Tuesday, August 05, 2014

Info : Kepak Ayam Bahaya Untuk Wanita

Assalamualaikum ♥

Secara saintifiknya, daging ayam mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi untuk tubuh badan manusia. Tetapi, menurut Islam, daging ayam dapat memberikan banyak khasiat jika kita menjadikan daging ayam sebagai salah satu pemakanan kita. Menurut Islam, dengan memakan daging ayam, ia dapat memudahkan sistem penghadaman serta membetulkan imbangan cecair dalam tubuh badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras.

Bagaimanapun, tahukah anda semua bahawa ayam juga dapat memudaratkan diri kita terutamanya bagi golongan perempuan?

Menurut satu kajian, ayam yang diternak pada hari ini telah disuntik dengan cecair steroid bagi mempercepatkan pertumbuhan supaya dapat memenuhi keperluan masyarakat yang menggunakan ayam dalam masakan.

Kebiasaannya, para penternak akan menyuntik cecair steroid di bahagian leher dan kepak ayam kerana di bahagian itu wujudnya kepekatan steroid yang tinggi yang sudah sedia ada.

Oleh sebab tindak balas steroid yang cepat selepas proses penyuntikan, ayam akan melalui proses tumbesaran dengan cepat dan boleh memenuhi kuantiti jualan yang banyak di pasaran.

tengok memamg sedap sampai meleleh-leleh..

Ramai yang diluar sana amat menggemari ayam lebih-lebih lagi di bahagian kepak kerana isinya yang lembut dan mudah untuk dikunyah.

Tetapi, pada hakikatnya, bahagian kepak atau leher ayam amat bahaya kepada kesihatan seorang perempuan kerana steroid yang disuntik itu boleh menyebabkan pertumbuhan dalaman atau dipanggil sista (cyst).

Apabila seseorang perempuan itu menghidapai pertumbuhan sista, sista yang terdapat di dalam tubuh badan akan menjadi semakin besar kerana dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.

Jika pesakit menghadapi sista, ketumbuhan itu dapat dikeluarkan melalui pembedahan, tetapi ketumbuhan sista akan kembali ada sekiranya pesakit itu mengamalkan semula tabiat memakan kepak ayam.

Malah, ia mempunyai kesan yang lebih bahaya terhadap hormon perempuan kerana steroid akan lebih bergerak aktif dalam membentuk ketumbuhan sista dalam tubuh perempuan.

Tak salah untuk kita makan ayam tetapi, eloklah dikurangkan supaya penyakit yang serius dapat dielakkan. Bukan sahaja mendatangkan kemudaratan kepada golongan perempuan, seharusnya elok juga dielakkan untuk golongan lelaki. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.

 Credit : prince91.com 
Terima kasih sebab sudi baca entry ni.

Wednesday, July 23, 2014

Tak ada pun nama awak kat followers saya?

Salam Girl,♥

saya tidak tahu kenapa saya tak boleh nak masuk gambar dekat follower, so gambar tak ada bukan bererti saya tak menjadi follower anda. seperti disini :-

 

nah ambik ni sampai empat ketul saya print screen dari belog kawan-kawan kita yang saya sudah follow..

nampak tak? saya rajin blogwalking dan mengfollow kawan-kawan, serius ni. tapi memang tak keluar gambar muka macam yang saya print screen tu.

tapi 

kalau anda cakap ''Tak ada pun nama awak kat followers saya?"
sebenarnya ada, 
anda sendiri kena check sehabis-habisnya sebab nama saya sebagai follower anda ada di bahagian bawah sekali. kalau anda mempunyai follower yang ramai sampai beriban-riban, agak sukar jugak nak check satu persatu kan.. 
kalau follower masih belasan orang je boleh tengok saya sudah pun follow anda.
contohnya macam ni :-


nama saya kat bawah sekali kan. dan blogger lain yang tak ada gambar pun duduk dekat bawah jugak..

saya harap anda faham ye kenapa nama saya tak berada diatas sekali setelah menjadi follower anda. saya juga memang nak nama saya ada kat atas tapi nak buat macam mana, saya dah cuba masukkan gambar tapi tak boleh.. 

Kalau ada sapa-sapa tahu ada cara lain nak masuk kan gambar untuk follower silalah bagi tahu saya.

:) :)


Saturday, July 05, 2014

Sembang Petang : Kena Tahan Polis

Salam Ladiess,♥

petang ni kita sembang kosong je la ye.. sebab saya pun kosong idea nak buat entry panjang jela..
jom kita layan si gila kena tahan polis.

