macam mana lily berasa macam di luar dari tido. Lily bertiga dalam kereta tu iaitu lily,bf lily dan adik lily [Intan Nur Ashikin]. Kitaorang dalam perjalanan pergi bercuti disebuah tempat peranginan di kawasan kampung. kami mencari Homestay diarea kawasan tersebut..

Dalam perjalanan petang itu, lily melilau melihat keindahan sebuah kampung yang nampaknya aman dan penuh keindahan suasana petang itu.. Angin bertiup kencang dan burung-burung berterbangan bersiar-siar. Setelah sampai di satu lorong masuk untuk menuju  ke Homestay kami lalu dikawasan perkampungan kecil dan agak jauh kedalam...

Hati lily dah rasa berdebar-debar, perasaan bercampur baur antara gembira dan takut. Bf lily perlahankan kereta.. biasalah masuk kawasan kamupung, mesti kena slow-slow kan.. mata lily belum puas lagi pandang kiri pandang kanan.. sampailah di satu simpang yang jalannya agak berbukit , lily ternampak sebuah rumah yang suram macam dah ditinggalkan. tapi lily pelik ada orang disitu seperti gayanya berborak-borak dan budak budak bermain.

Makin lama makin slow bf lily memandu kereta menuruni bukit dan lily pun berdebar-debar ternampak dua kujur manusia [suami isteri] yang telah terlentang di penjuru rumah tersebut. lily cakap dalam hati '' kenapa orang tua tu berbaring di situ ? '' dengan dedahan pintu terbuka luas terbentang ??? ianya menjadi tanda tanya didalam hati lily. - silent mode.

Akhirnya kami bertiga sampai dikawasan Homestay yang akan dijadikan penginapan untuk beberapa hari. lily naik keatas rumah papan yang dingin itu. sungguh sejuk disitu. bilik lily dan bilik bf lily betul-betul menghadap lautan yang membiru..
Hari dah larut petang kami perlukan istirehat sementara menunggu pagi untuk memulakan sesi percutian. selepas makan malam adik lily terus tidur. lily dan bf sambil berdiri di beranda menyedut dan menghirup udara malam disaksikan bulan dan bintang.. cehwahh !! romantik la konon..

Keesokkan pagi..
Terasa macam berada di NewZealand sejuk kemain lagi.. Lily siap-siap untuk keluar siar-siar  tapi bf lily cakap tunggu dulu. dia nak keluar beli sarapan disimpang hadapan. lily dan adik hanya tunggu disitu. kami berdua tak selangkah pun keluar dari rumah.. sambil jalan pusing satu rumah, belek sana belek sini.. tiba-tiba lily rasa seram sejuk satu badan. lily tarik adik lily yang masih kusyuk menelek barang-barang disitu.

Lily tanya adik lily 
Lily: dek , ko ada bau pelik tak ?
Adik : ada jugak, bau ape tu kak ?
Lily : akak tak tahu..
Adik : kak, jom pi sana ?
Lily : tak payah la.. dok sini sampai abang balik.
Adik :kak, bau ape ni ? pening laa...
Lily : tula, akak pun dah pening ni.. tapi tak pasti bau ape.. macam bau orang mati je..
[macam-macam bau sepeti keminyan , kapur barus dan wangian orang mati]

Kami dua beradik berpelukan, sekian lama menunggu sarapan tak sampai lagi.. hati lily dah tak sedap '' Kenapa lama sangat abang ni tak balik-balik lagi '' seluruh tubuh lily terketar-ketar macam dok dalam peti frozen ! lily dah tak boleh tahan lagi bau yang pelik dan busuk tu hampir menyesakkan dada. lily turun tangga hingga tegelincir entah selang dua anak tangga agaknya lily cuba mempercepatkan langkah.

Sampai saja di tingkat bawah lily terus menjerit kerana dengan tak disangka-sangka, sangkaan lily tepat ! dua orang manusia yang lily nampak petang semalam terkujur dihadapan lily dan adik.. sepantas kilat lily cuba jalan selangkah untuk mencapai pintu.. pabila tangan kiri lily mencapai tombol pintu tiba-tiba kaki lily dipegang oleh makhluk. dalam kekalutan lily kurang pasti sapa yang pegang.

Lily cuba tolehkan muka kepandangan 300c* nisbah 5 terus kebelakang.. lily dapati dua makhluk itu masih terkujur disitu. [Jadi sapa yang pegang kaki lily ?]
sambil menjerit meminta tolong, pintu tak dapat dibuka. hampir setengah jam kami dua beradik disitu. Bf lily pun sampai dan terus dapatkan lily dan adik yang dalam dilema.
bf lily cuba nak buka pintu tersebut tapi kunci tertinggal dalam kereta. ambil masa 10 minit. lily menjerit.. cepat bang ! ada hantu dalam rumah ni.......%%%%%%%%%!

