Thursday, December 29, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 18 : My Gadget

Salam Ladiess ♥

Gadget. aku bukan gile gadget.. haha tetiba. rasanya entry ni ringkas je sebab aku bukan ada banyak gadget pun. yang ada ni pun aku tak pakai, nak bawak lagi la tak larat nak usung, berat. handphone je yang mampu bawak merata. wajib.

tapi kalau pegi travel mana² atau balik kampung tiga benda ni memang aku akan bawak, walaupun kadang² tak guna pun. saja buat berat kereta je. haha gadget yang aku ada laptop,tablet,iphone. ni aku nak cerita satu satu, ada sejarah tersendiri.. okey tipu je, takde la sejarah sangat just story jer. 

Laptop Acer Aspire.(2013)
Dulu aku update blog guna computer dan pc buruk je yang ofis lama aku bagi, mulanya okey la, tapi lama kelamaan dia buat masalah, aku ni jenis kerja aku nak cepat je, kalau asyik heng je apa kejadahnya kan. tambah masalah lagi kalau aku tengah edit gambar atau buat coding lepas tu jammed! ko ghase nak hempuk je kan.. kakahkah.. 

aku mengadu la kat boyfriend(now husband) aku, lepas tu dia belikan aku laptop seketul. haha puas hati aku. berjaya la aku siapkan semua kerja coding. lepas tu dekat dua tahun aku tak pernah bukak laptop. sebab laki aku belikan aku tab. tak lama lepas tu aku buka balik sebab nak simpan gambar.

Sumsung Galaxy Tab 3 10.1 (Okt 2013)
Aku nak beli handphone baru, tapi laki aku cakap tak payah sebab aku dah ada henfon buat apa nak beli lagi, dia kata beli tab la sebab senang nak bawak kemana² tak payah gigih sangat usung laptop. nak update pun senang besar jugak macam mini laptop, hanya perlu bluetooth keybord je.
nak dapat barang baru aku pun yeayyy kan jelahh.. tapi aku nak iphone5s😏
gambar tu masa pregnant tiga bulan kot tak silap. membulat macam belon bakhang.. haha orang kata ibu mengandung kalau asyik mengadap gadget nanti anak pun turut mengadap jugak.. 👇

Saturday, December 24, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 17 : Travel

Salam Ladiess ♥

Entry travel kali aku tak sempat nak cerita panjang² tapi aku sempat cari gambar untuk memenuhi ruangan entry ni. gambar dalam entry ni adalah masa short vacation yang sangat limited hari tu. ada beberapa location yang kiteorang pergi. jom tengok. hehe

1. Titi Hayun, Kedah
Tempat ni dekat je dengan kampung aku, saja bawak tok walaupun tok dah banyak kali pegi sini. tok pun excited sebenarnya sebab cucu menantu bawak jalan merata. aku baru ja kawen time ni. hehe 🙈
masa tengah jalan² kat sini, aku ada tegur sebuah rumah lama kat situ, aku cakap ape tah lupa pulak.. lepas tu aku jalan beberapa langkah tetiba aku jatuh, jalan lagi jatuh lagi.. macam ditolak-tolak. tok pon amik daun mende tah dia kibas² aku. ee.. seram!

Friday, December 23, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 16 : Obessison

Salam Ladiess ♥ 

Aku suka part ni, selalunya laki aku yang cakap kat aku obses. aah memang pun aku terlalu obses pada filem dan drama-drama filipina. very much. rasanya dah takder siapa boleh ubah obses aku ni. melainkan diri aku sendiri. haha itu pun kalau anak aku kacau. kalau tak jangan harap nak ubah channel.

tapi banyak lagi altinatif lain aku boleh tengok filipin selain kat tv. laptop dan drama filipin akan sentiasa menjadi meneman aku walaupun kat dapur sambil masak.obses kan aku.

aku mula obses dengan drama filipin sejak tujuh tahun lalu. tak pernah aku terlepas satu episod pun drama filipina yang pukul 3 tu. dah habis sejam aku akan sambung tengok yang online punya. sampai aku kenal dah setiap pelakon filipina.

kalau drama pilipin tu takdah subtilte pun tak pe aku boleh jugak tengok sampai habis. dah berpuluh drama pilipina yang aku dah tengok sampai habis, kalau episod sampai 100 lebih pun aku sanggup habis kan. ulang² tengok banyak kali pun pernah.



kalau pelakon drama tu orang yang aku suka macam marian rivera dengan laki dia dingdong dantes tu. lagi la aku obses. kalau marian dengan hero lain pun aku tengok jugak, asalkan marian. yang pelakon lain pun aku tak kisah. sebab asalkan drama filipina.

