Monday, November 28, 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

Salam Ladiess

Klik banner ☝ untuk join! 

Bagaimana nak join GA ni ? mudah je!
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. WAJIB FOLLOW blog Jari Manis : Travel List dan Scdha Sein Photo And Travel
2. BUAT dan PUBLISH satu entri bertajuk 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Tracel'
3. TAMPAL BANNER penyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.
4.TAG sekurang-kurangnya seorang rakan blogger atau lebih.
5. JANGAN LUPA tinggalkan link pernyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.
6. Nota Penting : Pastikan follow syarat 1-5. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, penglibatan TERBATAL.

Tag : Fatin Days , Mis Diarios ,

INGAT!!! Tempoh penyertaan dari "07 November 2016 hingga 07 Disember 2016 sahaja"


Sunday, November 27, 2016

my self and blog

Assalamualaikum
terima kasih yang tak terhingga sebab sampai ke harini masih lagi ada yang sudi singgah follow dan baca entry blog ni. sebagai perkenalan nama aku Intan Saffyna, umur aku.... sila baca sampai habis.. aku akan selitkan di penghujung cerita.

Aku mula libatkan diri dalam dunia blog ni since may 2011, masa tu aku hanya banyak update cara buat blog dan coding, sebenarnya aku pun baru belajar. maka lahirlah beberapa tutorials. ada jugak aku copy paste orang lain dan aku creditkan. dalam masa yang sama aku banyak join contest, giveaway , dan segman untuk tingkatkan trafikk blog sambil support kawan² dalam berblogging.

dalam pertengahan 2012 aku mula serius dalam berblogging, aku cuba masukan cerita aku dalam blog ni, kisah yang selama ini aku sorok dalam hati, rupanya blog adalah tempat yang boleh aku luah segalanya. boleh pergi kat entry yang lepas, tapi banyak dah yang aku edit disebabkan faktor tertentu.

Friday, November 25, 2016

Sifat Terpuji Manusia Ciptaanya

Assalamualaikum ♥

Salam Jumaat.
Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.

Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.


Comel kan..kan..kan.. :D 

Thursday, November 24, 2016

Info : Keistimewaan Kunyit

Assalamualaikum ♥

Khasiat Kunyit 
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.

Melancarkan Perjalanan Darah
Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.

Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan 'gas' atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam.

Kunyit amat sesuai ditanam disekeliling rumah dan jika rajin boleh digunakan sebagai sumber pendapatan sampingan. Di Malaysia, kunyit yang digunakan banyak diimport dari negara luar. Pengeluar terbesar kunyit di dunia adalah China, India dan Indonesia. Sebagai peringatan jangan guna kunyit serbuk, kerana ini mungkin telah dicampur dengan pewarna kuning yang diberi nama TETRAZINE yang boleh menyebabkan alahan. Gunakan kunyit hidup. Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.

Kunyit ditanam di mana-mana. Di negara-negara Timur, kunyit digunakan sebagai pengganti saffron dan warna kuning(digunakan sewaktu menggoreng ikan dan ayam) dan sebagai ubat di negara seperti China, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia ia ditanam dan boleh didapati tumbuh meliar di merata tempat. Kunyit (Cucurma domestica) adalah tumbuhan yang tumbuh sepanjang tahun. Menurut WHO, kunyit merupakan tumbuhan ubat-ubatan yang paling banyak digunakan di dunia.

Monday, November 21, 2016

Majlis Akikah Putera Mikaell Danish #2015

Salam Ladies.

Permulaan baru bagi aku setelah menjadi umi officialy . walaupun apa yang aku nak taip ni adalah #trowback disebabkan baca sini. tapi aku tetap jugak nak memenuhi blog ni.hehe. 
entry ni mungkin banyak gambar kot. :) jangan cakap kakak tak payung ye.. 
Selepas habis je tempoh berpantang 60hari, 29 March 2015 aku buat majlis akikah my prince. banyak persiapan kena buat sebab first time dalam family aku buat kenduri akikah. sebab anak aku cucu sulung.

Majlis sederhana je tapi meriah dengan kehadiran keluarga kedua pihak,kumpulan marhaban,jiran-jiran dan rakan. sambil taip sambil review jugak, jadi teruskan membaca tau.
kad jemputan ditempah khas untuk para hadirin. rekaan yang simple but nice. tema biru.
boleh tempahan sini. ig : rikochikato creative design.