Bf : sabar sikit.
Lily : cepat laa..
Bf : kenapa ? ape yang berlaku ?
Lily : Buka la pintu ni cepat... lily takut...
Bf : abang tengah cuba ni, tak boleh dari tadi.. pelik.
Lily sambil jerit-jerit dan tangan menggegarkan grill sliding door tu.
Abang ,  Lily nak bagi tahu ni , sebenarnya semalam lily nampak pakcik tu baring kat pintu rumah dia.. ru ru ru mah yang suram kat atas bukit sana.... Lily cuba gagah kan mulut untuk bercerita sambil bf lily mengodek-godek kunci di pintu grill tak bukak dari tadi.
tiba-tiba suara yang menakutkan bercakap dengan lily...

Makhluk 1 : kau jangan cuba bersuara ! sambil bangun terduduk dan matanya terbeliak tepat memandang lily.. [lily tak dapat bayangkan bertapa rupanya yang mengerikan]. Lily menjerit sekuat hati hingga ada seorang ustaz ke pak lebai ke lily tak peduli terdengar jeritan lily dan dia datang singgah dengan motornya... lily dah macam orang gila kat situ. menjerit tak henti-henti.. dan tup ! tup ! Ada orang peluk lily....dan bertanya kenapa jerit-jerit ?
tersentak lily berhenti dilamunan mimpi  ngeri sambil menitiskan peluh seperti berlari meroton 4 x 500 m !..

Astarafirullahalazim.. lily bermimpi rupanya.. sehingga sekarang lily tak boleh lupakan makhluk itu.. terngiang-ngiang di fikiran akan wajahnya yang menakutkan..
Allamdulillah lily dah selamat !!

p/s : Jika korang ada juga termimpi-mimpi.. meh cite kat sini.. tambah menarik lagi.. :) 

TUTORIAL >> DISABLE HIGHLIGHT

Assalamualaikum ^*
Tajuk tutorial kali DISABLE HIGHLIGHT. Maksudnya bila orang lain nak highligt ape-ape entri  yang korang buat mesti tak boleh... ok jom buat.
1. Log in > Design > Add a Gadget >Html/Jacascript 
2. Copy kod di bawah :

<script type="text/javascript">
function disableSelection(target){
if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route
target.onselectstart=function(){return false}
else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route
target.style.MozUserSelect="none"
else //All other route (ie: Opera)
target.onmousedown=function(){return false}
target.style.cursor = "default"
}
//Sample usages
//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body
//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"
</script>
<script type="text/javascript">
disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page
</script> 
3. Paste di ruangan html/javacript .
4. Then , SAVE.

TUTORIAL >> LETAK BORDER & BACKGROUND SERTA CENTERKAN SIDEBAR TITLE

Assalamualaikum ^*
Hari ni lily buatkan cara simple untuk Border dan Background for Sidebar Title.
dan lily sertakan dengar cara nak centerkan title sidebar..
ikut langkag-langkah dibawah :)

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widgets
2.Tick Expand Widget dulu.
3. Tekan Ctrl + F dan korang cair kod di bawah ini :
h2 {
4. Dah jumpa. Copy code ni dibawah dan paste dibawah code h2 { ok.

border:2px solid #000000;
background:url("url gambar")
Untuk centerkan pulak ikut cara dibawah.


5. Copy code dibawah dan pastekan disebelah code h2 { tadi ok.

text-align: center;
6.keseluruhannya akan menjadi seperti dibawah ni:


h2 {text-align: center;
border:2px solid #000000;
background:url("url gambar");
  font: $(widget.title.font);
  text-transform: $(widget.title.text.transform);
  color: $(widget.title.text.color);
  margin: .5em 0;
}
7. Siap, SAVE .
** OREN text-align: center;
** PINK boleh ubah saiz border mengikut kesukaan anda.
** BIRU tukan dengan warna kesukaan anda. Ambil Sini.
** MERAH letak url gambar. Cari sini.


p/s : senangkan.. Ok dah jadi cakap trimass kat lily :)

Toturial >> Centerkan Title Post

Assalamualaikum ^*


Tadi lily siapkan tutorial BORDER DAN BACKGROUND DI POST TITLE , sekarang lily sambung cara nak CENTERKAN TITLE POST pulak..
boleh ikut step dibawah ni ye.. sangat senang...

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widgets
2.Tick Expand Widget dulu.
3. Tekan Ctrl + F dan korang cair kod di bawah ini :
.post-title {
4. Dah jumpa. Copy code ni dibawah dan paste di sebelah code .post-title { ok.
text-align:center;
5. Siap, SAVE .
p/s : senangkan.. Ok dah jadi cakap trimass kat lily :)
untuk Buat Border dan Background DiTitle Pos klik sini

TUTORIAL >> LETAK BORDER & BACKGROUND DI POST TITLE

Assalamualaikum ^*

Untuk New Blogger yang nak pasang  BORDER DAN BACKGROUND DI POST TITLE boleh ikut step dibawah ni ye.. sangat senang...

