Sunday, February 26, 2017

Happy Birthday Putera Mikaell Danish #turn2 | 2017

Salam Ladiess ♥

Nak taip entry ni pun dah tak sampai hati sebab sedih tak dapat buat party untuk birthday boy umi. bulan january lepas umi daddy buzy sangat balik pun dah malam. walaupun danish follow kemana saja umi daddy pergi. walaupun dalam meeting. umi kesian kat danish sebab terpaksa terjebak jugak dengan urusan umi daddy.

hari malam birthday danish umi daddy still tak balik umah lagi. jam dah pukul 9pm masa on the way balik, umi cakap dengan daddy jom pegi kedai kek kejap, nak beli kek untuk danish. kek yang ready made pun jadilah janji ada kek. padahal umi sebenarnya dah rancang pun nak tempat kek spiderman untuk danish. tapi tak berkesempatan.

round kat area berdekatan dengan umah untuk cari kedai kek, dah banyak kedai kek yang dah tutup awal. mana taknya kiteorang sampai pun dah lebih kurang 9.28pm. ada jugak yang dah stanby nak tutup, tapi sempat la beli kek satu nak acah acah tiup lilin kasi happy danish. tak banyak sangat pilihan tapi boleh la dapat yang kecik pun takpe.

seni dari tangan danish. hasil kerja yang baik,

Saturday, February 25, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 29 : Parents

Salam Ladiess ♥

parah dah ni, aku sendiri tak tau ni cabaran 30 hari blogging atau cabaran tiga puluh bulan blogging.. sampai hari ni baru aku nak continue entry ni.  itu pun ada hati cakap dalam hati nanti habis entry cabaran ni nak follow cabaran lain pulak.. hati besar memang macam ni. macam mampu je.. huhu

semangat itu penting. buat tak buat itu cerita lain.. haha.. aku memang suka bela diri sendiri.. lagi pun aku bukan sengaja tau. dah memang masa tak mengizinkan. plus cari gambar tak jumpa. walau apepun aku tetap teruskan untuk update entry ni. takde la terbengkalai selamanya..
'

Sunday, February 19, 2017

Resepi Potato Meatball Paling Rangup Homemade

Salam Ladiess ♥

Hari cuti memang selalu bosan, tambah pulak aku hanya tinggal berdua dengan anak aku, suami kursus harini. so aku tak payah rajin sangat nak bersilat kat dapur untuk masak makanan berat. kang tak habis dah jadi membazir. tapi aku masak jugak sup daging untuk anak aku satu periuk kecik. cukup jugak kalau aku nak tumpang makan hehe.

oleh kerana harini aku bermain dengan daging tetiba idea sampai untuk aku buat meatball kudap² kiteorang berdua. malas nak amik henpon bukak google check resepi, jadi aku main hentam je buat. aku ingat jugak sikit² video buat meatball ni masa tengok facebook hari tu. so, aku ikut lebih kurang macam dalam video tu jela.. selebihnya aku main ikut pandai aku je.. cecampak je.. jadi tak jadi belakang cerita.. yang penting try dulu. betul tak.. hehe

first time tau ni.
nampak macam okey tak wehh.. haha aku buat lima nam ketul je untuk first try. boleh tahan jugak jugak tak cukupnya bila makan ni.. nak buat lagi malas dah.. esok² continue lagi sebab masih ada lebih bahan yang aku blend tadi. memang sedap dan mudah je nak buat.

bahan-bahan pun senang nak dapat. dan kakadang bahan ni dah memang ada dalam peti ais, kite je tak perasan, hehe jom buat untuk anak-anak dan keluarga mesti akan repeat suh masak lagi. kalau buat banyak² simpan stok dalam peti ais pun bagus jugak,, nak makan goreng je.'

Saturday, February 18, 2017

Kat Mana Nak Cari Punch Bulat, Susahnya Nak Dapat!!

Salam Ladies,

Sejak hujung tahun lepas lagi aku mencari spesis pemotong bulat ni tapi kenapa susah sangat nak jumpa. merata dah pegi. dan orang pas aku macam bola. mana taknya bila aku cari tak jumpa lepas tu aku tanya orang dan orang tersebut dengan confident dia kan cakap ohh benda ni ada jual kat situ sini situ.