Saturday, November 19, 2016

Tips : Kecantikan Wajah Dan Tubuh Badan

♥Salam Ladiess,

Dalam dua bulan terakhir ini, bumi sedang mengalami perubahan suhu, menyebabkan perubahan cuaca menjadi lebih menentu, kelembaban udara pun bertambah. Sinar matahari langsung menembus kulit kita. Ultra violet yang diserap kulit kita pun bertambah banyak. Regenerasi kulit akan lebih aktif. Pada saat ini kita sebaiknya lebih care untuk merawat kulit kita, sehingga kondisi kulit tetap terjaga, mencegah penuaan dini dan menjaga kesehatan kulit. Bagaimana cara merawat kulit menghadapi perubahan cuaca ? Berikut beberapa tips untuk merawat kulit wajah dan tubuh:

Tips-1: Bersihkan kulit dengan lembut 
angin semilir menerpa wajah, membuat kita merasa nyaman, tapi menyebabkan debu dan kotoran menyumpat pori-pori kulit kita, menambah tebal tumpukan sel-sel kulit mati serta kotoran di kulit kita. Oleh sebab itu perawatan kulit yang paling utama adalah bersihkan kulit . Jika kulit dicuci tidak bersih, maka tumpukan sel-sel kulit mati akan bertambah tebal, muncul komedo dan jerawat, hal ini menganggu penyerapan vitamin & nutrisi bagi kulit. Oleh sebab itu menjaga kebersihan kulit adalah hal yang paling utama.

Untuk kebersihan kulit wajah, pilihlah pembersih wajah yang tidak menyebabkan alergy pada kulit wajah, tidak mengandung bahan kimia yang berbahaya dan sesuai dengan jenis kulit anda.

Selain itu sesuaikan juga pembersih kulit dengan keadaan kulit kita, misalnya pada saat kita menggunakan make up tebal, pembersih kulit yang digunakan haruslah yang dapat membersihkan sisa-sisa make up dengan sempurna. Pada saat kita tidak menggunakan make up, pembersih yang digunakan dapat lebih ringan. Pada saat kondisi kulit berminyak & pada saat kulit kering, gunakan pembersih yang berbeda untuk kedua kondisi tersebut.


Tips-2: Menjaga Kelembaban Kulit 
Indonesia termasuk wilayah beriklim tropis dimana suhu udara rata-rata termasuk tinggi.Sinar matahari yang menyengat dapat merangsang kelenjar minyak bekerja lebih aktif, namun kulit sering mengalami dehidrasi. Oleh sebab itu sebaiknya pilihlah produk perawatan kulit yang memiliki kandungan air yang tinggi untuk menjaga kelembaban kulit, mencegah dehidrasi kulit dan mencegah penuaan dini.

Tips-3: Gunakan Scrub Secara Teratur
Kotoran dan sel-sel kulit mati yang menyumbat pori-pori kulit, menyebabkan kulit tampak kusam dan tidak dapat bernafas lega serta mengurangi kemampuan kulit untuk menyerap nutrisi. Untuk menghindari hal tersebut, gunakan SCRUB atau LULUR secara teratur. LULUR atau SCRUB berfungsi sebagai amplas, yang mengangkat kotoran serta sel-sel kulit mati dengan sempurna, membuat kulit dapat bernafas lega &mampu menyerap nutrisi dengan optimal,serta merangsang pertumbuhan sel kulit baru lebih cepat. Kulit akan tampak bersih dan bersinar.
Gunakan Scrub atau LULUR dari bahan-bahan alami yang aman bagi kulit dan tidak menyebabkan alergi.

Tips-4: Gunakan Bahan Kosmetik 
Pembantu Jika kondisi kulit wajah atau tubuh Anda dalam kondisi kurang sehat, misalkan berjerawat, kusam atau terlihat kerutan dini, maka beberapa alternatip kosmetik perawatan atau pengobatan kulit bisa digunakan untuk mempercepat penyembuhan atau pemulihan kondisi kulit Anda. Perlu diingat bahwa pemakaian jenis kosmetik perawatan atau pengobatan kulit tidak disarankan untuk pemakaian dalam jangka waktu yang lama untuk menghindari efek pemaksaan pigmentasi kulit. Setelah masa pemulihan, perawatan lanjutan dapat dilakukan dengan penggunaan mild soap atau bedak pelindung lain.