Thursday, December 22, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 15 : Blog I Love

Salam Ladiess ♥ 

Alamak! part yang lemah ni, aku pun baru join blog ni balik sejak awal november lalu. jadi belum dapat lagi blog yang aku betul² minat. tapi aku masih lagi tengah fikir pasal tajuk 'blog i love' ni aku kena cari blog yang aku suka dan inlove sangat atau aku hanya perlu tulis blog jenis blog yang berkualiti dan berguna?. pening aku.

Bagi aku, aku suka blog yang ringkas, ringan, dan penuh dengan pengisian. tapi kalau pengisian tu terlalu berat, aku ni tak suka pulak membacanya. haha. jadi sepanjang dua bulan ni aku selalu blogwalking banyak jugak blog yang jumpa dengan bermacam² cara. 

disini aku senarai blog yang aku suka baca antaranya :-

Wednesday, December 21, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 14 : Favourite Colour.

Salam Ladiess ♥ 

Dari dulu lagi memang minat sangat warna pink. memang sinonim dengan perempuan kot colour pink ni. aku pun pelik dalam banyak² colour pink jugak jadi pilihan. semua benda pink aku akan dapatkan. tapi pernah je aku pilih warna lain saja nak tengok sesuai ke tak dengan diri aku.

sebelum ni, aku saja tukar diri aku kepada colour purple, merah dah putih. tapi tak lama dalam dua tiga tahun je aku mesti kembali dengan colour pink balik. 
apa saja benda yang cute tu kaler pink pasti aku akan beli. laki aku pulak tak kisah dengan kaler febret aku. dia pun akan bawak balik bagi aku kalau dia jumpa benda alah cute pink. selamat la ada orang setuju join aku. tapi kalau pegi mana² in public, kalau benda pink yang aku suruh laki aku pegang mesti dia taknak. katanya mana lelaki pegang benda pink. aku gelak je. haha.

Tuesday, December 20, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 13 : Petua Orang Lama

Salam Ladiess ♥

Gigih aku call tanya mak aku semata-mata nak sahut cabaran ni. mak aku pun pelik dengan soalan aku tengah malam ni, katanya tak boleh tunggu esok ke nak tanya petua. haha. aku mintak lima petua sekurang-kurangnya. jenuh fikir mak aku ni pun.

sepanjang tiga minit lebih mak aku dokk hmmmmmm.. nak fikir petua orang lama dudulu. akhirnya dapat jugak petua lama ni. setengah jam sembang pasal petua orang lama ngan mak aku.

mak aku kata tak semestinya petua tu dalam segi kesihatan dan penjagaan, tapi dari segi perbuatan jugak ada maksudnya tersendiri. ini adalah petua yang dikatakan orang tua dudulu. tapi zaman sekarang banyak berubah. adakala orang sekarang dah tak mempercayainya lagi. 

aku tak pasti la bab ni, cuma kalau betul atau tak tu, kita ambil jadi kan tauladan dan sempadan di masa akan datang. yang tak percaya tu terpulanglah kat diri masing². hehe
ini adalah diantaranya petua orang lama yang aku dapat.

Monday, December 19, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 12 : Tips Kecantikan

Salam Ladiess ♥ 

Bila sentuh bab kecantikan, mesti semua orang nak cantik pada wajah saja, tapi tidak pula fikir pada anggota yang lain, walaupun ianya jugak penting untuk kecantikan menyeluruh. betul tak?? tapi tu sesengah pandangan saja. nak cantik pun mesti kena ada sedikit masa siapkan diri untuk cantik.

perkongsian aku dalam bab ni adalah perkara yang aku pernah amalkan sendiri dirumah, sebab dengan cara ni jugak berkesan jika diamal secara konsisten tanpa ada rasa putus asa. kalau sesekali terlupa takpe (aku lah tu). hehe

Nak cantik hanya perlu rembat barang didapur saja
murahkan? tambah pulak kalau masih bujang dan duduk dengan family. rembat jela mak kau punya barang nak masak tu, yang penting mintak izin dulu la.. kang mak kau nak masak gulai hilang pulak lengkuas dia..haha (ehh.. nak masak gulai guna lengkuas ke?)

