Monday, December 18, 2017

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Salam Ladiess ♥

Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.




Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.

Monday, November 27, 2017

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

Salam Ladiess ♥


Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Friday, November 17, 2017

Lynnity Botanic Superfood And Botanic Juice

Salam Ladiess ♥

Lynnity adalah hybrid makanan tambahan diperbuat daripada herba tradisional Cina yang menggunakan teknologi moden. lebih daripada 100 tahun resepi tradisional, meraka menyelam lebih mendalam ke dalam khazanah herba Cina dan digabungkan dengan rasa moden.

Lynnity percaya tumbuhan adalah cara terbaik untuk menyokong kesihatan yang baik dan sentiasa berhasrat untuk menemui kekayaan alam semulajadi. Lynnity (Jadikan Ladang sebagai Farmasi) terus mendorong sempadan inovasi dengan komitmen tanpa kompromi untuk keaslian, rasa yang luar biasa dan unik, bahan phyto-nutrien more function.

Nutrisi phyto adalah komponen tumbuhan yang menjadi pembela kesihatan yang kuat.


Akhirnya, kami menyediakan suplemen dan jus kami dengan proses berkualiti tinggi untuk memelihara nutrien dan memberikan produk yang hebat untuk kesihatan optimum anda. Botanic Juice dan Botanic Superfood sangat bagus untuk melawaskan dan membersihkan usus, disamping itu ianya jugak dapat mendetox tubuh badan, membuang toksin serta menguruskan badan.

Thursday, November 16, 2017

Setahun Blogging

Salam Ladiess ♥

Bismillahirahmanirrahim.. Alhamdulillah rindu nak update entri personal, dah lama rasanya tak mengomel dalam blog, sebenarnya nak bagi tahu tapi aku sendiri tak ingat tarikh yang betul bila agak aku dah capai angka setahun berblogging.. eh bukan, aku KEMBALI BERBLOGGIN DAH SETAHUN setelah kian lama menghilang dulu. semuanya ada sebab tertentu, bukan tak pasal-pasal hilang.. tak sangka masa tu cepat berlalu, kalau aku pregnant dah keluar sorang budak kecil tangan dah gapai²..comenya.. hehe *tetiba

aku mula godek-godek menda tah lupa, tetiba dapat balik blog yang hilang domain beberapa tahun lepas. aku dapat blog ni pada bulan november tahun lepas, cuma tak ingat tarikh bila. sekarang dah setahun aku kembali dalam dunia blog.

sepanjang setahun aku berada dalam dunia blog ni, bermacam cubaan dan pahit getir yang aku lalui. wahh drama sangat ni. keheke.. tak lah.. banyak manis dari pahit sebenarnya.. sebab sejak jumpa blog ni, rezeki blog semakin melimpah ruah. Alhamdulillah. rezeki anak aku ni sebab dia akan selalu tanya banyak soalan bila aku baru nak mula menaip blog. (kire pencetus idea konon...)😂😂


Monday, November 13, 2017

Pemenang Giveaway Besar-Besaran By Intan Saffyna

Salam Ladiess ♥

Allamdulillah dah selesai GA kali ni, walaupun krik kirk tapi boleh la masih ada sambutan jugak dari bloggers.. terima kasih pada yang sudi join.. yang tak join tu taknak hadiah ke..hehe  tapi sedih sikit sebab feedback dan ranking blog sama je. follower pun naik untuk beberapa orang saja yang sudi follow.. aku harap korang yang join wajib la follow para sponsor.. aku takpe la malas nak paksa.. pemenang ramdomly yang pilih, walaupun awak tak ikut syarat tapi awak memang.. kire itu rezeki awak la kan.. cuma tak adil untuk peserta lain.. oleh itu sila ikut syarat sepenuhnya.. hehe

walaubagaimana pun pemenang mesti diberikan hadiah yang di janjikan.. cuma ada kekurangan hadiah sebab target penaja utama tak sampai 50 orang join. jadi hadiah utama hanya akan diberikan kepada 3 pemenang sahaja. ini mention kali kedua aku bagi lagi..harap semua dah alert haritu.. daripada 30orang pemenang telah turun kepada 22 pemenang sahaja.

ini mention terakhir untuk para sponsor.. harap korang alert ye untuk pemenang, sila tunaikan janji korang dengan hadiah yang tersenarai tu..  sebab ada kes sponsor atau penganjur tak berikan hadiah pada pemenang.. pernah terjadi kat aku sendiri.. dah menang tapi hadiah tak dapat.. tapi aku tak kisah pun, aku anggap bukan rezeki dan aku malas nak fikir.. yang penting aku ikhlas join.. huhu


so, tak semua macam aku, pemenang yang menang mesti nak hadiah masing-masing.. betul tak? hehe jom kite tengok siapa yang kena.. :) check no anda sini.

Saturday, November 11, 2017

Flawless Tanpa Mekaup Dengan Beauty In The Drops By 9Herbs

Salam Ladiess ♥

Memang kena dengan aku yang jarang nak guna mekaup, kalau mekaup pun light2 je, sebab nak cepat.. mana sempat nak pergi kenduri je pun tapi mekap patblasjam.. memang tak la.. sampai rumah kenduri mekap cair sebab main kejar-kejar dengan Putera mikaell.. letih kan. aku selalu cari alternatif lain nak kulit muka sihat tanpa mekaup tebal.

sejak guna Beauty In The Drops ni, kulit jadi flawless tanpa diminta.. serius padahal guna dua tiga drop je untuk seleruh wajah. betul-betul magic, ianya bukan saja boleh menjadikan kulit wajah peloles semata-mata tapi ia jugak dapat merawat kulit yang bermasalah malah boleh jadikan sebagai primer sebelum korang mengunakan sebarang mekaup.

hebatkan? banyak kegunaan, keistimewaan dah keberkesanannya. waw! teruja takk? meh aku baca sampai habis product awesome kualiti pun bagus. tak gituw..

Thursday, November 09, 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Salam Ladiess ♥

Sekali lagi peluang untuk join Lazada Malaysia punya contest, harap kali ada luck menang contest ni.. inshaAllah.. tak salah mencuba nasib gitu kan.. lagi pun hadiah yang bakal dimenangi jugak best.. puas hati shopping di lazada.. siapa taknak kan.. hehe contest ni bermula dari 1 November hingga 14 Disember 2017, khas untuk para blogger sempena pelancaran kempen terbaru Lazada iaitu Online Revolution: Shop The Universe

bercakap pasal shopping ni memang la best, lagi-lagi bila dapat shopping dengan diskaun yang melambung murahnya ataupun bila dapat kod voucher.. aku memang suka platfrom online shopping di lazada sebab boleh dikatakan semua keperluan ada.. aku lebih senang nak cari keperluan kanak-kanak di lazada hanya dihujung jadi saja, berbanding pergi dikedai luar. selain tu aku jugak suka barangan elektrik.