Tips-5: Hindari Sinar Matahari secara Langsung
Untuk menjaga kesehatan kulit sebaiknya hindari sengatan sinar matahari secara langsung, gunakan produk perawatan kulit yang mengandung SPF. Sesuaikan tingkat SPF dengan kebutuhan kulit anda. Jika anda beraktifitas di udara terbuka (outdoor) gunakan pelindung sinar matahari dengan tingkat SPF yang tinggi, tetapi jika anda berada di ruangan , tidak terkena sinar matahari secara langsung, gunakan pelindung sinar matahari dengan kadar SPF yang rendah. Kadar SPF yang tinggi memiliki kandungan minyak yang lebih tinggi sisi buruknya adalah menyumbat pori-pori kulit sehingga menghalangi kulit untuk bernafas lega. Jadi hati-hati memilih pelindung sinar matahari, kadar SPF yang tinggi belum tentu sesuai untuk jenis kulit anda.

Tips-6: Perawatan dari Dalam
Untuk mendapatkan kulit yang sehat dan cantik bukan hanya mengandalkan perawatan dari luar saja namun perlu diperhatikan juga perawatan dari dalam. Kulit juga memerlukan nutrisi, makanan yang banyak mengandung vitamin A, C, dan E sangat baik bagi kulit, selain itu istirahat cukup dan olah raga juga akan membantu pertumbuhan kulit dan berpengaruh pada kondisi kulit. Tidak ketinggalan minum air putih, karena air adalah faktor yang sangat penting untuk menjaga kelembaban kulit, dan mencegah penuaan dini .

credit : info cantik 

P/s: Agar tips disini dapat di kongsi bersama ♥



Thursday, November 17, 2016

Pengalaman Bersalin | #Part 2

Salam Ladies

continue : Pengalaman Bersalin #part 1
harap takde yang bosan sebab entry ni sangat panjang. sangat ehh :)

malam tu,
aku solat hajat sepaya urusan bersalin aku dipermudahkan,aku minum banyak minyak kelapa dara bagi bukaan buka. berdoa. tak tidur aku malam tu, ada la terlelap kejap. fikiran aku terganggu, tapi aku tabahkan hati, aku redha demi baby kandungan aku.. berserah pada Allah disetiap ape yang akan berlaku nanti mesti ada hikmahnya.

23 January 2015
Aku overdue 1 hari.
Bangun pagi,solat subuh berdoa banyak banyak.. baca ayat ayat untuk mudah bersalin. bersiap, barang kelengkapan baby dah siap masuk dalam kete dari semalam lagi. sarapan sikit tapi takde selera pun. sebelum keluar rumah, salam mama baba, mintak maaf segala salah silap. mintak restu kedua ibu bapa. mintak mama doakan semoga aku dipermudahkan bersalin dan aku baby sihat.

23 January 2015 | 9.00am
Tenang je aku melangkah keluar dari rumah otw ke hospital GMC.malas nak fikir yang aku ni kejap lagi bakal kena bedah perut. Demi baby yang dah lebih satu hari dari jangkaan aku sanggup. haha

sampai hospital, paking kete tapi tak masuk lagi, duduk dalam kete bincang lagi ngan suami, aku keliru betul ke aku kena bersalin jugak harini?? sebab memang takde tanda tanda yang menunjukan aku kena bersalin. sakit pinggang pun takde. 

23 January 2015 | 10.00am
Aku masuk jugak lah,lepas tu semua orang yang ada kat situ tengok aku,macam aku ada buat salah.. tak tau la kalau dorang tengok aku dah siap dengan pakai batik dari rumah lagi tapi jalan macam biasa sambil gelak gelak dengan suami aku. macam takde sakit nak bersalin pun. 

Jumpa dr.zana, dia tanya aku harini dah bersedia ke? aku jawab je dah. hehe mula rutin dia check aku sana sini,check jantung baby.. doc kata jantung baby masih stabil. syukurlah. risau dia takut baby lemas gara-gara aku mintak satu hari lagi sebelum deliver baby. sini.