1. limau kasturi.
aku suka limau ni bila buat jus waktu tengah hari. hilang dahaga. limau ni jugak boleh menghilangkan blackhead/whitehead yang tengah melepak kat hidung dan dagu kita. aku dah buat memang menjadi. makin hari makin hilang. cuba amalkan seminggu direct.
2.kayu manis.
bukan hanya sekadar untuk masak kurma je guna batang kayu manis, tapi ia jugak boleh buat skcrup muka. caranya tumbuk sebatang sampai jadi serbuk. kalau nak cepat cari yang halus sikit. lepas tu gosok tangan atau kat kaki. biar hilangkan daki berkerak tu. nak gosok kt muka dengan leher pun takda masalah.

Sunday, December 18, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 11 : 5 Lagu Cinta Kegemaran

Salam Ladiess ♥

waw! lagu cinta. oleh kerana dah berapa hari terskip entry blogging challenge ni, aku malas nak taip panjang. dah lah baru balik kenduri. penat , tak larat , mengantuk. tapi disebabkan aku kena cari lagu cinta kegemaran, so aku nak bukak youtube jap.

confirm tak ngantok dah sebab layan lagu-lagu kat utube. ok jap nak cari lagu dulu.
okey..


1.Tuhan Jagakan Dia 

2.Disaat Aku Mencintaimu

Saturday, December 17, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 10 : Vision Board' Pengasas

Salam Ladiess ♥

untuk vision tahun ni ada yang belum tercapai dan yang dapat dicapai pun sudah. alhamdulillah berkat doa , usaha dan tawakal inshaallah Allah bantu. yang belum capai tu boleh bawak ke next year. 

(Aku nak skip sementara tajuk ni boleh?? , ada masalah teknikal yang aku perlu selesaikan sebelum aku siapkan entry ni.. tapi entry lain still on. aku akan continue edit entry ni next time, tapi aku tak nak simpan dalam drif. aku nak publish jugak.) harap maklum.

update temporary 18 dec 2016
9.53 pm



Terima kasih sudi baca.

Friday, December 16, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 9 : Selfie' sampai lenguh

Salam Ladiess ♥

Hi,hmm aku failed dah! aku dah skip tajuk ni. sebab musabab adalah rahsia.kahkah. tajuk kali ni best sebab kita akan syok sendiri dan perasan bila selfie. dari dulu lagi aku suka selfie tapi tak tahu pulak bila tangkap gambar sendiri guna tangan sendiri pegang hanphone tu namanya selfie. ye dak.

tapi dudulu masa zaman guna sony ericson cybershot, aku selfie guna camera belakang je kot, gigih la aku sengeh sambil tangan sedepa jari tekan button. haha.. sekarang dah tak payah nak lenguh tangan dah. selfie depan screen terus. nak lagi depan zoom sikit.

kalau dulu selfie sesorang tapi sekarang dah ada dua tiga orang yang akan himpit aku bila selfie. 😍
zaman baru kawen dating sakan la.. selfie pun tudung pun masih terletak elok je. tunggu jap lagi bila kau dah anak nanti, senget benget gambar kau. 😂
 handphone kau akan full selfie kau dengan anak kau. 

Tips : Mengatasi masalah period pain

Salam Ladiess ♥

Pernah rasa sakit akibat senggugut? Pernah rasa betapa sakitnya senggugut..sampai tak boleh nak duduk, nak berdiri lama pun sakit, baring pun tergolek sini sana. Kaki rasa kejang, perut memulas, pinggang sakit..mungkin pernah dirasai oleh kaum hawa tetapi bukan kaum adam, dan tak semua bagi kaum hawa yang merasai. Bagi yang tak merasai kesakitan senggugut amatlah bertuah, dan bagi yang merasai bersyukurlah sebab tak semua merasai kesakitan senggugut.

Senggugut biasanya berlaku pada perempuan yang masih belum lagi berkahwin, namun ada juga yang berkahwin yang masih mengalami senggugut. Senggugut berlaku akibat kuncupan rahim yang kuat akibat pintu rahim yang sempit. Jadi yang tak merasai senggugut pintu rahim mereka luas? Senggugut sesuatu yang biasa, tapi jika senggugut masih berlarutan selepas kahwin, ini akan menyebabkan penyakit endometriosis.

Endometriosis merupakan masalah dimana dinding rahim secara abnormal wujud di bahagian luar rahim. Endometriosis adalah masalah terdapat dinding rahim tambahan. Jadi bagi yang mempunyai masalah berlarutan, selepas kahwin atau selepas melahirkan anak..jangan pandang remeh masalah ini. Mencegah itu lebih baik dari mengubati =) Jadi teruskan kepada tips ketika menghadapi senggugut. 