Saturday, November 04, 2017

Dinez-In Home Cooking | Beli 2 Boxs FREE 1 Box

Salam Ladiess ♥

Pernah tak korang malas keluar dari office atau tempat kerja waktu lunch? kakdang kerja berlambak nak pergi beli makan tengah hari pun tak sempat. betul kan? malah bukan saja yang bekerja di luar, yang dirumah pun tak menyempat tau. atau dalam erti kata lain kalau malas masak pun senang sebab kita boleh terus order di Dinez-in Home Cooking.

sebelum tu aku nak cerita sikit kelebihan Dinez-in Home Cooking ni. Dinezz-in menyediakan menu yang berlainan setiap hari dengan harga juga berlainan mengikut jenis menu, walaubagaimana pun harga di setiap menu adalah sangat berbeloi dan termasuk dengah servis penghantaran percuma. bestkan.


bulan lepas aku diberi peluang untuk menikmati sendiri menu di Dinez-in ni yang dihantar didepan pintu rumah. servis yang cepat dan sangat menepati masa dan yang penting HALAL tau.

Tuesday, October 31, 2017

Senarai Peserta Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna

Salam Ladiess ♥

Syukur Alhamdulillah.. ada juga yang join kan.. aku seram jugak kalau giveaway ni takde sambutan.. terima kasih pada yang sudi join.. dan kerjasama yang diberikan.. ni aku selitkan beberapa orang yang dah pun sertai.

Bagi yang nak join klik sini dan sebelum join mari kita tengok dulu hadiah menarik yang bakal korang terima.. klik sini.


Setiap link entry korang yang aku paste kat sini, itu bermakna aku dah terjah blog masing-masing.. thanks dengan komen yang korang berikan tentang pandangan blog dan jugak wish birthday aku.. seronok aku baca satu-satu entry korang.. 😍 aku akan ambil pendekatan tentang komen blog ni.. yang mana baik aku teruskan.. tak kurang tu aku akan perbaiki.. inshaAllah.. terima kasih semua.. :)

Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna - TAMAT

Salam Ladiess ♥

Berakhir la sudah Giveaway yang telah berjaya dijalankan pada tahun ni, walaupun tak capai target tapi Alhamdulillah masih ada support dari blogger lain... Terima Kasih yang sudi sponsor Giveaway ni, dan terima kasih jugak yang sudi join memeriahkan lagi Giveway pada tahun ni.

pada yang belum tahu,.. tarikh Giveaway terpaksa dipercepatkan. mai baca sini. dan jugak ada sikit kesulitan jugak sepanjang giveaway ni berjalan.. baca kat link atas tu jugak ↑↑↑


sesiapa yang join, walaupun ada yang tak amik kisah pun pasal Giveaway ni, tapi aku mintak korang alert jugak la.. sebab takut terlepas apa-apa info yang aku nak bagitahu..😅

Monday, October 30, 2017

Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah diberi peluang untuk menaip entry Giveaway ni dengan harapan mendapat sambutan seperti giveaway pernah dibuat dua kali dalam blog ni.. dulu tu macam magic sebab sebab ramai sangat yang join. kalau korang penah join dulu makna kita dah kenal sejak dulu lagi.. boleh check sini dan sini. (ramai yang tukar url dan bersara dari blogger)

Kali ni giveaway yang dilancarkan untuk ketiga kali sempena birthday saya yang ke tigaploh.. hadiah yang bakal diberikan sangat best.. dan aku mencari 10 Pemenang Utama (Special Case- pemenang wajib bagi testimoni sendiri dan buat review produk diblog dan social media (ig/fb linked)) dan seramai 20 pemenang bertuah ramdomly. senarai nama yang join dan senarai hadiah aku akan update di next entry.

so, apa tunggu lagi.. rebut peluang untuk menang hadiah dari blog intansaffyna 😍

syaratnya mudah saja :-
  1. Buat Entry bertajuk : Giveaway Besar Besaran By Intan Saffyna
  2. Letak Banner dan backlink ke blog ni
  3. Wish Birthday: Beri pandangan tentang blog ni dan wish my birthday :)
  4. Follow Blog : Intan saffyna, Hanis Masturina, Lokman Hakim, Hello Aiman, Aisya Ismail, PresentisGift
  5. Like Pages :  SINI
  6. Follow Facebook :  SINI
  7. Follow Instagram : intansaffyna, saffynabeautyhq, hanismasturina, aimanabdullah, gelaktawa, aisyaismy, byaisyaismail, smartteddys, cjn.my
  8. Follow Twitter : SINI, SINI
  9. Follow Google+ : SINI, SINI
  10. Tag 2 Rakan (wajib dan pastikan mereka tahu)
  11. Send link entry di ruangan komen.
Giveaway ni akan berlangsung selama sebulan sahaja. pemenang akan diumumkan seminggu selepas tamat giveaway secara random. senarai peserta saya akan update kemuadian. moga dengan adanya giveaway ni kita sesama blogger dapat mengeratkan silaturahim.. inshaAllah.. Good LUCK uolls :)

Sponsor Giveaway pun boleh join jugak ye.. dialu-alukan..
p/s : Diminta semua yang join wajib follow dan like link sponsor ye.. sebab anda sedang diperhatikan.. haha 😁

SENARAI HADIAH
SENARAI PESERTA

Terima kasih sudi baca.

Saturday, October 28, 2017

Tarikh Tamat Giveaway Akan Dipercepatkan!

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah berjaya jugak buka ruang untuk buat Giveaway pada tahun ni, walaupun ada sikit sedih sebab perserta tak terlakluk dengan syarat pihak penaja utama, target adalah melebihi 50 orang yang join.. tapi tarikh giveaway sudah hampir tamat masih belum cukup nak tunaikan syarat.. maka sponsor akan menurunkan jumlah pememang untuk hadiah utama daripada 10 hadiah kepada 3  hadiah sahaja. maaf diatas kesulitan ini.

aku pun dah habis usaha sebarkan giveawa ni.. tapi nak buat macam mana dah ini je yang termampu..  mungkin diantara peserta sendiri yang tag dan tak beritahu mereka tentang giveaway ni.. atau mungkin sudah diberitahu tapi masing-masing busy kan hujung tahun ni..  setakat yang ada ni dah syukur alhamdulillah.

hadiah-hadiah yang disponsor oleh blogger lain dan hadiah yang disponsor oleh aku masih sama dan akan diberikan oleh pemenang terpilih.. (random) InshaAllah..