Bincang lagi ngan doc, oleh kerana keadaan baby masih lagi okey masa tu, dia kata kita cuba sehabis baik dulu untuk bersalin secara normal. aku suami setuju je..da tak kisah dah demi nak baby dalam keadaan baik dan selamat, czer ke normal ke mana mana pun okey. 

lepas tu doc panggil sorang nurse dia untuk masukan ubat untuk cuci usus, supaya aku senang nak berry sebelum bersalin. dok tak dan 5 minit aku dah berryy dah.. mujarab betul.

23 January 2015 | 11.45am
induce labor 
Disebabkan aku takde tanda-tanda nak bersalin, doc bagi ubat untuk mencetuskan kelahiran supaya aku diserang conctraction dan jalan cepat bukak,boleh bersalin secara normal. dr.zana bagi aku ubat telan 2bijik, lepas tu dia masukkan ubat kan kat missv taktau la berapa biji lupa pulak nak tanya. 

lebih kurang setengah jam dr.zana datang balik kat aku nak check bukaan. aku yang takde rasa ape-apa ni buat relax je. bukaan tak buka. tak puas hati dr.zana masukan ubat lagi. aku tunggu lagi setengah jam,nanti doc datang check bukaan.

aku tunggu dalam bilik ctg sebab bilik yang kiteorang tempah tu dalam servis.macam hotel pulak main order-order bilik. haha. aku still tak rasa apa-apa. dalam hati ni dah macam2 doa aku baca supaya cepat bersalin. 

dr.zana datang lagi check bukaan katanya baru buka 1.5cm. aku macam happy jugak la.. kot la aku boleh besalin normal. 
aku first time kena masuk jarum kat tangan, dahlah tangan bengkak urat memang tak nampak la kan.. sakitnya adoi mak..tapi aku tahan sampai meleleh air mata. hahaha mana taknya dua kali keluar masuk jarum cari urat tak jumpa. 

23 January 2015 | 1.00pm
Bilik dah siap,aku di ward. makan tgh.hari, rehat kejap sebab suami nak pegi solat jumaat, setiap 1jam dr.zana akan datang untuk check bukaan. dengan harapan aku boleh bersalin normal. tapi still sama bukaan masih sama 1.5cm walaupun dah 3 jam berlalu.

23 January 2015 | 4.15pm
Nurse datang bawak mesin ctg nak check jantung baby. masih lagi dalam keadaan stabil tapi macam dah lemah. lepas tu aku jalan pusing pusing kat ward kengkonon nanti baby turun boleh cepat beranak.. tapi conctraction belum ada lagi. teringin jugak aku nak rasa conctraction tu yang orang kata kalau sakit time conctraction boleh sampai guling-guling.

23 January 2015 | 5.00pm 
Time ni aku rasa badan aku macam lain, macam berdenyut2 tapi tak kuat denyutan tu dan tak sakit. Dr.zana datang nak check bukaan lagi. still sama. doc pesan supaya aku berhati hati pelbagai kemungkinan boleh terjadi. katanya aku kena buat keputusan sekarang sama ada nak czer atau terus menunngu bukaan buka. tapi baby dah macam tak boleh tunggu lagi. takut lemas. keputusan ditangan sendiri. 

seram betul dengar. 

23 January 2015 | 5.50pm
Dr.zana masuk bilik aku tengok aku tengah borak-borak ngan suami aku sambil duduk kat hujung katil sambil goyang kaki. doc yang cemas aku yang tenang.. nurse datang check ctg baby dah makin laju. aku kena buat keputusan segera. tanpa banyak bicara sangat aku suami kata okey, terus nurse bawak borang czer untuk sign tanda setuju.

terus nurse 2,3 orang uruskan aku sebelum aku ditolak masuk ke bilik bedah. 