1. Sapu dan urut bahagian yang sakit dengan minyak.  Sapu bahagian badan seperti perut, kaki, pinggang yang sakit dengan minyak. Pastikan bahagian badan yang sakit sentiasa dalam keadaan yang panas, kerana ia mampu meredakan dan menghilangkan rasa sakit. Jangan lupa untuk urut sekali, terutama bahagian kaki yang sentiasa kejang. Guna minyak yang bersesuaian seperti minyak cap kapak, pati halia atau ubat yang rasa berkesan serta perlu. 

Thursday, December 15, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 8 : Fashion Saya

Salam Ladiess ♥

Rasa nak skip je tajuk ni.. haaha. boleh? sebab aku takde gaya nak berfashion. betul tak de. kalau aku gantikan dengan fashion anak aku boleh kan.. apa yang anak aku pakai aku jugak yang fashionkan dia, jadi tak salah lah kan.. 

dulu aku sebelum pregnant aku teringin nak anak perempuan, sebab dalam fikiran aku anak perempuan comel, boleh berfashion dan bergaya macam-macam.. banyak pakaian untuk baby dan kids girl yang cute, kalau tengok kat online shop tu geram sasangat. rasa nak beli je. tapi nak buat apa kan, membazir je. tapi aku ada beli jugak kasut baby girl hello kitty. tak boleh tahan dah cute sangat.

lepas dah melahirkan baby boy danish, ohh! rupanya aku silap, tak semestinya baby girl je boleh berfashion, baby boy pun boleh. huhu.. pelbagai ootd aku bagi anak aku. yang penting kasut tak pernah tak pakai. banyak kasut daddy danish beli sampai ada yang tak sempat pakai tapi dah tak muat. yang dah pakai tu pun baru dua tiga kali je pakai. ( aku nak jual preloved baby ootd nanti, siapa nakk?? - comingsoon )

entry banyak gambar.😎
ni masa raya 2015, danish baru 5 bulan. #danishfirstraya gaya ni daddy danish punya requst lepas tu terus tempah jubah dan serban tu. 
ootd kenduri. Danish 11 bulan.

DECEMBER GIVEAWAY by AINUL AQMA

Salam Ladiess ♥


1. Buat entry dengan tajuk: DECEMBER GIVEAWAY by AINUL AQMA 
2. Like page ni: 
  
3. Follow instagram ni (for those yang ada instagram). 
Alaaa 3 ig je :D @ainulaqma @eesbeenatura @premiumbeautiful_expert 3.
WAJIB la follow blog aqma :) AINULAQMA.COM 
4. Pastikan letak link entry uols kat komen post ni ye. Thank youuu :) 
Dah.. tu je syarat2nya. MUDAH sesangat taw~ Sambil2 korang join GA ni jemput la singgah blog peserta lain juga nanti ya. Hwaiting!  


Terima kasih sudi baca.



Giveaway by Pulsera MY

Salam Ladiess ♥

TARIKH: 12 DISEMBER 2016 - 16 JANUARI 2017  
Hi, dengan ini saya nak ajak semua join Giveaway yang pertama sekali saya buat bersempena dengan NEW YEAR BRACELET COLLECTION BY PULSERA MY yang hanya akan mula dijual pada tarikh 17 Januari 2017 nanti. Giveaway yang saya buat ni kira macam sneak peak untuk release collection baru dari PULSERA MY. Join Giveaway ini dan anda berpeluang menjadi salah satu daripada 3 pemenang yang akan menerima seutas bracelet exclusively hand made from PULSERA MY.
Ikuti syarat syarat yang mudah dibawah:  
1. Save gambar banner dan link kan ke entry ini. 
2. Mesti letak tajuk entry "Giveaway by Pulsera MY"
3. Copy link entry anda dan paste kan di ruangan komen blog ini. 
4. Post gambar banner di IG personal anda dan tag @pulsera.my dan 3 orang rakan anda. Pastikan IG anda Public ya
(Hanya sekali post sahaja, tak perlu banyak banyak) 
*YANG TAKDE IG TAKPE, BOLEH SKIP THIS SYARAT* 

 Terima kasih sudi baca.



New Year Giveaway by MF

Salam Ladiess ♥


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.

KLIK BANNER UNTUK JOIN
Hadiah:
Grand Top Referral : RM100
Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)
Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners
*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Terima kasih sudi baca.