Saturday, October 21, 2017

Shurah Ariana Syampu Sesuai Untuk Wanita Berhijab

Salam Ladiess ♥

Pernah tak kita mencari shampoo yang berkualiti dan sesuai dengan jenis rambut kita? susahnya sebenarnya nak buat pilihan sebab setiap orang memiliki jenis rambut yang berlainan. bukan saja jenis rambut tapi masalah tahap kesihatan rambut jugak ada beberapa jenis.. kalau anda memiliki rambut yang sihat, Alhamdulillah..

tapi, pada yang ada masalah rambut macam mana pulak kan?

sejak aku bersalin dulu, rambut aku selalu gugur kebumi uolls.. sedihkan.. kata rambut mahkota utama bagi wanita. tapi kalau ada masalah menangis dengan lagu doraemon la jawapnya. banyak dah penyelesaian yang aku cari sebelum ni, dan pelbagai jenish shampoo yang aku dah guna, hasilnya tetap sama.. aku masih lagi kutip rambuat aku yang gugur kat lantai yang dah berlori tu.. haha (susah jugak kalau rambut nak simpan panjang tapi ada masalah.😪)

selepas aku cuba Ariana Shampoo daripada Syurah Malaysia, masalah rambut gugur dah takde.. bukan itu saja kulit kepada gatal-gatal akibat berpeluh pun hilang.. ini serius tau aku ikhlas ni bagi tahu semua ni sebab masalah yang aku hadapi sebelum dah selesai. syukur sangat dengan Ariana Shampoo yang telah kembalikaan mahkota bagi wanita untuk aku.. gituwww kan.. 😅

sebelum korang mencuba Ariana Shampoo, meh sini baca sampai habis untuk mengetahui lebih lanjut tentang shampoo yang dah hangat diperkatakan ni. serius tak menyesal punya.
👇👇

Thursday, October 19, 2017

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

Salam Ladiess ♥

 KLIK BANNER TO JOIN :)
1. Follow blog ana ANALIFESTYLES

2. Like facebook page ana CUCKOO-PAGE

3. Follow instagram ana  RAIHANARAMLAN

4. Repost entry ini dan tinggalkan link di comment dibawah.

Wednesday, October 18, 2017

2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC

Salam Ladiess ♥


KLIK BANNER TO JOIN :)
CARANYA
1 :  LIKE FANPAGE :
www.facebook.com1stdentalkpte

2 : FOLLOW INSTAGRAM :
@1stdentalclinic

3 : SUBSCRIBE YOUTUBE CHANNEL :
1st Dental Clinic

4 : buat satu entri kat blog korang yang bertajuk "2nd GIVEAWAY ATIEHILMI.COM ft. 1ST DENTAL CLINIC"

5 : follow blog kakak ya !! ada kat sidebar nun.. hee~

Monday, October 09, 2017

Happy Birthday To Me

Salam Ladiess ♥

Secara rasminya aku dah pun capai umur yang ke 30 tahun. serius aku memang tak percaya dengan diri sendiri yang aku dah masuk ke alam tigaploh-an.. terasa diri ni muda lagi tapi hakikahnya aku dah tua.. sepatutnya umur yang macam aku sekarang anak dah dua tiga orang tapi aku baru je sorang jaga budak bertuah tu ha.. mungkin sebab tu jugak aku selalu perasaan muda.. kekdahnya kan..😆

kat mana-mana aku pegi tak kiralah pegi event ke kenduri ke shopping kat pasar malam ke kan, mesti ada yang akan menegur aku even tak kenal dan baru nak kenal je pun.. aku ni jenis tak boleh orang tegur mula peramah aku keluar.. sembang apa tah sambil tunggu kebab pita siap, akak tu berborak macam dah lama kenal..

part best bila laki aku datang bawak anak aku..terus akak tu tanya dah kawen ke dah ada anak ke.. aku.. laaa ni anak saya la kak.. terus dia nak tanya umur aku.. aku pulak nak main teka teki dengan akak tu suh teka.. dia kata aku 24tahun.. aku.. macam betul ke kak.. hahah tergelak kejap..  tapi aku bagitahu jela saya dah 30 tahun la... lagi dua bulan.. haha
terus dia terkejut.. tetiba kebab dah siap.. 😂
(masalahnya dah kenapa aku cite benda pasar malam ni... 😏)
↧↧

Friday, October 06, 2017

Hadiah Giveaway Yang Akan Dimenangi Oleh Blogger Bertuah

Salam Ladiess ♥

Ini diantaran hadiah yang bakal korang dapat bila tamat Giveaway Besar-Besaran by Intansaffyna. Hadiahnya disponsor oleh beberapa blogger dan aku jugak menawarkan hadiah-hadiah yang menarik. sempena birthday aku yang ke tigaploh ni, aku mencari 30 orang blogger bertuah melalui randomly. siapakah itu? hehe **terpaksa kurangkan dari 30 pemenang sebab peserta tak sampai 50orang yang join.. sebab? BACA SINI

Caranya adalah wajib mengikut semua syarat yang diberikan. mudah sahaja. Klik Sini untuk Join.
Sebelum tu mari cuci mata tengok apa yang bakal korang dapat..


Sebelum join kita kasih warm up sikit mata..👀 jom tengok hadiah apa yang bakal korang dapat.. yang pastinya tidak menyecewakan..
👇👇👇

Wednesday, October 04, 2017

Giveaway Suka Hati Lah by E'in

Salam Ladiess ♥

Syarat-syarat:

1. Follow blog E'in

2. Follow Google+ Ein

3. Buat satu entry bertajuk "Giveaway Suka Hati Lah by E'in" dan link kan dengan entry nie

4. Tag 2 kawan blog korang


TARIKH TUTUP: 23/10/2017

 Terima kasih sudi baca.

Tuesday, October 03, 2017

Pencarian Sponsor Untuk Giveaway Besar-Besaran

Salam Ladiess ♥

Dah lama tak mintak sponsor kat blogger lain, tapi kali ni kite try jela mana tahu ada yang sudi sponsor untuk Giveaway yang bakal berlangsung tak lama lagi (dalam bulan oktober ini) harap ada yang sudi bantu menjalankan Giveaway Besar-Besaran ni. aku juga ada menyediakan hadiah untuk para peserta. cuma sponsor ni untuk penambahan hadiah la.

untuk pengetahuan semua Giveaway akan dilancarkan pada 8 oktober 2017 iaitu pada birthday aku, so sempena hari jadi aku ni aku nak buat giveaway moga semua blogger sudi join..  bagi siapa nak tingkat follower/pengview blog dan social media boleh sponsor dan letak syarat tiga syarat pada para peserta yang join.


korang boleh sponser apa saja janji halal hehe..
sebagai contoh : topup,review,bloglist,tunai,barangan,makanan,coklat,skincare,pakaian dll.
👇👇

Monday, October 02, 2017

Redeem Sample Body Shop Shower Gel

Salam Ladiess ♥

Semua pun tahu rasanya body shop ada pelbagai wangian yang sememang wangi sangat. bukan saja perfume tapi pelbagai jeni wangian ada termasuklah Shower Gel Strawberry ni. caranya mudah saja korang boleh dapat item ni dengan percuma. wah nampaknya entry oktober dalam blog intansaffyna semua free.. sepatutnya bulan birthday aku ni yang patut dapat banyak hadiah.. gitu kan...ok jom wangi bersama body shop..