23 January 2015 | 6.45pm.
Suasana terus jadi sunyi.aku duduk kat kerusi weelchair ditolak oleh nurse menghala ke bilik bedah.suami aku follow dari belakang. kesian suami aku tak dapat nak tengok aku bersalin dalam labour room. bilik bedah tak boleh masuk. melainkan aku dr.zana tukang bedah aku , pakar injection, dan staff nurse pembantu dr.zana.
Sampai depan pintu dewan bedah ni, sebelum masuk aku peluk dan salam suami dulu, mintak dia ampunkan aku halalkan segalanya.. sedihnya.. macam nak mati dah rasa time ni. tapi aku seorang yang tabah. :)

23 January 2015 | 7.05pm
entah apa pakar inject tu sapu kat belakang aku,macam cecair,sejuk pulak tu.. lepas tu dia terus inject terkejut aku tau. nasib baik tak terberanak.. sakit oi. tetiba aku dah kebas tak rasa sakit dah.
Suami aku kat luar hanya dapat tengok kat cermin kaca kecik kat pintu tu je.. aku lambai lambai je suami aku dari dalam. aku tengok muka suami aku macam sedih, sebab dia sedih tengok aku terbaring nak kena bedah. :'(
sambil baring aku berdoa semoga dipermudahkan proses pembedahan ni, semoga baby aku selamat dilahirkan. sambil mendengar alunan surah yassin yang dipasang..aku hanya diam dan merelakan je segalanya. pakar inject tu dok buh macam2 kat tangan aku, cucuk sana cucuk sini. sakit? aah memang sakit. sebab bius hanya daripada dada sampai ke kaki.
aku memang sedar dan dengar apa yang belaku, dr zana suruh aku tenang dan tido tapi aku sekali pun tak boleh lelapkan mata. aku hanya nak tunggu baby aku selamat dikeluarkan, itu saja.
gambar ini aku letak effect sikit,kang ada yang pengsan tengok darah banyak-banyak. suami aku yang duduk depan pintu tu menyaksikan segalanya yang berlaku.gambar dan video suami aku record untuk aku tengok balik. semuanya diatas keizinan doc yang merawat aku tu. rezeki aku dapat tengok diri sendiri kena opration. thanks dr zana. 

suasana sejuk giler, aku yang sedar dan dapat dengar bunyi zrik zrik zrik.. bunyi lazer tengah potong perut aku,berasap asap bila aku tengok balik. sikit demi sikit sehingga perut aku dibuka besar-besar. 

lepas tu aku dapat rasakan perut aku ditolak tolak untuk keluarkan baby, tak sampai beberapa minit aku dengar bunyi baby nangiss.. dalam hati terus cakap alhamdulillah dan selamat dah dilahirkan. aku dah ada anak sekarang..
dalam gambar tu baby fresh in oven baru keluar doc tengah potong tali pusat. lepas tu doc terus tunjukkan kat aku. aku hanya mampu senyum je. doc siap cakap muka anak aku copypaste muka aku. haha
nurse dah siap tunggu depan pintu untuk ambik baby nak dibersihkan. aku masih lagi dalam bilik bedah untuk jahit perut balik. lepas tu aku dipindahkan ke bilik ward aku. nurse tadi bawak baby cute myson kat aku. terkebil-kebil mata baby tengok umi dia gaknya. rindunya... takdapat nak record dah sebab bateri handphone dah habis,tadi record lama sangat. tapi takpe aku bersyukurlah semua dah selamat dan selesai. baby pun sehat.

23 January 2015 | Jumaat | 7.57pm 
The day is my son born. i'm officialy umi now. hi anakk...
Namanya PUTERA MIKAELL DANISH AL IMRAN berat 3.53kg.
my son. rindunya nak bau baby, rindu nak peluk baby ,rindunya... syukur ya Allah diatas kurniaan yang sangat istimewa ni. aku sangat bertuah kerana dapat mengandung dan melahirkan tanpa ada rasa kesakitan. malah dapat melihatnya sendiri. Allhamdullilah. :)
terima kasih sudi baca ♥ 

Wednesday, November 16, 2016

Pengalaman Bersalin | #Part 1

Salam Girls 

Hi,baru sekarang aku dapat menaip kembali,rindunya yang amat. tapi gagap sikit dengan keyboard, dah tak selancar macam dulu taip laju laju. tak apa akan aku teruskan jugak. hehe.. pelan pelan pun boleh siap satu entry.

Harini aku nak bongkar balik cerita lama,oleh kerana dah tiga tahun tak berbelogg.. boleh baca kat sini. Kalau nak hurai satu persatu pun, ish baik tak payahlah sebab memang banyak. cuma sekarang aku hanya kongsikan pengalaman bersalin aku.