Wednesday, December 14, 2016

Rahsia Disebalik Cube Ais

Salam Ladiess ♥

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara saintifik, dalam blog ini telah diterangkan dengan lebih mendalam dalam katagori Teori Tekanan. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais :

 • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. 

 • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 

 • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini. 

 • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

• Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya. 

 • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 

 • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. 

 • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. 

 • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. 

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 7 : Apa Yang Saya Baca

Salam Ladiess ♥

aduh! part ni paling lemah sebab aku bukan seorang ulat buku. pernah baca novel pun zaman jiwang dulu masa bujang.. boleh la feeling leleh. sekarang ni dah tak dapat nak himpun masa untuk membaca. tak dan haih! 

oleh itu, untuk entry kali ni, aku tak baca apa-apa pun buat masa sekarang. tapi ada la selai dua aku buka google tengok beberapa info semasa.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk anak-anak dan diri sendiri. 

Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya. Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca. Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu, masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan. 

Tuesday, December 13, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 6 : My Love

Salam Ladiess ♥

Rasa tercabar betul, hari ni aku lewat lagi update entry cabaran blogging, kalau bukan disebabkan aku follow low ni, dah lama aku tido sasama dengan anak aku. tapi apa kan daya walaupun pun terlewat masih lagi sempat kalau aku taip laju-laju.

tajuk kali ni tak susah rasanya, sebab ianya lahir dari hati, banyak kesayangan aku dalam hati ni sampai cerita pun berlumba² nak pilih yang mana satu paling my love.

selain cintakan Allah dan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad saw sempena menyambut maulidurasul hari ini, kita juga tak terlepas dari menyayangi sesama manusia. tapi disini aku ingin kongsikan kisah kesayangan aku hari ini inshaAllah till jannah.

tiada yang paling penting dalam hidup ini selain kasih sayang keluarga tersayang. mama baba dan adikberadik. aku juga telah mempunyai sebuah keluarga kecik bersama suami dan anak lelaki aku. 
Mencintai tidak hanya sekadar untuk dicintai, tetapi bagaimana menjaga dan menghargai perasaan yang disebut cinta. love you husband. 💖💞💘
Gambar tu aku tengah pregnant 3 bulan, tak nampak lagi baby bumb. kisah bermula tahun 2009 perkenalan aku dengan suami, bercinta 7tahun, diijabkabul 2013 sekerang dah 3 tahun berkahwin. dan dikurniakan anak lelaki sorang 2015 yang berusia 1 tahun 11 bulan. pejap celik dah kawin 3 tahun, anak pun dah nak masuk 2 tahun da. tak terasa masa dah banyak berlalu.

Cukur rambut pertama kali ;)

Salam Ladiess ♥

#trowback, selepas belek² gambar dan fikir entry ape yang nak masuk kali ni, terus ternampak gambar danish tengah cukur rambut. first time buang semua rambut selepas lahir. tapi selepas akikah baru botakkan. 

masa tu danish baru berusia empat bulan, daddy yang cukurkan rambut danish. mula-mula guna mesin lepas tu baru cukur sampai nampak kulit kepala. terkejut jugak danish masa dengar bunyi mesin tu. hehe kesian dia.
 yay! abang botak abang sado.

Monday, December 12, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 5 : Apa Ada Dalam Bag Saya

Salam Ladiess ♥ 

waw! dah masuk hari kelima aku ikuti cabaran blogging ni, tapi kali ni aku agak lambat sikit publis entry. sebab musababnya aku agak malas nak selongkar apa ada dalam handbag, bila buka bag ja pasti amik masa dua hari baru setel. kan,kau nampak tak aku menipu. 

kalau sekadar check bag keluarkan barang yang patut je aku tak kisah sangat tapi aku kena bagi masa berminit² untuk check segala kertas resit, bil, dan sampah tisu yang dah tersadai berhari-hari dalam bag. nasib baik ada entry ni dapat jugak aku kemas sikit.

dalam bag aku tak banyak barang pun, aku tak suka bawa barang banyak sebab kejap lah memang akan penuh dengan tiba-tiba.. dengan botol susu, mainan danish, tambah dengan powerbank laki aku lagi, semua benda nak sumbat dalam handbag aku. huh penat galas.

sebab tu aku bawak barang yang perlu sahaja. 
bag aku kecik coet je tapi masih muat kalau nak isi anak gajah sekali pun. 😳 ini adalah barang sentiasa ada dalam handbag.
purse
bendalah buruk tu dah dekat 6 tahun aku guna tak pernah tukar pun,aku sayang purse tu sebab ianya hadiah dari boyfren (suami) aku masa mula-mula kenal dulu. aku tak kisah purse tu dah lama, bagi aku ianya sangat berharga. ada juga aku terfikir nak ganti yang baru tapi selalu berbelah bagi, sebab aku takut nak menduakan dia. haha