Body shop menawarkan wangian badan ni untuk ahli yang berdaftar saja tau. so sebelum dapatakan sample ni kena daftar terlebih dahulu. ikut langkah dibawah..

MYLARA Skincare

Salam Ladiess ♥

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun.

MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!


MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.

Sunday, October 01, 2017

Hello Oktober (2017)

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah diberi lagi kesempatan untuk menaip blog yang dah lama tak jengok ni.. buzy apa tah aku pun tak faham dengan diri sendiri.. asyik dok melayan anime je memanjang, lepas habis drama filipin, layan anime pulak. nak buat macam mana dah minat sangat.. memang tak boleh tinggal.. hobi kot ni.

sebenarnya rindu nak menaip.. puih.. hahaa sebenarnya tak sabar berada di bulan oktober yang mulia ni.. hah gitu.. sebab berlaku tragedi oktober pada tigaplohtahun dulu. so sekarang jadi excited laa.. itu bukan issue nya sekarang..

Hello Oktober ku sayang.. are u miss me?? 😊

Saturday, September 30, 2017

First Giveaway by Mushyzaini

Salam Ladiess ♥


syarat-syarat giveaway mudah !

1. Follow blog Mushy
2. Follow instagram Naurah.Anggun.Hq
3. Follow  Google+ Mushy  *senang nak update giveaway
4. Post Entry gambar ni sekali dengan link Blog Mushy dengan tajuk "First Giveaway by Mushyzaini"
5.  Tulis di ruangan komen link post anda dan tag rakan anda

TUNGGU 25/09/2017  ini yeeeee semua

HADIAH HADIAH ???
👇👇

Thursday, September 21, 2017

Dapatkan Sample Percuma Dari Little Innoscents Sekarang!

Salam Ladiess ♥

Pagi ni rajin sikit update pasal barang free untuk semua pembaca blog ni.. siapa sini suka dapat
barang percuma sila angkat tangan.. haha gitu. sebenarnya produk yang bakal korang dapat ni sangat la best tau, sebab ia organik. sangat organik. memang bagus untuk kulit bayi dan kelaurga anda.

Little Innoscent Diformulasikan dengan krim ruam, losyen, minyak urut, baby powder, shampoo rambut, balm dan sabun organik. produk Little Innocents sangat menbantu melegakan pelbagai jenis keadaan kesihatan kanak-kanak dari pengakit kulit seperti ekzema, dermatitis dan psoriasis.
serius Little Innoscent memang best.. aroma dia memang best bau herba gituu 😍❤️  high recommend pada mommy moden diluar sana.. 👍🏻👍🏻

FREE Little Innoscents Sample Giveaway
Di Little Innoscents, kami memastikan ia mudah dengan menghasilkan produk asli asli dan sah yang lebih baik untuk tubuh anda. Produk kami diperakui oleh Australian Certified Organic (ACO), salah satu badan pensijilan organik yang terkemuka di dunia. Oleh kerana kulit kita menyerap apa sahaja yang kita gunakan untuknya, kita harus mengambil berat tentang produk yang kita gunakan pada diri sendiri dan anak-anak kita.

Mahu cuba Little Innoscents sebelum anda membeli pelbagai saiz penuh?

DAPATKAN SATU SAMPLE PERCUMA 30ML SEKARANG! 

Sunday, September 17, 2017

Horien Eye Secret 38% 3 Months Colour Contact Lens

Salam Ladiess ♥

Dah lama cari contact lens yang sesuai selama ni sebab sebelum ni pernah pakai contact lens tapi tak selesa dengan mata aku, sebab tu aku ni jarang pakai contact lens so, kalau beli tu wajib la cari yang paling bagus dan clear bila pakai.. tapi yang ni serius.. bila aku pakai lens Horien Eye Secret 38% 3 Months Colour Contact Lens tersangat best, selesa yang paling penting jelas pemandangan. haha gitu kan... Di datangkan dengan rekaan yang cantik , pelbagai warna dan saiz. terus setiap hari pakai contact lens..

Horien Eye Secret adalah salah satu jemana keluaran Taiwan yang terbesar didunia. Dimalaysia terdapat ramai pengguna Horien Eye Secret telah jatuh cinta dengan kelaianan dan keistimewaannya. kandungan Air 38% dapat menyimpan kelembapan pada kanta lekap dan sesuai dipakai dalam jangka masa yang panjang.


Friday, September 15, 2017

Little Innoscents Organic Baby Skincare

Salam Ladiess ♥

Pelbagai jenama produk baby yang kita dengar dipasaran sekarang, setiap produk ada kelebihan tersendiri. tapi Little Innoscents Organic Baby Skincare sangat menarik minat aku sebab packaging nya yang sangat coloufull, sangat comel untuk si manja.. gitu kan.. hehe yang paling penting Little Innoscents Baby Skincare adalah produk organic yang sangat bagus untuk kulit. sesuai untuk bayi dan ibu.

aku diberi peluang untuk mencuba dan berkongsi pada semua tentang pengalaman mengunakan produk Little Innoscents Organic Baby Skincare serta kelebihan setiap produk. sebelum tu mari berkenalan dengan dengan Little Innoscents Organic Baby Skincare sebelum aku terangkan kelebihan setiap produk.

Little Innocents adalah jenama Australia dan ditubuhkan pada tahun 2007. Ia adalah salah satu syarikat penjagaan kulit dari bahan organik yang pertama diiktiraf sebagai organik yang disahkan. Produk penjagaan ini adalah 100% dari bahan organic yang bebas dari bahan sintetik, praben, SLS dan SLES, petrokimia, dan bahan GM.