Mungkin post ni panjang dan banyak gambar. harap takde yang bosan la tau.. :)
GEMUK, BULAT ,TEMBAM , BULAT ,PIPI SIMPAN COKODOK ,SARAT , KAKI BENGKAK.. APA LAGI..

Ni lah aku yang tengah sarat mengandung 39minggu. si pembawak perut ke hulur kilir tanpa tau erti penat. ada yang kata aku bawak twin dalam dalam tu sebab perut aku besar, besar dari orang si bawak perut tu kecik je. haha 

15 January 2015

Harini, ramai yang whatsapp aku, dah bersalin ke belum? aku heran and pelik jugak, apasal orang lain yang tak sabar sabar nak tengok baby kot.. family aku siap risau kat aku sebab aku tak balik rumah. suami aku bawak makan makan,makan angin. haha 

Aku pun check balik buku check up tu, rupanya aku silap tengok tarikh due 22hb tapi aku bagitahu semua orang 15hb. padanla semua kelam kabut ngan aku.. 
Berangan nak bersalin awal la tu.. nak dapat tarikh cantik 15/01/2015. kahkahk
Due aku bersalin 22hb/01/2015 ye.

19 January 2015

Last aku check up untuk minggu yang ke-40. Tanda nak bersalin belum ada lagi. macam biasa la check jantung baby. kedudukan kepala baby kebawah. semua okey. alhamdulilah. hanya tinggal beberapa hari saja lagi aku datang balik untuk deliver baby.

Dalam perbincangan tu dr.zana kata aku dijangka tak boleh bersalin secara normal. sebabnya kandungan aku besar. tapi masih boleh cuba. Banyakkan la berdoa. inshaAllah.
banyak soalan yang suami aku tanya doc pasal nak bersalin czer, aku hanya dengar je sebab aku rasa seram bila fikir nak kena opret.

biasanya yang aku dengar orang czer mesti emergency kes atau orang yang dah 2,3 kali bersalin opret. tapi aku first time nak beranak, dah dapat tahu kena opret. mau kau tak menggeletar lutut.

and aku kena datang mengikut due yang ditetapkan.

22 January 2015

Sampai dah tarikh yang ditunggu-tunggu selama 9 bulan dengan penuh kesabaran. pagi tu aku siap macam biasa. tapi takde hati pun yang aku akan bersalin harini. tanda bersalin lagi takde. conctraction pun takde. aku sikit pun tak rasa yang aku akan bersalin.

tapi gagah pegi jugak aku ngan suami pegi klinik GMC (Gombak Madical Centre). bawak jugak la keperluan aku and baby. kot kot doc nak bedah perut aku tak dan dan. haha
sampai terus jumpa doc,dia pun dah buat persiapan untuk opret aku. 

tapi nak tau ape aku cakap kat doc tu??? hahah ini memang sangat bahaya. jangan tiru aksi ini.. 


aku cakap, "doc boleh tak saya nak minta satu hari lagi bagi saya betul betul bersedia untuk czer,"??  terkejut dia.haha aku pun rasa kelakar bila ingat balik. sebab berani amik risiko yang tinggi untuk aku dan kandungan aku.

CTG - Jantung bayi.
lepas dah bincang, doc pun serba salah nak lepas aku balik. tp dia akur jugak. sebelum tu check jantung baby, tekanan darah, macam macam check la dia buat. untuk memastikan yang aku selamat untuk deliver baby lagi tu hari.siap cakap kalau rasa nak bersalin malam pun cepat cepat datang okey. baiklah doc.hehe take care betul dr.zana.

malam tu,
aku solat hajat sepaya urusan bersalin aku dipermudahkan,aku minum banyak minyak kelapa dara bagi bukaan buka. berdoa. tak tidur aku malam tu, ada la terlelap kejap. fikiran aku terganggu, tapi aku tabahkan hati, aku redha demi baby kandungan aku.. berserah pada Allah disetiap ape yang akan berlaku nanti mesti ada hikmahnya.

23 January 2015

The day is my son bornday. 


teaser
to be continue...