Kelebihan Mandi Malam

Salam Ladiess ♥
Mandi Malam.🛀 Ni tabiat aku, kadang-kadang aku suka mandi waktu malam, rasa selesa sangat sebelum tido, tapi ada yang mengatakan mandi malam tak elok, ya aku akui ada kala benar kenyataan tu, manakala ada bagusnya jugak mandi malam sebab katanya awet muda kalau mandi selepas pukul dua belas tengah malam. 

Untuk memastikan, aku cari beberapa artikal yang boleh menyenangkan hati. maka setelah menbacanya baru la lega sikit. rupaya betul ada bagusnya mandi malam dan aku juga baca keburukannya. sini aku share sekali kelebihan mandi malam. 

Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. 

Sunday, December 11, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-59 | 2016

Salam Ladiess ♥ 

kembali lagi dengan cerita #trowback, anak umi dah 1 tahun 7 bulan (31082016). umi dah bercadang awal-awal nak bawak pegi tengok bunga api, memandangkan anak umi dah besar dah pandai tengok dan pandai bercakap. umi nak danish gembira di hari kemerdekaan melaysia yang ke-59 ni.

walaupun ianya first tapi umi nak jugak bagi danish rasa kemeriahannya. dalam hati umi risau sebab umi takut danish terkejut dengar dengtang dengtum bunyi bunga api. malam sebelum pukul dopbelas, dah siap awal pergi sebab tak nak jem kat klcc. bukan kat tepi kolam klcc ye, situ lautan manusia. umi daddy bawak danish dekat belakang klcc.

harap kengkawan umi tak kisah la ye, sebab entry ni antara mak dan anak. nanti umi dah tua, danish boleh baca balik entry ni dalam blog umi. 😎 

tapi bosan sikt sebab gambar takde. video pun boleh la selai dua.
 oh ada selai gambar, jadilah.. hi maksu.. video 👇

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 4 : Tips Kemas Rumah

Salam Ladiess ♥ 

sunday adalah masa paling sesuai untuk mengemas, tapi di hujung tahun macam sekarang selalu banyak jemputan kenduri, jadi masa mengemas terhad, masak pun tak payah sebab dah kenyang makan nasi kat kenduri. cuma bagi aku bab ni macam lemah sikit, aku hanya mengemas bila rasa bersepah je, aku jarang mengemas umah. paling aku selalu kemas pun kat bilik anak, itu pun kutip mainan yang berterabur dah siap, tambah sekarang anak aku dah hampir 2 tahun, aku suruh tolong kemaskan sekali dia dah faham. senang kerja.

kalau mintak tips memang takde, tapi aku boleh share cara aku mengemas secara pantas. memandangkan aku house wife sepenuh masa, semuanya dah terjaga rapi. sentiasa jugak aku belek⁡² yang mana tak kena. itu pun ada terlepas pandang kadang² laki aku cakap. haha

aku ni jenis buat dua tiga kerja dalam satu masa, orang kata buat satu² baru sempurna kerja tu, tapi aku tak, walaupun aku suka buat banyak kerja sekali gus tapi semua okey je. selesai jugak. kemas jugak. malah lebih dari selesai.

jom follow tips cara aku.(sambil - sambil jerr)

Saturday, December 10, 2016

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-58 | 2015

Salam Ladiess ♥

selamat hari kemedekaan anak umi, gigih umi beli bendera babanyak semata-mata nak buat baju merdeka sudirman. semangat sangat umi tau. tapi nenek danish yang jahit ni.. exited umi bila dah siap baju ni. 

malam esok nya merdeka umi laju-laju pakai kat danish. tapi tak pegi mana pun, duduk rumah je. posing kat umah jela mampu. tak mampu umi nak bawak danish tengok bunga api pompom.. danish kecik lagi baru 7 bulan.

tak salah kan kalau umi nak #trowback gambar merdeka banyak-banyak.. 😇😅


 Awas! Entry banyak gambar 😎

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 3 : Tempat Makan Best

Salam Ladiess 

Jenuh fikir tempat best, boleh dikatakan semua tempat yang aku pernah pergi makan tu best, makanan sedap, servis baik. tapi kat sini aku pilih satu je la sebab tempat ni yang aku selalu pergi ulang² tanpa rasa jemu. 