Sila menghayati sesebuah dramatis...


Mak : Lesen ! tolong beli santan !

Lesen : Lesen tgh main PSP la mak !


Mak : Otak ! tolong mak beli santan !


Otak : Otak tgh berak la , mak !


Mak : Kad pengenalan , tolong beli santan !


Kad pengenalan : Kad pengenalan tgh main facebook la mak !


Mak: Gila , tolong beli santan !


Gila: Ok , mak !

Dalam perjalanan, Gila ditahan polis kerana memandu melebihi had laju !

Gila : Ada apa , encik ?


Polis : Mana lesen ? 


Gila : Lesen tak ada dgn saya , dia tgh main PSP.


Polis : Kad pengenalan kamu mana ?


Gila : Kad pengenalan tgh main facebook.


Polis : Kamu tak ada otak ke ?


Gila : Otak tgh berak , Polis kenal keluarga saya ke ? Semua nama adik beradik saya encik tahu.


Polis : Awak ni gila , ya ?


Gila : Nama saya memang Gila. 



Ada jugak orang nama yang sentiasa disebut untuk keperluan asas..walaupun dialog lama tapi enjoy it.


Tuesday, June 24, 2014

Dairy Pregnancy : check up minggu ke 5 dan 7

Assalammualaikum.♥

ini adalah entry yang kedua saya tulis dalam blog mengenai pregnancy saya setalah saya disahkan hamil, tentunya perasaan gembira yang amat dan tak dapat nak di gambarkan.

kali pertama saya berjumpa docter semasa kandungan saya berusia 5 minggu, doctor scan kantung baby dah nampak, gembiranya ya allah.. tak pernah lagi saya buat benda berat sejak tu, makan pun saya berpantang. bertapa saya jaga kandungan yang masih baru ni, syukur.

sepanjang  tempoh kehamilan saya dalam minggu ke 5 tak ada alahan ape-apa pun , cuma saya rasa cepat lapar saja. tapi tak makan banyak pun, macam membazir sebab bila saya nak makan terus laju-laju suami pergi belikan untuk saya, tapi saya makan tak habis.

nampak macam bahagia suami isteri, sebab exited untuk umi daddy to be. :)


doctor suruh datang balik bila kandungan saya sudah 7 minggu, masa ni lah katanya saya akan dapat tengok baby bergerak bila scan. setiap hari saya tunggu untuk sampai ke minggu seterusnya.

sampai masanya,bila scan masih tak nampak  apa-apa pun, banyak kali doctor pusing-pusing kat perut saya, tapi tak nampak baby pun, siap doctor masuk scaner ikut bawah lagi tapi tak nampak jugak.

doctor tanya saya tadi ada kencing tak? saya cakap aah ada, mungkin baby tak nampak sebab saya sudah kencing sebelum scan, manalah saya tahu kan.. ini kan first time. huhu.. maka, baby pun tak timbul sebab tak ada support dengan pundi kencing saya.

dokter cuba lagi sedaya yang boleh.. tapi tetap tak nampak. saya sedih sikit sebab docter cakap takut kandungan saya tak jadi, terkedu kejap saya bila dengar doctor cakap macam tu. tapi saya tabah. saya redho dengan segala kemungkinan yang terjadi.

saya pun balik dengan keadaan kepala dah macam robot dok fikir apa akan jadi. tapi saya yakinkan diri saya yang kandungan saya kuat, tak ada masalah apa2 pun. semua akan sihat.


dalam tu menunjukan perut saya kosong, baby tak ada. kantung je ada. doctor cakap untuk memastikan kandungan saya jadi atau tidak adalah 50-50, saya dengar macam tu pun dah seriau.

saya banyak kan bersabar dan berdoa.

untuk keputusan seterusnya 2 week lagi iaitu kandungan saya masuk minggu ke 9, dan saya telah pergi checkup petang tadi, keputusannya sudah ada ditangan saya.. saya akan update lagi. insyaallah.

doakan saya ya.