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widgets
2.Tick Expand Widget dulu.
3. Tekan Ctrl + F dan korang cair kod di bawah ini :
.post-title {
4. Dah jumpa. Copy code ni dan pastekan dibawah code .post-title { ok.
border:2px solid #000000;
background:url("URL GAMBAR");
5. Siap, SAVE .
** Pink tukar saiz border yang anda suka.
** Biru tu boleh tukar dengan warna border yang anda suka. SINI 
** Hijau letak url gambar ok. SINI


p/s : senangkan.. Ok dah jadi cakap trimass kat lily :)
untuk Centerkan Title Post klik sini

Tutorial >> letak cute icon di tepi sidebar title


Assalamualaikum ^*
Jom letak gambar-gambar comel di title sidebar.. akan mencomelkan lagi blog anda.
ikut step bawah ni..

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widgets
2.Tick Expand Widget dulu.
3. Tekan Ctrl + F dan korang cair kod di bawah ini :
h2 {
4. Then , paste kod ini di bawah kod yang dekat atas.
background:url(url gambar);
background-repeat: no-repeat;
background-position:left center;
padding:5px 3px 0 30px;
}
4. Merah tu , Boleh tukarkan dengan URL GAMBAR ok. Disini.
5. Siap, SAVE .

Thursday, October 27, 2011

Tutorial >> BUANG IMAGE BORDER


Assalamualaikum ^*
Ada sapa-sapa yang blog dia ada image border.. 
kalau tak suka boleh buang ye.. ikut cara mcm ni ok..

1. Dashboard > Design > Edit Html > Tick Expand Widgets
2. Tekan Ctrl + F dan korang cair kod di bawah ini :
.post-body img, .post-body .tr-caption-container,
3. Lepas jumpa kod tu, nanti akan nampak kod yang ada kat bawah ni juga. 

.BlogList .item-thumbnail img {
  padding: $(image.border.small.size);
  background: $(image.background.color);
  border: 1px solid $(image.border.color);
  -moz-box-shadow: 1px 1px 5px rgba(0, 0, 0, .1);
  -webkit-box-shadow: 1px 1px 5px rgba(0, 0, 0, .1);
  box-shadow: 1px 1px 5px rgba(0, 0, 0, .1);
4. Merah tu , Boleh tukarkan dengan no 0 ok.
5. Siap  , SAVE .

sungguh-sungguh sayang :)

Assalamualaikum Blogger 17 tahun...

Hai.. ladies and gentleman dah bersedia ke nak amik peksa ni.. ada belek-belek buku ke.. asyik blogging je lily tengok.. harap-harap korang dah bersedia la ye.. jangan gelabah buat relex je. bukan ada ape-ape pun hanya jawap soklan-soklan yang di berikan je.. tak susah pun.. ^^


Tapi bile nak di ingat kan balik zaman lily spm dulu lagi dasyat kot.. yela zaman dulu mana ada bijak-bijak macam 17 tahun zaman sekarang.. hari pertama spm.. pagi-pagi lagi dah kalut nak pi cara makan, kononnya nak alas perut takut nanti lapa tak leh nak jawap peksa.. lepas makan dan-dan tu la nak amik buku baca, belek sana belek sini.. macam la masuk dalam otak tu.. budak baik konon.. padahal hampeh..


Bila loceng bunyi saja buat-buat lambat masuk kelas.. pastu terhegeh-hegeh nak cari pen dok taang mana pulak.. dok dalam kelas tercari-cari maje yang ada no angka giliran masing-masing.. sapa dapat nombor cantik.. ingat bagus sangat ke.. jawap peksa tah ape-ape.. pastu pengawas cikgu sekolah mana tah datang buat hebat ! jalan dari kiri ke kanan sambil hulurkan kertas soklan Bahasa Melayu.. Kami-kami pun berdegup jantung takut tak paham kertas soklan Bahasa Melayu tu.. 


Bila cikgu kata boleh mula.. Semua menadah tangan sambil berdoa '' ya Allah ya tuhan ku kau   berikan aku ketenagan supaya aku boleh menjawap soklan-soklan sebaik-baiknya '' Amin.
semua terus kusyuk menelik satu-satu soklan tu.. ada yang garu kepala, ada yang termenung kat tinggap tengok burung-burung terbang, ada yang terus letak kepala atas meja.. sambil memikirkan jawapan agaknya.. ''......asal aku perhatikan orang ni.. alamak aku pun tak tahu jawapan....''


Terlajak panjang pulak lily ni.. sambil teringatkan zaman spm dulu yang dah 10 tahun berlalu... Ape- ape pun lily doakan korang 17 tahun termasuk adik boy lily juga yang hadap spm 2011 akan sentiasa tenang.. dan anggap je soklan-soklan tu mcm kacang goreng...pisang goreng... petik jari... dan petik gitar.. :)


Ni dia lily sediakan doa penerang hati. baca setiap kali tak dapat jawapan..

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً 
مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

p/s : Sapa-sapa ada pengalaman manis masa first day nak amik spm boleh kongsi ngan lily.. mana tahu kenangan terindah dulu-dulu boleh menyerikan hari mendatang..
ChiLL :)