aku yang memerlukannya sangat sangat ni follow je cakap dia tu. beberapa hari lepas tu cari lagi tapi apa yang aku dapat hanyalah percaya cakap orang yang main hentam je.padahal dia pun tak tahu. terukkan.
dah merata aku cari punch craft ni, memang banyak aku jumpa punch ni tapi bentuk lain la yang banyaknaya.. yang aku nak bentuk bulat. bulat okey.. susahnya lahai nak dapat. sampai sakit hati sebab sedih sangat bila cari-cari takde. 
ni aku nak highlight , seluruh area ampang,keramat, wangsa maju, gombak ,selayang, rawang aku pegi mr.diy,daiso, stationany ,jusco, kedai alat tulis, mana lagi .. sampai aku lupa nama kedai yang aku masuk semata-mata nak cari punch ni. paling last ada orang kata benda ni ada jual kt klcc kedai stationary tapi nama kedai nya aku dah tak ingat. lepas ni aku nak pegi sana, harap ada la.. aku tak akan balik selagi tak jumpa.. huhu

Thursday, February 16, 2017

First Time Datang Perpustakaan Utc Keramat

Salam Ladies,
Suku hari ni duduk dalam utc keramat tu duk buat pembaharuan ic, tak ramai orang pun sebenarnya tapi disebabkan aku nak siap pada hari tu jugak kena tunggu la. kalau nak ambik esoknya pun boleh. tapi tak mau nya aku nak ulang² datang. so tunggu je lebih kurang pat puluh lima minit. its okey. 
masa round satu utc tu tetiba nampak perpustakaan. tetiba macam ehh.. aku dah berbelasan belas tahun tak pergi perpustakaan. last pegi pun kat sekolah punya perpustakaan. nampak sangat aku bukan ulat buku.kahkah
     masuk je terus danish jerit, teruja sangat sebab dia nampak lot tepi tu macam playground mainan dia.. padahal takde pun mainan hanya ada kerusi kecik warna warni je.nampak macam mainan la kot. tambah pulak ada budak lain jugak kat situ walaupun dah abang abang la dengan danish tapi dia tetap ecxited jugak. 

Monday, February 13, 2017

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant

Salam Ladiess ♥

terima kasih ye sebab invite saya join segmen ni. dah lama tak join mana segmen/giveaway.. hehe inshaAllah lepas ni bila di beri kesempatan saya join. tapi harini segmen ni memang best tau, sebab ia melibatkan promosi. aku suka bab ni.. rugi ye siapa yang tak join. sebab segmen ni akan mengreviewkan blog korang.. dalam masa yang sama mungkin akan trafik blog.. betul!.. tak percaya...

join sini ye :)
klik banner untuk join
SYARAT SIMPLE
  1. Follw blog Syahirah Valiant *wajib*
  1. Follow Facebook & Instagram *wajib*
  1. Klik SINI
  1. Buat entri yang bertajuk "Segmen Review Blog By Syahirah Valiant"
  1. Dah siap? Tempek link korang dekat komen tau ^^
Date : 12 Februari 2017 - 12 March 2017 
Terima kasih sudi baca.

Sunday, February 12, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 28 : Impian Saya

Salam Ladiess ♥

impian aku di tahun 2017 ni yang utama adalan aku ingin menjadi isteri dan umi yang terbaik di abat ni, yang mengikut semua syariat islam, cuma aku perlukan beberapa bimbingan untuk capai ke tahap tu. inshaAllah aku kena banyak belajardalam menuguruskan keluarga,menjaga anak (dan anak-anak yang akan datang - jika diizinkan aku mengandung lagi.. hehe ) dalam erti kata lain aku ingin menjadi suri rumah tangga sepenuh masa yang berjaya. disebabkan impian aku ni, aku mesti akan bangga dengan diri sendiri.

selain dari tu, aku jugak ingin menjadi usahawan yang berjaya. sejak tahun lepas aku dah mula dengan produk skincare yang di asaskan oleh aku sendiri, secara tak senjaga ini juga sebahagian dari impian aku, yang perlu aku capai. aku dah letakkan target pada bisnes ni. inshaAllah semoga dipermudahkan.
produk skincare yang didaftarkan kepada marcella skinz' ini telah mendapat kepercayaan suami aku sendiri untuk aku menguruskan nya. aku harap dengan usaha aku kali ni, aku kan berjaya. semoga aku suami aku dan family aku bangga dengan kejayaan aku. aku juga menyimpan harapan agar aku boleh capai jutawan sebelum umur aku 37 tahun.

Amin... tolong la doakan ye.. hehe

segala impian yang kita inginkan tak semestinya akan tercapai, tapi kita kena banyakkan berdoa, usaha dan bertawakal. inshaAllah semuanya akan dibuka perjalanan tu dengan mudah. kena ingat gagal sekali tak bererti gagal selamanya. aku sendiri pernah jatuh dan aku bangkit dengan kaki aku sendiri. mula balik dari awal. akhirnya aku dah capai apa yang cuba buat sekarang.. cuma target aku kena berusaha lebih lagi. kesabaran dan keimanan dalam seseuatu perkara amat penting. kena kuat.