*****

update : 7 january 2018
Disebabkan saya tak update keputusan bagi entry ni, ramainya yang PM saya mengenai entry ni.. sebab mereka juga mengalami masalah yang sama seperti saya..
so, segala jawapan saya da balas kat komen dibawah.. kalau ada apa2 soalan lagi boleh tanya ye.. :)

Wednesday, June 04, 2014

I'm pregnant

♥ salam ladiess,

syukur allamdulillah, i'm pregnant now! rasa seram sejuk nak teruskan menaip sebab memikirkan fizikal saya akan berubah tidak lama lagi.. syukur dengan kurniaan yang amat indah ini.

tak sabar rasanya saya nak lalui detik manis selama sembilan bulan.

setelah hampir setahun saya mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta dengan pengalaman yang cukup manis dan inilah saat membuatkan saya menjadi isteri paling bahagia apabila saya disahkan hamil. syukur ya allah.

kandungan saya masih baru. mulanya saya tak menyangka pun tapi saya telah lewat period seminggu terus laju-laju suami pergi beli prenancy test. sampai 4 jenis di belinya. punya exited kan.

saya bangun dari tido senyap senyap pergi toilet untuk test dan hasilnya positif. saya pun terus kejut suami dan tunjukkan prenancy test tu.. lepas tu banyak kali saya tunjuk kan kat suami. gembira sangat dan terharu. esoknya saya test lagi untuk pastikan yang ia betul-betul positif. tapikan pukul 4pagi saya bangun, pastu suami tersedar jugak, dia tanya saya nak pergi mana? then saya cakap nak pergi test, lepas tu suami cakap awal lagi tido dulu.. kahkahkah... punya tak sabarnya saya..

dua hari lepas test sendiri, saya ke naluri madical centre untuk check up yang pertama kali. doc scan kat perut saya.. doc bagi tahu kandangan saya sudah lima minggu. sekarang saya tengah taip entry ni kandungan saya sudah 6 minggu 3 hari.

mulanya saya macam terkejut jugak, sebab doc cakap saya dah 5 minggu, saya ingat dalam 3 minggu je..sebab sepanjang kehamilan saya, tak ada satu pun tanda menunjukan saya mengandung. sebab tu saya pelik, hanya kerana saya lewat period saja maka saya pun test.

syukur alhamdulillah yang tak terhingga dengan allah,kerana saya dikurniakan zuriat walaupun kandungan saya masih baru. terharu saya tengok dalam perut saya bulat kecik tu, anak ummi ada dalam tu..saya harap semua sudi mendoakan saya dan kandungan saya.

saya dan suami memang teruja sangat sebab bakal daddy dan ummi. tak sabarnya nak pikul tanggungjawab tu.

syukur.


Tuesday, May 20, 2014

Saya nak baby kembar :)

Salam Ladiess,♥

Hiihii.. baca tajuk pun dah nampak sangat terpengaruh dengan drama aku isterinya episod akhir tadi.. sebenarnya saya memang isteri kepada mikaell pun.. haha.. bukan mikael dalam drama tau. dah memang suami saya nama mikaell kan.. padan la saya tetiba teringin nak dapat baby kembar.

satu lelaki dan satu perempuan.. hah kau terlampaui batas permintaan kan.. huhu.. apa salahnya kan, mana tahu reziki saya dan suami.. insyaallah..


sebelum ni, memang saya dan suami teringgin nak baby kembar, tapi kami tak ada baka' pun sebenarnya.
hanya berdoa dan tawakal je :)

walaupun sehingga sekarang ni, saya belum dikurniakan anak lagi, tapi kami tak pernah berhenti berdoa.
saya berharap anda yang singgah ke blog saya ni sudi mendoakan saya dan suami.. insyaallah..

saya jumpa ayat ni kat google, tapi tak tahulah ianya akan berkesan/mujarab atau tidak, yang pastinya kita sebagai manusia harus berdoa dan terus berusaha. jika diizinkan oleh Allah manalah tahu kan.. Amin.

Terima kasih sudi baca.

Monday, May 19, 2014

Outdoor Of The Day : 06 dan 08 June 2013

Assalammualaikum.

Hari ni masa terluang untuk saya update outdoor part dari perkahwinan saya. tapi banyak gambar-gambar dalam entry ni, harap anda tak bosan tengok muka saya.. huhu

Shoot Masa Nikah
Shoot Lokasi : Taman Empangan Batu.
Sebenarnya ada banyak lagi, tapi saya malas nak pilih sebab banyak sangat.. hehe dua helai pun boleh kan..

Shoot Masa Sanding.
Shoot Lokasi : Taman Layang-layang.
masa kita orang shoot outdoor kat sini, ramai jugak pasangan pengantin, semua cantik-cantik belaka tau, jeles iolss hehehe..