Monday, September 11, 2017

Natural Elixirs Hijab Shampoo Untuk Wanita Bertudung

Salam Ladiess ♥

Dah jadi sinonim kita sebagai seorang wanita bila bercakap tentang penjagaan rambut memang semua tak ambil mudah sebab rambut adalah amat penting bagi wanita. lagi-lagi wanita yang berhijab sepanjang hari. keselesaan dan kesegaran yang dicari bergantung pada shampoo yang sesuai. betul kan? ianya untuk memasti rambut tak berminyak dan kelihatan bermaya walaupun bertudung.

memperkenal Natural Elixirs Hijab Shampoo yang sangat sesuai untuk wanita bertudung. shampoo yang diperbuat daripada bahan-bahan organik semulajadi. ianya bertindak mengurangkan rambut gugur dan kelimumur. sejak aku mengunakan Natural Elixirs Hijab Shampoo ni kegatalan kulit kepala semakin kurang dan sentiasa segar walaupun bertudung sepanjang hari.

Hijab syampu 300ml 
Naturally Organic
Syampu Anti-Gugur
Sesuai untuk wanita bertudung dan semua jenis rambut.


Natural Elixirs Hijab Shampoo dapat mengelakkan dan mengawal keguguran rambut , Kelemumur dan minyak berlebihan. Formula Syampu Hijab mengandungi bahan-bahan organik yang kaya dan berkhasiat minyak Nettle Oil, Chamomile Extract dan Oil Tea Tree untuk menguatkan, melindungi dan mencegah kerosakan rambut dan keguguran rambut.

Sunday, September 10, 2017

RM600 Credit SG Shop Habis Shopping..

Salam Ladiess ♥

Kush semangat habis rm600 mak ai.. giler arh beli apa tu? yes! macam-macam dapat sg shop malaysia ni.. sampai tak habis pusing kalau dapat 1k pun boleh habis macam ni.. nampak tamak kan.. hahaha and Alhamdulillah la ini namanya rezeki jatuh dari langit. aku dianggap bertuah kerana memenangi credit giveaway dari blogger terpilih dan disponser oleh Sg Shop. Syukur!

bila terokai website ni sebenarnya banyak barang yang kita boleh dapat, kakadang tak pernah terfikir pun akan beli sesuatu barang tu, tapi memang beli jugak sebab murah yak amat. betul. mula tu memang fikir nak beli ape ni credit banyak sangat tapi lepas explore satu-satu memang banyak benda boleh dapat dalam sg shop.

aku share dengan adik je shopping, dia pun runsing sampai satu hari menghadap web sg shop untuk tengok semua barang.. aku beli barang secara berperingkat, maksudnya abam posmen tu datang hantar dua kali..


gambar ni barang yang kedua baru sampai, aku yang ada meeting pagi tu terus laju-laju balik.. katanya rindu kat anak.. padahal excited barang sgshop sampai.. waw! besarnya percel.. 😍

Saturday, September 09, 2017

Mandi Laut Di Teluk Kemang..First Time Bawak Putera Mikaell

Salam Ladiess ♥

Ala teluk kemang je pun. dekat je. tapi yang dekat tu tak ter pergi, nak pulak yang jauh, memang lambat lagi la nak sampai tak gitu. keheh. percutian yang tak dirancang sebenarnya ni.. asalkan pergi jemput adik kat seremban, lepas tu lajak terus pegi port dickson. barang mandi tu memang tak prepare pun.. Putera Mikaell punya saja yang sentiasa bawak.

so, dia mandi sorang je la.. umi hanya mampu teman je main air sikit-sikit. tapi adik aku dengan kawan dia pun mandi jugak.. depa mmg ada pakaian sebab baru balik kampus. sebelum tu pagi-pagi dah pergi tesco dulu makan nasi ayam pukul 11 pagi. lepas tu pegi mr.diy beli menyodok pasir.. padahal kat umah ada banyak dah penyodok pasir sekali ngan lori. tapi bila percutian yang tak dirancang kena beli lagi.. murah je pun.


tiga orang kanak-kanak riang.. umi ikutkan kerenah mamasing.. duduk jauh jauh sambil minum air calpis perisa anggur. tengahari buta mandi memang takde orang sangat.. so heaven la kongker sesorang.. cuma cuaca tu tak berapa panas sangat.. masih boleh tahan la.. hitam pun tak sempat sebab mandi dan main kat situ lebih kurang sejam lebih je.. tak boleh lalama.. takut rentong pulak tak pasal-pasal.. hahha

Thursday, September 07, 2017

First Giveaway By Blog Buku Pinky!

Salam Ladiess ♥

Bila dapat invite kena la join tak gituu.. walaupun busy kena jugak bagi semangat support sesama blogger. padahal ada entry yang kena draf nih..  tapi takpe la.. mana tahu ada rezeki kat sini.. lagipun dah lama tak join giveaway/contest.. ni la masanya bila ada kelapangan sambil anak tido.. kehkeh

syaratnya mudah je.. jom join raramai katanya. :)


Friday, September 01, 2017

Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 )

Salam Ladiess ♥



klik banner untuk join :)
marilah support sesama blogger.. semoga ukhwah kasih sayang terjalin.. :)


Terima kasih sudi baca.

Tuesday, August 29, 2017

SGshop Merdeka Giveaway

Salam Ladiess ♥


Sg shop meedeka datang lagi.. yehu.. shopping lagi.. haha jom la join, masaih sempat lagi. okey kalau sebelum ni Giveaway ni terbuka kepada blogger je kan, tapi sekrang sudah ada dua ketagori iaitu untuk blogger dan yang bukan blogger pun boleh join.

kalau nak tau lebih detail cara-cara nak join tu boleh klik sini → SGshop Merdeka Giveaway
cuma kalau ada sememangnya blogger boleh follow stepp dibawah ni. kalau nak klik link ⬏ tu pun boleh. :)
klik banner untuk Join :)

Sunday, August 20, 2017

Q Switch Carbon Deep Cleansing Laser Therapy at Clinic MF

Salam Ladiess ♥

Pernah tak bila tengah bosan lepas tu tetiba terfikir nak pegi buat rawatan facial atau teringin nak rehatkan minda dengan massage dan therapy kat spa. aku selalu je terfikir macam tu, bila dah tido kan Putera Mikaell je lepas tu berangan kalau la dapat facial muka kan best.. dapat urut-urut sekali. tak yah aku sendiri yang susah hati nak berus muka dengan sabut. kahkah.

beberapa hari lepas, aku buat appointment untuk datang ke Clinic MF dan rasai sendiri rawatan facial kat situ. rawatan yang di tawarkan adalah Treatment Q Switch Carbon Deep Cleansing Laser Therapy bila aku dengar dia cakap laser terus kecut perut aku nak oii... haha macam seolah-olah terkejut dengar perkataan laser tu. sebab aku teringat masa bersalin czer dulu doc tu guna kaedah laser potong perut aku. ahh abaikan.

tapi aku buat-buat cool.. control sikit tak bgai nampak muka aku yang cuak. haha sebelum rawatan aku kena jumpa doctor dan diberi serba sikit keterangan mengenai rawatan laser ni sambil tengok jenis kulit muka aku ni. dan sebelum aku tanya, doc dah bagi tau yang laser ni tak sakit pun.. amboi dia perasan kot aku cuak.. haha

sebelum aku memulakan kisah pengalaman aku berada dalam clinic mf ni, meh aku memperkenalkan dulu apa maksud kaedah Q-SWITCH LASER ni serta benefit dia.