😎😘
Terima kasih sudi baca.

Monday, February 06, 2017

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 27 : Movie Yang Paling Saya Suka

Salam Ladiess ♥

movie yang paling aku suka banyak, genre pun berbeza-beza. tapi aku bagi kat dalam entry ni beberapa je la ye sebab disebab kan post ni dah terlalu lama di humban dalam draf yang hanya ada tajuknya saja. updatenya baru hari ni ada masa.

ini pun aku nak cepat taip setiap satu entry sebab aku bercadang nak siapkan empat entry cabaran blogging ni sekali gus sebab dah lama aku skip. waw banyak lagi rupanya. rajinkah aku? tengok la macam mana nanti. rasanya tak mampu kot.

movie yang akan aku update harini adalah movie yang aku akan tengok berulang² kali tanpa ada perasaan jemu langsung. kiranya aku memang minat sangat la. sama ada jalan cerita dia, pelakon dia, dan jenis-jenis babak dalam setiap movie yang aku minat, semua tu merangkumi. that why aku suka sangat. antara movie yang aku tak lupa nak tengok adalah movie filipina. hehe obsess giler kot aku.. lagi satu movie yang seram indo zaman dudulu.. memang layan weh. hahha
romantic : you to me are everything

Sunday, February 05, 2017

First Time Bawa Danish Ke Baby E Baby Spa & Wellness

Salam Ladiess ♥

Dah lama nak update pasal ni tapi hanya tajuk saja yang tersimpan di draf. hari ni berbekalkan sikit masa untuk blog ni aku akan manfaatkan sebaik baiknya.haha ayat poyo yakmat. aku first time bawak danish berenang di kolam baby selain dia pernah berenang dalam air ketuban dalam perut umi. hehe

harap maklum ye ni adalah trowback.

sebelum pergi esoknya aku whatsapp dulu untuk set appointment time, lepas aku bagi susu sampai danish kenyang lepas tu tidokan dia lena² , tak bagi dia gangguan langsung okey, sebab atas nasihat staf spa baby tu sebelum datang pastikan baby dalam keadaan selesa, kenyang dan cukup rehat tido. supaya baby seronok sepanjang berada di kolam baby. umidaddy pun senang hati kan.

sepatutnya kalau nak bagi baby rasa lebih selesa kena bawa baby yang lepas habis pantang, baru dia enjoy dan dapatkan biasakan diri dalam kolam tapi danish umur empat bulan baru bawak swimming dispa baby. tapi takpe sama jugak explore nya.

tempat yang aku bawak danish ni kat wangsa walk je. dekat jugak dengan rumah kiteorang. boleh baca review ⇨ Baby E Baby Spa & Wellness Wangsawalk Mall untuk tengok harga dan pakej baby spa ni.

Saturday, February 04, 2017

Resepi Pasta Carbonara Creamy Simple Sedap

Salam Ladiess ♥

Kejap je laaa hai dah february, rasa macam baru je pegi tengok buanga api tahun baru, tetiba dah bulan dua. sejak beberapa minggu lepas lagi aku membusy kemain. memang tak lekat kat umah, dah malam baru balik. kesian anak aku yang sorang ni, sambut bezday pun dah lewat. semua dah tido, hanya ada umi daddy and atokk danish je. inshaAllah umi akan buat persiapan bezday danish yang okey sikit, macam tahun lepas.

dua tiga harini ni umi dah okey sikit, dapat duduk rumah dengan tenang. urusan pun dah selesai, tak payah nak ulang² pegi bank dah. letih kot. haha ... barang dapur dah setel beli dan siap kemas simpan dalam peti ais. sayur dah potong, segala lauk aku dah bersihkan. sekarang aku dah boleh memasak dengan senang hati. semua permintaan laki aku dan memintaan danish termasuk permintaan tekak aku sendiri, Alhamdulillah back to house wife full time.

biasanya pagi aku akan buat breakfast yang paling senang punya, sandwich tuna akan jadi pilihan aku. cepat dan mudah. tak pun aku akan masak bubur je dari nasi semalam yang tak habis. ni lagi cepat. asyik nak cepat aku ni.. hahaha bisaalah busy mummy.😇
tapi harini aku rajin sikit. lambat sikit tak pe kalau masak menu ni sebab aku nak mengekalkan sedap dia hingga ke dalam perut. hehee. harini ni aku masakan pasta ye. nampak sedapkan. memang sedap pun. bertambah tau.