Tuesday, November 15, 2016

Segmen Jom Exchange Follower Twitter dan Instagram

Salam Ladiess 

Klik banner untuk join :)

Follow saya jugak tau. hehe 

Monday, November 14, 2016

Supermoon #2016

Salam Ladies ♥



Friday, November 11, 2016

Taskirah Jumaat :)

Assalamualaikum
7 JENIS WAJAH MAYAT DIDLM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat 
lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya 
derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan 
harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah 
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal 
soleh.

~Sama2 lah kita renungkan & selamat beramal~

Monday, November 07, 2016

Hilang bertahun tahun, Jumpa balik tak sampat lima minit

Assalamualaikum^^

Alhamdulillah, hampir 3 tahun dah masa yang tak akan dapat balik sampai bila-bila. tapi kena tetap bersyukur sebab mungkin ada hikmah di sebaliknya. dalam masa url belog www.intanwandalaara.my di block oleh google sebab terlepas pandang tentang payment url setiap tahun, aku terus rasa kecewa sebab ingatkan blog tu dah memang tak boleh buka lagi. 

Pernah jugak aku tanya beberapa orang rakan-rakan blog yang mengunakan url .my masa tu, tapi dorang bagi tau kalau lambat bayar url tu akan luput. sedihnya tak yah habaq la kan. Cita-cita aku nak jadi blogger dan penulis belog sendiri dah musnah!

Memang boleh create akaun blog baru tapi perasaan tu dah tak sama lagi. 

Beberapa bulan lepas tu, aku cuba lagi untuk betulkan keadaan, semangat aku datang balik, aku cuba buka email yang aku create untuk blog tu, tapi dah tak dapat. aku lupa password. Allah.. lagi sekali aku kecewa.

sampai tahun 2014 aku create lagi satu email dan blog. aku edit cantik -cantik macam cinderella ,aku update setiap hari, tapi tak lama aku dengan blog tu, sebab mood swing (pregnant) dan memang takde masa sangat. ada follower dan reader pun tak guna la kan kalau terbengkalai. 

Hampir 2 tahun jugak lagi sekali aku berhenti dari berblogging. ada dua sebab , pertama aku bersalin kedua aku jaga anak. so, ada sebab la kan kenapa aku malas nak aktif update blog. padahal banyak je benda boleh share.

Now,
anak aku pun dah nak masuk 2 tahun, tertiba tergerak hati nak godek-godek balik email lama, just try and error je.. tetiba boleh buka. aku yang macam meroyan seminit ni terus cuba buka blog lama yang aku sayang sangat tu, tapi tak boleh view sebab blog tu masih lagi guna .my .

Aku godek punya godek kat setting aku cuba masuk kan balik url sebelum aku guna .my aku tukarkan kepada blogspot. then alhamdullilah.. blog aku dah boleh buka dan boleh view dan boleh edit, dah boleh update entry. semuanya dah boleh senang cakap.

Tapi, kenapa tak dari dulu lagi aku ubah balik url tu, kenapa sekarang?! mungkin aku kecewa sangat sampai tak boleh fikir yang ianya boleh diubah. lawak bila ingat balik, dengan blog pun nak ada rasa kecewa bagai.. haha eei.. mestilah..

Semangat nak tulis entry datang balik. dulu blog ni nama dia www.intanwandalaara.my atau http://intanwandalaara.blogspot.com sekarang aku dah tukarkan kepada https://intansaffyna.blogspot.my . Nama aku yang sebenar. Tapi intanwandalaara dan intansaffyna adalah orang sama ye. ingat baikbaik. dari dulu, kini, dan selamanya aku masih lagi orang sama.

Sesiapa yang masih ingat lagi kt aku masa zaman blog 4-5 tahun lepas, tolong la tegur ye.. sebab aku memang dah dapat kenal pasti lagi rakan-rakan blog yang dulu, ada yang da tukar url blog ada yang berhenti jadi blogger. :) TQ.




Sunday, November 06, 2016

SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Assalamualaikum^^



syarat2 nyer :

1. sebelum tu pertama sekali ayu minta sangat kawan2 follow ayu dulu..bolehkan..hehe
2. tajuknyer SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH
3. gam kuat2 banner comel diatas dan linkkan ke entry ini ye
4. kalau kawan2 nak tag rakan-rakan blogger yg lain pun boleh...tak tag pun takpe...hehehe
5. siap....gam kuat2 kat ruangan komen kat bawah...hehehe