Friday, August 18, 2017

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Salam Ladiess ♥

Lazada contest kembali lagi, aku tak kan lepaskan peluang ni.. hehe walaupun tak belum pernah memang apa-apa lagi sebelum ni.. tapi semangat untuk join contest yang dianjurkan oleh lazada malaysia tak pernah luntur.. hahahha

sebenarnya aku lupa yang kita akan sambut kemerdekaan tak lama lagi.. bila aku blogwalking tadi aku nampak banyak giveaway merdeka yang sedang berlangsung. salah satunya adalah blogger contest dari lazada.


jom la ramai-ramai join, mana tahu kalau bukan rezeki aku tapi rezeki korang kan.. best la dapat shopping dekat lazada. klik banner untuk join. :)

Monday, August 14, 2017

Pusat Kecantikan Luminous Di Desa Park City

Salam Ladies

Bulan lepas, aku dapat peluang pergi pusat kecantikan luminous dan menyaksikan sendiri pusat kecantikan yang ohsem ni. bukan saja menawarkan khidmat mencantikkan kuku malah untuk facial pun ada. hebat kan. sebenarnya pusat kecantikan baru saja dibuka kepada semua orang. so masih fresh in oven lagi dengan servis yang tip top.

masa aku datang pelancaran Luminous haritu, servis belum lagi dijalankan walaubagaimana pun tetap nampak kretiviti dia yang ekslusif tu tau. jom sama-sama terokai.... Pusat Kecantikan..
Luminous Beauty Parlours [NAIL●FACE●EMBROIDERY]

Sunday, August 13, 2017

Tulis Blog Dengan Gembira...

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah, sejak beberapa minggu lepas aku mogok taknak tulis blog sebab ada fake blog yang sama macam blog aku, setelah blog telah digodam tempoh hari. aku siap bagi tahu client yang blog aku kena godam, dan aku kena selesaikan masalah ni dulu baru boleh draf entry.. haha nasib baik dia pun okey je sambil marah orang yang godam tu.

suami aku lagi la siap sugguest supaya aku buat polis repot sebab masalah ni sudah dikira memcuri periuk nasi orang lain. seorang pencuri haruslah ditanggap.. hahah gitu kan..

tapi aku ni baik hati, aku PM baik-baik, cakap baik-baik supaya tukar balik blog yang face tu, aku bagi masa untuk perbaiki balik masalah ni.. dan beberapa hari lepas aku ada check balik blog https://mylittlepad-syifa.blogspot.my/ then tada.. dia dah tukar kepada bentuk yang lain.. Alhamdulillah selesai jugak hal ni.


Saturday, August 05, 2017

Blogspot Aku Sedang Digodam!

Salam Ladiess ♥

Hari ni aku terpanggil untuk update entry ni. pernah tak korang dengar cerita pasal benda yang paling korang sayang lepas tu digodam, di curi tanpa mintak izin? dah nama pun mencuri kan, bila tahunnya nak mintak izin, betul tak? ini yang terjadi pada aku dan blog aku ni.

sebelum tu, biar aku bagi tahu dulu, blog aku ni biasa je takde apa yang menarik pun, aku bukan seorang yang daily update. tapi apa yang ada dalam blog aku ni totally adalah hasil dari tangan aku sendiri, mengantuk bangun aku untuk realisasikan blog ni. isi kandungan dalam blog adalah tentang aku dan anak aku, keluarga aku, tentang pengalaman aku, info, tips tips, collaboration serta paid/gift review.

boleh dikatakan semua yang tertulis dalam blog ini adalah hasil dari idea yang datang dari kotak fikiran aku dan jari aku yang menaip. Design blog https://intansaffyna.blogspot.my/ juga hasil dari rekaan aku sendiri yang aku edit siang malam tanpa kenal erti mengantuk untuk aku dapatkan kepuasan dalam blog ni.


jadi patut ke sesorang mencurinya??

Wednesday, August 02, 2017

Homemade Bubble Gum Sugar Scrub 100% Natural

Salam Ladiess ♥

Sejak habis pantang dua tahun lepas, tak pernah nak scrub badan sendiri kat rumah, ada pegi spa dua tiga kali lepas tu tak pegi dah. tak sempat baqhang. dudulu sebelum ada anak boleh la mandi lalama sikit, boleh sental yang mana patut, tapi sekrang nak mandi dua minit pun risau kat anak, padahal dia helok je duduk depan tv sambil layan youtube.

Sekarang aku nak mula balik scrub badan sendiri dirumah, putera mikaell pun dan 2y++ dah, dia pun behave je diam-diam.. nak mandi 4 jam pun senang hati dah.. haha dengan adanya Homemade Bubblegum Sugar Scrub boleh Hilangkan Daki Seluruh Badan! serius beb.. high recommend!


Bila sapu je kat badan kau akan rasa macam dua dalam satu, hebatkan? macam mana tu? okey.. mana taknya, satu kau pakai kat badan lepas tu daki semua hilangkan, yang kedua bila kau tengah pakai kau rasa macam kau tengah kunyah kat dalam mulut.. haha tau sebab apa? sebab bau dia wangi sangat macam swinggum.

Wednesday, July 26, 2017

KRAVVE.CO Handmade Salted Vanilla Peanut Butter

Salam Ladiess ♥

Selamat pagi bloggers! haa tengok, ni first time tau aku bukak blog update pagi-pagi, biasanya tengah hari atau malam baru up entry baru, itupun tunggu Putera Mikaell tido ataupun dia berada dalam dunia tab dia baru boleh senang hati nak tulis blog. nampakkan aku ni busy mummy.. hehe

walaupun busy aku sempat jugak siapkan sarapan untuk keluarga tersayang..haha gitu kan.. paling penting ialah kita mengunakan bahan makanan yang sihat dan berkualiti bagi menjamin kesihatan seisi keluraga.. baru-baru ni aku diperkenalkan dengan produk makan handmade yang sesuai untuk di buat sarapan dan minum petang.


Terdapat satu laman web online KRAVVE.CO yang menjual produk handmade mengandungi bahan semulajadi dan mengekalkan gaya hidup sihat. Di sini terdapat produk handmade seperti sos, jem, spread, stok perasa, rempah ratus, rendang paste, snack dan lain-lain lagi. Yang bestnya kesemua jenis peroduk ini dimasak sendiri di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, natural ingredients and no harmful preservatives.