tambah dengan makanan febret aku pulak, mana taknya aku selalu pegi sana melantak. ye dak. jauh sikit takpe janji kepuasan yang penting.
jawapnya aku makan dua pinggan, sambal lebih banjir. pedas takpe aku mampu tahan. haha suami marah tak bagi makan pedas, tapi aku tak pedulikan.. haha terukkan.. sebenarnya aku tak tahu ape yang istimewa sangat tempat ni, sebab suami aku cakap biasa je.

tapi bagi aku walaupun tempat ni sentiasa dipenuhi orang, aku akan tetap bersabar menungu sehingga aku dapat tempat dan terus order. aku rasa tempat selesa dan makanan dia sedap! apatah lagi bila menikmati nya bersama keluraga. 

Nasi Ayam penyet, wong solo
banyak sangat celoteh tapi tak bagi tahu kata tempatnya pun tak boleh jugak kan. okey ni aku pegi makan kat.. siapa tahu ? siapa cam? siapa pernah pegi? ni kat wong solo bangi. menu utama kat sini nasi ayam penyet. sambal memang letup beb! tapi banyak lagi menu lain kalau nak tambah.

aku kalau sampai bangi je memang wajib datang makan sini. suami on je asalkan perut bini dia puas hati. haha paling tak tahan tu, masa aku mengandung 9 bulan tunggu hari je nak bersalin boleh aku paksa suami datang makan sini. makan pedas₂ pulak, memang boleh terberanak kot waktu tu. 

apa nak buat dah permintaan baby dalam perut nak buat cam mana, umi ikutkan je.. ke umi yang lapaq sasangat dengan nasi ayam penyet tu?.😜


Terima kasih sudi baca.


Friday, December 9, 2016

Tak nampak pun chatbox?

Salam Ladiess ♥

Dari bulan lepas lagi aku pasang chat box bagi memudahkan sapa² yang masuk blog ni senang nak tinggalkan link blog, sebab aku nak cari blog kengkawan baru, memandangkan aku baru je dapat join dunia blogging ni semula. tapi sejak dari itu takde siapa pun yang tinggal kan apa² jejak kt cbox. aku muskil jugak, zaman sekarang ni orang dah guna chat box ke? 

sebab aku masuk blog blog lain masih ada je yang guna cbox. dan aku mesti tinggalkan link blog ni chat box dorang. tapi kenapa chat box aku takde sapa masuk.. sedihkan haha daripada aku guna http://www.cbox.ws/ dah lama dah tak pernah tukar, tapi aku tukarkan kepada http://shout.busuk.org/ beberapa hari lepas. apa yang tengok masih lagi sama, takde siapa pun yang tinggalkan link kt situ.

kenapa ye? chat box dalam blog ni takde siapa nampak ke? sebab tadi ada akak ni tanya, yang dia tak boleh view chat box pun, dia risau takut wifi dia problum. tapi saya view boleh je. guna iphone pun boleh view.
klik untuk lebih jelas
cbox ni aku dah di susun baik² kat bawah follower tu, tapi kena klik button "chatbox" tu la dulu baru nampak, siapa boleh nampak tolong komen tau.. macam mana nak buat ye kalau ada yang tak nampak? aku pun risau la kalau aku terhide ke, atau tersilap code ke? siapa tahu. bantu la.. 😓

 Terima kasih sudi baca.


Cabaran 30 Hari Blogging | Day 2 : Resepi Ikan Rebus Kunyit

 Salam Ladiess 

Resepi? sebenarnya aku takde resepi sangat. tak reti pun. masak pun bukan selalu. kalau masak pun yang simple je janji kenyang. suami pun tak kisah pasal makan. senang la hidup aku. wuahaha..

tapi, aku ada jugak nak share resepi keturunan yang dimana dalam family aku akan masak lauk ni. kira dah jadi lauk wajib dalam keluarga tapi bukan selalu makan la. bermula dengan nenek (mak mertua mama) aku bagi resepi ni kat mama,sebab baba aku suka sangat makan, lagi lagi kalau masak yang paling pedas. 

aku tak berapa suka sangat, tapi suami aku pulak suka lauk ni, maka mama pun turunkan resepi ni kat aku.. tapi aku tak selalu buat pun. atas permintaan suami baru aku buat. tu pun kadang2 lupa. call mama dulu tanya apa bahan dia. haha

harini, dengan 30 hari cabaran blogging aku publiskan resepinya, supaya aku pun boleh tengok balik kalau nak masak nanti. jom try! cenggeni haa.👍