 Dalam taman tu pun ada pengantin buat majlis jugak, nampak khemah kat belakang tu, bukan saya punya tau.. hhuhu..
Ni kat atas jeti, banyak lagi pilihan gambar tapi ini je yang ada dalam destop, terus malas nak cari lagi. pun boleh kan.

masa kami tengah shoot datang dua pasangan pengantin sapa' kami, then kami shoot sekali.. yeayy seronok kawen ramai-ramai.
pengantin perempuan ni, budak sekolah saya dulu.. tapi adik-adik la.. dia yang cuit tangan saya dan kenal saya.. hehe mungkin sekarang dia sudah ada anak.. saya belum lagi.. insyaallah jika diizinkan.

suka gambar ni, gambar ni masuk dalam pakej photografi untuk frame.
Okey, samapai disini saja entry bergambar kali ni, insyaallah saya akan akan update next entry for bertandang.

terima kasih sudi singgah blog saya.



Thursday, May 15, 2014

Review Beauty : A-DHA Skincare

Salam Ladiess

Pernah dengar tak dengan skincare yang super best ni? Adha Skincare. pernah kan. best kan. siapa yang pernah guna skincare ni mesti tahu bertapa ajaib dan keberkesanannya.

Saya jadi penguna adha sejak september tahun lepas dan sehingga hari ni.. hasilnya memang berhasil kat kulit saya.. sebelum saya pakai adha, saya review semua blog yang cerita pasal skincare ni, ada juga yang takut nak guna, ada yang mendapat hasil yang memuaskan.

saya hanya memandang kepada positif sahaja, apabila saya tengok penguna lain mmendapat hasil yang superb, terus laju-laju saya mendapatkan.. memandang jenis kulit saya tidak banyak masalah pun, cuma kadang-kadang tumbuh jugak jerawat degil tu seketul dua.

Saya mengunakan set pink dan serum vitamin c,vitamin e dan collagen.
Dalam seminggu sudah nampak kesan pada wajah saya.
masa mula-mula dulu saya extited sangat sampai tak ikut step.. sepatutnya pakai sabun dan serum dulu untuk tiga hari.. bagi menatural kan kulit. tapi saya hemtam pakai semua skali gus.. maksudnya siang guna sabun,serum dan krim siang, malam guna sabun, serum, dan krim malam. skali gus la tu kan. 
tak sabar punya pasal.
Sejak saya jadi pengguna tegar adha skincare, belum pernah lagi saya melanggar peraturan,sebab saya takut tak mendapat hasil yang saya nak.. pantang dia adalah dalam masa rawatan dilarang mengunakan mekup, bedak compack atau losse powder. ya. saya mengikut semua langkah.
memandangkan saya bukan jenis suka bermekup sakan pun, jadi senang la kan saya untuk mengikut peraturan.
no filter. no bedak.
saya hanya pakai eye liner dan maskara  sahaja.. kadang-kadang rasa nak mekup jugak tapi tak pernah pakai bedak.. dah terbiasa sebab dah nak hampir setahun guna adha.
saya tak dapat nak cerita sangat apa yang berubah kat wajah saya, sebab saya memang dah berkulit cerah ciptaan tuhan,syukur ya allah. jerawat tumbuh pun seketul dua itu pun bila nak datang bulan baru dia wujud. cuma sebelum ni kulit muka saya sangat kusam dan tak bermaya, lepas tu liang roma besar.. tapi sekarang alhamdulillah segala menjadi nyata.
Bagi yang berminat nak mencuba Adha Skincare ni boleh terus whatassp 013-3675584
harga satu set rm100 free postage.
10 0rang yang terawal akan mendapat free 1 pair lens, sila mention Intan Saffyna for order.
Terima kasih sudi baca.