Tuesday, July 25, 2017

Pembersihan Terbaik Dengan Maobao Washing Machine Cleaner

Salam Ladiess ♥

Part ni memang sesuai dengan wanita sebab dah sebati dah dalam diri mereka, sebab ape? sebab mesin basuh dengan diri anda berpisah tiada. betul tak? siapa rajin basuh pakaian angkat tangan! kalau aku tak rajin sangat pun haha.. tapi bila dah cakap basuh kain tu satu kewajiban, maka wajib la basuh walaupun bukan setiap hari.

lain pulak bagi setiap orang, ada yang ada mesin basuh sendiri kat rumah, ada yang takde, ada basuh kat dobi ada jugak yang basuh guna tangan. gonyoh² siap. kan! cuma kat sini aku nak tekankan yang ada mesin basuh sendiri dirumah, rasanya lebih kepada semua orang ada mesin basuh kan? tak mungkin lagi dah nak kena bawa besen kain pergi perigi untuk basuh kain.


okey. bukan saja kita sekadar basuh pakaian je tau, mesih basuh tu sendiri kena besihkan kena bebas dari segala kotoran dan bakteria yang terdapat pada pakain yang kita basuh setiap hari tu, specialy dari pakaian yang berpeluh, pakaian dalaman dan stokin akan melekat di mesin basuh, korang perasan tak benda. aku sendiri tak terfikir. ingatkan pakaian dah basuh wangi cukup kan.

rupanya...
teruskan membaca ye!

Friday, July 21, 2017

Mencintaimu Mr.Photographer Kena Jampi

Salam Ladiess ♥

huh! nak tarik nafas lega pun masih tersangakut lagi. busynya Ya Allah.. risau sangat takut blog ni terabai.. nak blogwalking apatah lagi.. masa sekarang macam air cepat je berlalu kita tanpa sedar. dunia nak terbalik ke apa nih..

kalau blog pun tak terlayan, macam mana pulak nak layan drama kat tv tu, memang tak laa kan.. kalau sebelum ni aku tak pernah tertinggal pun setiap episod drama astro ria pukul 10 malam, tapi sejak bulan ni busy nya sampai aku tak sempat nak tengok Mencintaimu Mr.Photographer. dah beberapa minggu berlalu drama tu.. banyak episod dah aku terlepas..

tapi aku tak kisah kalau terlepas episod sebab aku boleh tengok dekat http://www.layanon9.biz . masalahnya baru harini aku ada hati nak buka tengok drama tu sebabnya semua orang cakap cerita tu sweet giler sampai bersemut tv.. hah gituw..


Sunday, July 16, 2017

Jatuh Cinta Dengan Keajaiban Glow Glowing Cerah Seawal 7 Hari

Salam Ladiess ♥

Masih lagi dengan mood raya.. bila hari raya ni kan kita akan jumpa dengan ramai orang, kakadang orang yang kita akan jumpa tu tak dijangka, tetiba je akan muncul di rumah terbuka, betul tak? siapa pernah dapat situasi macam ni? aku lah tu, selalu terkejut sebab kakadang kita tak bersedia pun. dengan gemuknya dengan muka bersepahnya.. hahaha terlalu rendahnya diri ini. :)

bila ada yang memperkenalkan Glow Glowing 4in1, aku dapat selesaikan masalah kulit muka secepat mungkin dan seawal 7 hari sahaja. hilang semua parut manja tu, serius tau. Ajaibnya GLOWING BEAUTY SKIN 4 IN 1 ... kulit dah putih semulajadi sekarang ... kulit gelap, kusam dan tak bermaya kelihatan makin putih dan berseri ... tengok testimoni pengguna ni..hanya 7 hari sahaja kulit dah makin putih jelita uollss !!!


 Glog Glowing memang sangat sesuai dengan semua peringkat umur, lelaki dan perempuan. jadikan ia rutin harian inshaAllah perubahan ketara akan berlaku. memang magic skincare ni.

Saturday, July 15, 2017

Peluk Cium Datin Sri Rosmah Mansor Untuk Putera Mikaell Danish

Salam Ladiess ♥

ya Allah sayangnya bulan tujuh ni dah pun masuk separuh bulan da, tak lama lagi bulan ogos pun datang.. raya pun dah nak habis tapi entry raya baru hengeh-hengeh nak update..mashaAllah memang bezy sejak sejak ni, busy raya.. busy masalah.. busyy kerja.. sampai blog pun dah berabai.. harap reader tak de lari lah ye.. jemputan pun banyak, tapi banyak jugak kena tolak sebab jadual dah penuh. open house lagi la.. tak terpegi bak hang.. terima kasih babnyak sebab jemput iols..  email pun tak sempat balas, invite yang tak ter reply pun ada.. ampun kan saya bos! maaf sangat!

berbalik pada tajuk asal harini, nampak macam gempak tak? haha takde la sebenarnya pagi raya lepas kami satu family sembahyang raya dekat masjid Wilayang Kuala Lumpur, malam raya tu baru kami plan pakat² decide yang sembahyang raya kat sana.. sebabnya dah alang-alang kami tak balik raya kat kampung tahun ni, jadi bila dah cadang kat kL wajib la cari masjid kat kL..

masa sampai tu, memang ramai jugak la orang datang sembanyang kat sana, aku pelik jugak ramai-ramai ni tak balik kampung ke.. haha aku ni first time raya kat kL sebelum ni mesti balik kampung bila raya.. dan sejak lahirkan Putera Mikaell selama dua tahun aku tak datang masjid untuk sembahyang raya, tapi tahun ni alhamdulillah dapat tunaikan..


belanja satu gambar raya! ulang² letak gambar ni pun takpe kan.. sebab ni je kenangan yang ada untuk raya tahun ni.. gambar lain semua ke laut haha..

Saturday, July 08, 2017

Giveaway Nurul & Friends

Salam Ladiess ♥


klik banner untuk join :)
sebelum tu, ikut semua syarat ye.. klik sini.
1. Buat entri yang bertajuk "Giveaway Nurul & Friends"
2. Copy banner dekat atas tu dan pastekan dalam entri korang.
3. Korang boleh copy semua entri ni ataupun nak buat entri sendiri.
4. Backlinkkan banner tu tau.
5. Dah siap, submit link dekat komen :)

Terima kasih sudi baca.

Friday, July 07, 2017

AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS

Salam Ladiess ♥

SERAMAI 32 PEMENANG DICARI !!!
Syarat²
1- Ikot semua syarat dibawah 👇
(klik banner untuk tengok syaratnya.)
2- Buat satu Entri bertajuk "AIDILFITRI GIVEAWAY BY FAYE AND FRIENDS"
3- Letak Banner diatas dan backlinkkan ke entri ini
4- Tag dua orang rakan anda {pastikan mereka tahu}
5 entri pautan Komen anda!