Ikan Rebus Kunyit

Thursday, December 8, 2016

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 1 : Siapa Saya

Salam Ladiess 

Rasanya dalam blog ni dah banyak kot entri "siapa saya" yang aku pernah buat. tapi disebabkan ini firstday aku buat entri cabaran 30 hari blogging. aku tak kisah pun yang aku akan buat lagi, tapi versi banyak gambar. boleh?
Ni la seorang aku yang dah macam mak mak sangat. Nama aku rasanya semua pun boleh nampak kot besar gedabak kat header tu. Intan Saffyna. Boleh panggil kak intan ye. umur muda lagi baru 29 tahun depan tiga puluh.

Wednesday, December 7, 2016

Cabaran Blogging

Salam Ladiess ♥

Memang betul mencabar ni, seminggu dah bulan disember aku baru nak masukkan entri, sebenarnya ada je dalam draf tapi malas publish, ada lagi separuh kena continue baru boleh post. tapi, sepanjang tempoh tu mood asyik blogwalking dari senarai giveaway kengkawan. bagus la kan part tu. banyak berjalan luas permandangan. sejak blog hilang hari tu kena la cari balik kawan2 lama, tapi sayang ramai blogger yang tak aktif lagi.

jalan punya jalan jumpa satu blog yang buat entri mengenai cabaran blogging, banyak tajuk yang senang dan tak perlu nak fikir nak buat entri bila kekeringan idea, bagus jugak cadangan macam ttu, siapa la master mind dia kan.. hehe

cabaran 30 hari blogging, tiga puluh hari tak payah fikir nak update ape. semua dah siap sedia tinggal taip dan publis je. senang kan. 
ni pun bagus! 
sebab kadang kadang kita tak terfikir pun nak buat entri pasal tajuk tajuk yang diberikan dalam cabaran blogging ni. aku teringin nak join, setiap hari ada entri baru. sape tahu, macam mana nak join benda ni? atau kita boleh buat je entri sesuka hati? siapa boleh jawab?!   


terima kasih sudi baca.



Saturday, December 3, 2016

Tips : Tingkatkan follower di instagram

Salam Ladies

cepat atau lambat bukan masalahnya, yang penting konsisten. ada yang tanya 'sis macam mana dapat follower instgaram dengan cepat?! sis highlight kan (cepat) tu ye. sebenarnya tak susah pun. awak rajin awak dapat. sis ni bukannya banyak sangat follower pun dek, biasa-biasa je. mungkin rezeki anak. aku aktif dalam instagram sejak dah ada baby. banyak aku post gambar anak dari gambar sendiri. haha tu orang minat nak follow. agaknya la.

sebelum ni aku dah pernah share tips dekat instagram, sebab ramai ig shop yang baru nak meniaga tanya aku macam mana dapat follower. Allah lagi la aku tak tahu dek non. tapi aku bagi jugak tips mengikut pandangan aku sendiri.


aku share kan balik tips yang aku dah repost tiga kali tu kat sini pulak, harap dapat menbantu la ye tingkat follower dah sale di isntagram. 👇

Thursday, December 1, 2016

END YEAR MINI GIVEAWAY BY MELLYA & FRIENDS

Salam Ladies 

Klik banner 👆 untuk join! 

Syarat penyertaan
Follow blog pihak sponsor 👆👆
Follow Google+ pihak sponsor (yang mana ada dalam blog follow je)
banyak sangat hadiah yang menanti siapa yang bertuah, tak rugi pon join sambil support memember. klik sini.




Monday, November 28, 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

Salam Ladiess

Klik banner ☝ untuk join! 

Bagaimana nak join GA ni ? mudah je!
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. WAJIB FOLLOW blog Jari Manis : Travel List dan Scdha Sein Photo And Travel
2. BUAT dan PUBLISH satu entri bertajuk 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway By Jari Manis & Scdha Sein Tracel'
3. TAMPAL BANNER penyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.
4.TAG sekurang-kurangnya seorang rakan blogger atau lebih.
5. JANGAN LUPA tinggalkan link pernyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.
6. Nota Penting : Pastikan follow syarat 1-5. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, penglibatan TERBATAL.

Tag : Fatin Days , Mis Diarios ,

INGAT!!! Tempoh penyertaan dari "07 November 2016 hingga 07 Disember 2016 sahaja"


 
Malaysian Lifestyle Blogger| Copyright 2016-2017 ©All Right Reserved by Intan Saffyna