Tuesday, May 13, 2014

Benda Paling Sayang

Assalammualaikum ♥

Sedihnya. Betul-betul tak sangka barang paling saya sayang akan retak seribu. memang dah tak terungkap dengan kata-kata, menangis pun tak. tapi sedih yang amat.


tah macam mana boleh tergolek berkecai retak sejuta pulak tu. tinggal kenangan. tapi saya still guna lagi.. saya lalai,salah diri sendiri, tapi sebenarnya dia dah merajuk dengan saya, sebab saya cakap depan dia nak tukar iphone 6 bila adik saya cakap dah keluar. macam tu sekali dia marah kat saya.

teruk dan ngeri bukan??
hancur harapan nak pakai lama-lama iphone 5s ni, memang cakap nak tukar iphone 6 tapi tak mungkin dalam masa terdekat ni, sebab mahal kan..nak dapat ihpone 5s ni pun dengan restu suami, kalau tak, memang kempunan betul saya. memang tak dapat nak nak maafkan diri sendiri.


tengok, retak dia makin lama-lama turun kebawah.. sayangnya kat dia.
tak palah. mungkin dapat jugak saya nak pakai iphone 6 kot.. hehe sebab tu dia pecah laju-laju.. padahal boleh je tukar screen iphone tu kan..

nak balas wechat dengan suami sambil beli lauk pun dah segan, sebab makcik kedai tu tengok-tengok handphone saya.. sedihnya.

terima kasih sudi baca.

Sunday, May 11, 2014

The Wedding Reception Day : 8hb June 2013

Assalammualaikum.♥

Semoga mendapat berkat hari ini sebab saya tengah mengupdate entry hari perkahwinan saya.
semuanya Entry Bergambar banyak-banyak.. harap tak ada yang bosan ok.. bagi yang belum tengok entry akad nikah saya, sini.


Butik Pengantin Leny Martini.
Bercadang nak mekup kat butik, tapi saya tak sempat pergi sebab pagi tu ada sesi marhaban,saya sibuk jugak pagi tu. maka MUA saya datang ke dewan untuk mekupkan saya.

Memang saya request tak nak mekup tebal, biar nampak natural gituw.. dan hasilnya memang memuaskan.


Rombongan suami datang diiringan budak-budak silat dan kompang. pengapit adik lelaki saya.
Masa ni saya sangat la gementar bila berjalan untuk bersalam dengan suami. bila dah salam cium tangan suami terus rasa nikmat bahagia.




suami dan isteri tengah otw jalan masuk dalam dewan tapi ada je suara-suara yang suruh berhenti salam dulu.. memang  macam tu ke? sebab ada yang kata tak payah pun.. kejap lagi boleh salam.. tapi tak kisah lah.. hehe


Bahaya budak-budak silat, sampai nak terkena pengantin tau.. hati-hati sikit ye.. hehe

  
   My Beloved Friends, ada yang nak balik awal dan sempat bergambar. Nurulain8888 pun turut hadir tapi tak sempat ambil gambar jugak. 
Hanafi Catering



Time makan beradap saya tak makan nasi pun.. minum sikit dan makan puding sikit, itu pun time nak bergambar.. tak dan kan.. huhu
sesi potong cake, tapi cake lari tema..pun boleh..




Sesi bergambar dengan family dan semua saudara yang hadir.
 Family kecil saya, tanpa mereka siapa lah saya di majlis perkahwinan sendiri.. Terima kasih mama,baba dan tiga orang adik saya yang bertungkus lumus menyediakan persiapan untuk majlis saya. sayang ketat-ketat sampai mati.
Family sebelah mama saya, satu kampung hadir untuk majlis saya, syukur ya Allah. Hanya tuhan yang akan membalasnya.. 
Family sebelah baba saya, sebenarnya ramai lagi, tapi ini antara wakil yang hadir.. terima kasih kerana memeriahkan majlis saya.
Family Mertua saya, ini keluarga besar suami. terima kasih sebab hadir di majlis perkahwinan kami suami isteri.. jauh-jauh datang untuk memberi kebahagian bermakna dalam hidup kami.


Syukur Ya Allah selesai jugak majlis perkahwinan kami, betul-betul tak sangka kami dah kahwin, kami dah menjadi suami dan isteri. rasa macam baru je kami berkenalan, rupanya sudah hampir 5 tahun hubungan kami.. pelbagai rintangan yang kami lalui, susah senang pahit suka duka semua kami telan bersama..dengan perlahan-lahan kami merancang, kami membuat strategi, kami mengatur kewangan, dan akhirnya kami sampai kejinjang pelamin.
Syukur Alhamdulillah, rasa sebak terharu bila taip last part ni,(kesat air mata) tak boleh diungkapkan dengan kata-kata bertapa saya tak sangka dengan kuasa Allah kami mampu. Allah. Alhamdulillah.
Semoga ikatan ini akan kekal hingga ke syurga, itu impian saya. Amin.
sekian,
 Terima kasih sudi baca. Next entry Outdoor part.