Terima kasih sudi baca.

Thursday, July 06, 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2017

Salam Ladiess ♥

mood raya memang tak habis lagi, rindu nak makan laksa lagi, rindu ketupat rendang jugakk.. hehe dalam mood raya ni, nak update blog pun malas.. balik dari menternak lemak (open house) terus tido, letih sangat la tu tambah kenyang pulak kan.. parah dah macam ni.. diet pun dah kelaut.. kahkah..

takpela raya kan sebulan, nak tunggu raya lain tahun pulak.. so, yang mana ada tu kita balun saja lahh.. tak gituww.

entry raya ada tapi takdan nak taip lagi, sebelum ni pun dok draf entry client je.. alhamdulillah rezeki ramadan shawal. rezeki anak jugak.. dan ada masa secoit ni boleh la taip lalaju nak ucapkan selamat hari raya kat rakan-rakan blogger.. yang tengah meriah lagi raya kat kampung tu best la kan.. kami dah raya kat kL hehe

jom nak belanja gambar raya satu..

#teamtemamerah
kami #teamrayakL je, then pagi raya tu pegi sembahyang raya kat Masjid Wilayah Kuala Lumpur. lepas tu Putera Mikaell kena peluk cium dengan Datin Rosmah Mansur. haa sambung di entry lain ye pasal kisah di Masjid Wilayah tu. :)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN. | 2017
#salamkosongkosong #raya2017

UPDATE 15/7/2017 : Peluk Cium Datin Sri Rosmah Mansor Untuk Putera Mikaell Danish 

Terima kasih sudi baca.

Saturday, June 24, 2017

Cara Dapatkan Tiket Menaiki Jet Peribadi Cessna 127

Salam Ladiess ♥

waw! paling excited tau, Bintang  Fashion menawarkan anda menang 1 tikert naik jet peribadi. mudah je hanya dengan Like dan Share tertinggi di facebook dan instagram saja anda boleh menang 1 tiker boleh bawa 2 pax menaiki jet cessna 172 mengelilingi KLCC dan menikmati pemandangan yang indah.. Syokknya..


nampak poster besar gedabak tu, kat dalam tu pun dah jelas cara dan syarat untuk pertandingan ni. rugi tau kalau tak join, kalau memang tiket naik jet peribadi ni kita boleh bawa lagi sorang orang tersayang kita naik jet ni sekali.. bertuahkan..

Menang RM500 Shopping Raya Daripada Bintang Fashion

Salam Ladiess ♥

Alhamdulillah, nak dekat raya ni, murah rezeki pulak kan.. orang kata di penghujung ramadhan ni rezeki yang datang tu berkat.. mudah-mudahan la kan. di facebook ramai yang tanya macam mana boleh memang rm500, banyak tu.. siapa nak bagi kan.. hehe sebenarnya tak ramai yang tahu pasal contest ni tau, ni khas untuk blogger je.. tapi blogger pun bukan senang nak dapat, yang terpilih saja yang tau pasal contest ni. haa gituw la..

sebelum tu, aku ada collaboration dengan Bintang Fashion, Fiesta Raya 2017 Di Bintang Fashion. lepas tu secara outomatik dikire untuk join contest ni, dan alhamdulillah tak sangka pulak boleh menang shopping sampai rm500. terkejut punya pasal sampai amik bantal letak kat muka sambil nangis.. haha boleh kan.

hasil dua bag shopping yang dibantu oleh manger Bintang Fashion kawan aku sendiri. 
Alhamdulillah.. 
bermulalah kisah aku misi mencari Bintang Fashion terdekat, aku cadang nak terngok-tengok dulu beberapa kedai bintang fashion, firstly aku masuk di Bintang Fashion di sri gombak, tetiba aku nampak kawan sekolah dulu, la keja sini ke.. hehe.. senang la aku nak cari pakaian kalau ada kawan kan,, senang nak tanya apa². hehe

Mood Raya Dah Sampai, Tak Sabar Nak Balik Kampung

Salam Ladiess ♥

Ramadhan dah hampir kepenhujungnya.. ya Allah rindunnya nak bertemu dengan ramadhan lagi. jika diizinkan.. inshaAllah tahun depan berjumpa lagi. selalu berdoa untuk berada dalam ramadhan yang diberkati dan dirahmati, serta diampunkan segala dosa. seperti ditahun-tahun yang lepas hari raya akan di sambut di kampung rumah mertua. suasana tu dah kian terasa sangat.. rasa berkobar-kobar tak sabar nak balik kampung.

Di manakah anda meraikan Raya tahun ini?


Setiap tahun dua tiga hari lagi sebelum raya mesti akan balik rumah mertua dulu di penang, lepas tu raya kedua baru gerak pegi kedah pulak rumah tok aku, (kampung mama). bukan jauh pun satu jalan je kan.. biasanya malam raya dirumah mertua selalu meriah, dengan bunyi mercunnya pung pang pung pang.. tapi aku tak minat sangat bingit telinga.,. hehe..  dengan riuh rendah anak buah lagi.. memang seronok la.. kami ipar duai ni, masing-masing menbuzy, ada yang kalut ngan anak, yang tengok tunggu turn nak gosok baju raya.. sebok tolong mak mertua buat rendang daging kat dapur.. isi kuih raya dalam balang.. macam-macam gelagat boleh tengok. rindu suasana macam tu setiap tahun, berkumpul raramai adik beradik. nak pulak adik beradik ramai macam husband iols ni. hehe

Friday, June 23, 2017

Bertukar Kepada Watsons Treatment Shampoo Yang Lebih Menjimatkan

Salam Ladiess ♥

lately aku selalu runsing tak tau nak tukar shampoo apa untuk kulit kepala lebih fresh dan rambut bermaya.. bila seharian pakai tudung kat luar boleh buat rambut gugur kalau takde udara untuk refreshkan balik kulit kepala.. that why aku selalu fikir shampoo yng sesuai dan yang paling penting menjimatkan.

bila ada yang suggestion untuk aku, terus aku bertukar kepada shampoo yang biasa aku pakai sebelum ni, kepada Watsons Treatment Shampoo. shampoo treament ni memberi lembapan kulit kepala yang sangat sempurna.

Treatment Shampoo Re-energising memberi rasa nyaman dan fresh untuk kulit kepala, dalam masa yang sama rambut akan kelihatan segar dan sihat bersinar. ada beberapa flavor untuk treatment shampoo ni, tapi aku pilih delima sebab aku suka makan buah delima, hehe baunya pun sangat-sangat wangi. terus aku jatuh cinta tau. 😍